Catatan

Tunjukkan catatan dari 2010

Jejantas SK Bandar Teknologi (2)

Imej
Alhamdulillah, jejantas yang menghubungkan  Pangsapuri Teratai, Villa Height, Kajang ke SK Bandar Teknologi telah boleh digunakan. Baca artikel berkiatan Gambar daripada Facebook YB Datuk Hj Johan Abd Aziz

Stok Akhir, Murahnya!

Imej
Memang murah. Potongan sehingga 50 peratus. SemenyihBaru melihat ramai pembeli/pengguna yang memilih atau membeli produk-produk yang telah dikelaskan sebagai "stok akhir" oleh pengurusan pasaraya. Memang tiada salahnya membeli produk berkenaan kerana barang-barang tersebut merupakan keperluan harian dan bukan untuk disimpan lama yang kebanyakannya ialah  barang-barang makanan dan sebagainya. Pengkelasan stok akhir disebabkan barang-barang tersebut perlu dijual atau dihabiskan segera kerana tempoh tamatnya (hayat ?) hampir lupus. Ia merupakan strategi pemasaran yang mungkin berkesan oleh pengurusan pasaraya untuk mengelakkan kerugian atau langsung tidak habis dijual. Namun perngguna perlu berhati-hati. SemenyihBaru khuatir berlaku kesilapan "tagging" kepada beberapa produk berkenaan kerana tempoh tamatnya  agak lama, kira-kitra 30 hari  pada hari produk tersebut dipamerkan sebagai jualan stok akhir. Jika tarikh lupusnya masih lama, perlukah ia  dijual atau perlu d

Maruah Bahasa Melayu kini

Imej
Lihat gambar (klik untuk besarkan). Fikirkanlah. Ulasan anda sangat dialu-alukan. Menu yang diletakkan di kesemua meja di restoran yang dimaksudkan di Semenyih ... dan di bawah satu lagi contoh nyata, Bahasa Melayu dibakul-sampahkan... walaupun "Selangor Bersinar" atau "Selangor Berkelipan" (atau yang seumpama) lebih sesuai atau boleh digunakan tetapi malangnya orang Melayu sendiri memilih basasa penjajah! Lainlah jika Bahasa Melayu tidak mempunyai perkataan atau istilah yang hendak digunakan. Sementalahan itu, SemenyihBaru terfikir, apakah logo di atas mempunyai kaitan/persamaan dengan logo di bawah atau persamaannya (jika ada) secara kebetulan? Lihat  "persamaan"   penggunaan  konsep  bintang di dalam bulatan di bawah dan lihat juga bintang gambar di atas. Mengapa memilih tiga (3) bintang. Mengapa tidak lima (5) bintang? Bukankah Bintang 3 itu lambang kepada ideologi dan perjuangan komunis!, dan kita "diseru" mengagungkannya? Gambar Ketua

Tergantung - Entri Bergambar

Imej
Entri bergambar Sebatang pokok betik menumpang di  sebatang pokok kelapa di Hulu Langat Awas... buah kelapa  di pohon ini juga banyak yang tua/kering, dikhuatiri menimpa sesiapa yang lalu di bawahnya.

Ahh... Bocor Pula!

Imej
Ahh, bocor pula.... Lebih kurang sebulan yang lalu, main hole tersumbat. Bila na**s dipam dari tandas, ia tak mau tenggelam! Oooo, menyusahkan atau mengelikan? Lalu, bantuan Indah Water, syarikat pembentungan negara dipanggil segera . Masalah selesai dengan peralatan dan  kecanggihan teknologi yang dimiliki. Tak perlu korek-korek atau pecah-pecah. Beres! Kontraktor sampai di lokasi dan memulakan kerja.... 23 Disember lalu, paip pecah atau paip bocor pula dialami oleh penduduk di Taman Desa Mewah. Pada waktu pagi, seorang pekerja  anak Syarikat Syabas datang membuat siasatan. Menggunakan sejenis  alat pengesan yang begitu simple , (nama alat saya tidak tahu tetapi kemungkinan menggunakan teknologi radiodetection ) beliau berjaya mengesan lapan (8) lokasi paip bocor di taman berkenaan. Kes yang dikesan itu tidak termasuk kes-kes  yang bocor yang ditemui sebelum ini. Dikesan! dalam bulatan dan anak panah merah. Sila besarkan gambar untuk melihat paip yang bocor akibat kecuaian kontra

"Arghh.... Saya Darah Tinggi..."

Imej
"Arghhh, saya darah tinggi, tak boleh makan daging kambing", kata Pak Non. "Ohh, saya kalau makan kambing, tak boleh berjalan nanti, ghout", kata pula Halim, 47 tahun. "Saya tak pernah makan kambing, sedap ker?", tanya Junaidah, 23 tahun. Baru berkahwin tiga bulan lalu. "Saya pula pantang kalau dihidangkan daging kambing. Lebih-lebih lagi kalau yang BBQ. Pantang jumpa", jelas Othman, 56 tahun. Malah ada pula yang mengaitkan daging kambing dengan kekuatan lelaki. Itulah antara reaksi biasa mengenai daging kambing. Hakikatnya, stigma takut makan daginbg kambing dikaitkan dengan pelbagai penyakit kronik, antaranya darah tinggi dan ghout. Seekor kambing Jamnapari seberat kira-kira 30 kilogram telah disembelih untuk majlis Akikah di Semenyih hujung minggu lalu. Daging tersebut  sebanyak satu kawah habis dijamu kepada tetamu dengan nasi yang dimasak sebanyak 25 kilogram. Siapa yang tidak makan daging kambing? He eee.... Daging kambing sebenarny

Gagasan Perpaduan Semenyih

Imej
Gagasan Perpaduan Semenyih (GPS), sebuah NGO baru bakal ditubuhkan yang keanggotaannya dibuka kepada semua masyarakat di kawasan Semenyih dan juga kawasan-kawasan sekitaranya. GPS bertujuan untuk mengumpulkan  orang-orang yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kepakaran atau keistimewaan tertentu untuk bersama-sama memperkasakan perpaduan masyarakat di daearah tersebut melalui pelbagai program kemasyarakatan yang dianjurkan. Proses pemilihan Ahli Jawatankuasa GPS dan pendaftaran ahli sedang dilaksanakan dan satu perjumpaan penaja akan diadakan selewat-lewatnya Januari 2011. GPS di Facebook (klik) Komen SemenyihBaru: Wah... yakin NGO ini di landasan betul kerana  "mempunyai"  global positioning system (GPS)

Sembilan Hari Cuti Bagi Warga KL dan WP Pada 2011

Warga Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan atau mereka yang bekerja di wilayah itu, cuba rancang cuti tambahan pada 2011 kerana, kebanyakan cuti jatuh pada hujung minggu: Jika  dirancang  dengan teliti anda akan mendapat 9 hari cuti  berturut-turut pada minggu yang sama dengan hanya memohon dua hari cuti tahunan (atau MC, hee heee....)  Sila lihat jadual di  bawah:              TARIKH                                 HARI                               CATATAN 1.  29 dan 30 Januari  2011         Sabtu dan Ahad                Hujung minggu 2.  31 Januari                               Isnin                                  Mohon cuti tahun 3.  1 Februari                               Selasa                               Cuti Hari Wilayah 3.  2 Februari                               Rabu                                 Mohon cuti tahun 4.  3 dan 4 Februari                     Khamis dan Jumaat         Cuti Tahun Baru Cina 5.  5 dan 6 Februari                     Sabtu dan Aha

"Ekk ... kau siapa? Ini Negaraku"

Imej
Namanya Syed. Umur 40-an.  Berasal dari Pakistan, masuk ke Malaysia empat tahun lalu. Menyewa bersama tiga orang kawan senegara di Bandar Teknologi, Kajang. Kata Syed, dia sudah berkeluarga - ada seorang isteri dan enam orang anak di Pakistan. Inilah Syed, si pemotong rumput warga Pakistan "Saya orang susah tuan", katanya sambil  bertanya jika saya mahu memotong rumput di halaman rumah. Saya tidak menyuruhnya memotong  rumput kerana kebiasannya saya akan memotong sendiri di halaman atau di kebun yang sekangkang kera, itu pun tanah reserved   Jabatan Saliran dan Perparitan. Saya bukan menceroboh tanah milik kerajaan tetapi jika tanah itu terbiar, ia bersemak samun.  Jadi, untuk mengelakkan ia menjadi semak samun  berhampiran rumah, saya bercucuk tanam sekadar sepohon dua pokok buah-buahan. Berbalik kepada cerita Syed, daripada pendapatannya memotong rumput, setiap bulan beliau menghantar kira-kira RM700.00  untuk perbelanjaan keluarganya. Kata Syed lagi,  beliau membayar R

Pelebaran Jalan Semenyih Di Simpang Sunway Semenyih (II)

Imej
Ada pembaca yang meminta SemenyihBaru update maklumat berkaitan  pelebaran jalan di simpang Bandar Sunway Semenyih. Sudah  updated pada 6 Dis yang lalu di sini .  Terima kasih kepada saranan pembaca/pelawat berkenaan. Lihat bulatan merah. Terdapat pindaan pada tarikh siap. Ini bermakna, kontraktor telah mendapat EOT (extension of time) daripada JKR selaku Pengurus Projek untuk fasa 1. Projek ini lewat enam (6) bulan daripada tarikh sepatutnya. Mampukah ia disiapkan selepas perlanjutan masa? Gambar dirakam pada jam 11 pagi, Sabtu 11 Dis 2010. Hari Sabtu pun sesak!

Bunuh Diri

Seorang pekerja di restoran India Muslim di sebuah taman perumahan di Semenyih dilaporkan mati  dengan menggantung dirinya pada 9 Dis lepas. Kejadian dikatakan berlaku antara lewat petang dan awal malam dan disedari oleh rakan-rakan setugasnya beberapa ketika kemudian. Restoran  tersebut yang dibuka kira-kira tiga tahun lepas  menutup perniagaannya semalam bagi membolehkan pihak berkuasa membuat penyiasatan. Difahamkan, pemuda berusia 25 tahun itu dipercayai menggantung diri antara jam  5 petang ke 8 malam pada masa beliau berehat di biliknya. Selepas 5 ptg, komunikasi antara rakan-rakan dan juga tuan punya restoran menerusi telefon dan SMS telah tidak bersambut. Tindakan beliau yang berasal dari India dipercayai ada berhubung kait dengan masalah peribadi dan cinta. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Semenyih di Jalan Sungai Lalang selepas Isyak malam tadi (9 Dis) selepas pihak Polis selesai menjalankan siasatan. Jenazah diuruskan oleh jemaah Kariah Masjid

Meteor Di Pantai Remis, Perak

Imej
Tidak susah untuk mengambil gambar masa ini berbanding pada zaman kamera menggunakan filem. Kini pelbagai jenis, jenama dan reka  bentuk kamera boleh didapati dengan harga serendah beberapa ratus ringgit sahaja seperti digital compact .  Kamera  Digital Single Lens Reflect (DSLR) pula semakin  diminati termasuklah yang baru berjinak-jinak di bidang fotografi. Walaupun pelbagai  teknik, fungsi dan kemahiran mengambil gambar (atau menggunakan kamera) perlu dimiliki tetapi, hari ini,   just click -- dengan fungsi autofocus , jadilah gambar yang hendak dirakamkan. Jika gambar diambil  blur atau tidak jadi, click lagi. Bukan macam zaman filem, satu klik bererti satu exposure dan ia adalah kos..... Di zaman digital, siapa peduli pasal aperture , speed , iso, exposure  dll melainkan mereka yang bergelar jurugambar. Selebihnya, "Alaaaa.... set je kamera ke auto . Tak perlu susah payah  guna  manual dan pening kepala untuk  hal-hal yang lain". Lebih daripada itu, kamera digi

AWAS, Kotor Macam Bangkai!

Imej
Dibaca seperti ini: Gay haram. Gay, jijik, keji busuk; Gay ....... (seterusnya) Maklumat lanjut baca di sini (klik)

Selamat Tahun Baru Hijrah

Imej
Selamat Tahun Baru Hijrah 1432

Takziah

Imej
SemenyihBaru mengajak rakan-rakan Blogger dan pembaca bersama-sama membacakan al-Fatihah untuk allahyarham keluarga Saipol Naaim Mat Dan yang terbunuh kerana kemalangan jalanraya di Teluk Kemang, 5 Dis 2010. Berita penuh di utusan: http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1206&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm Gambar Utusan Online   Gambar di rumah allahyarham/allahyarhamah. Kelihatan YB Datuk Johan dan Datuk Markiman Kobiran Kesemua manga berasal dari Kg Padang, Batu 18 Hulu Langat dan (akan) dikebumikan dalam dua liang lahad  di Tanah Perkuburan Islam Kg Sungai Perdik, Hulu Langat.  SemenyihBaru yang menziarahi keluarga mangsa pada pagi ini menganggarkan kira-kira 1,000 orang jiran, saudara-mara,  rakan sekerja dll  menziarahi atau menghadiri majlis pengkebumian. Turut hadir ialah YB ADUN Semenyih,  Datuk Hj Johan Abd Aziz dan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Hj Markiman Kobiran. Turut memberikan kerjasama ialah  Polis Bantu

SK Bandar Sunway Semenyih

Imej
Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih akan dibina pada awal pelaksanaan Projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di atas tapak yang telah disediakan oleh pemaju. Terbinaya sekolah itu kelak akan memudahkan para penduduk  terutamanya yang tinggal di Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah untuk menghantar anak masing-masing mendapatkan pelajaran di peringkat sekolah rendah. Datuk Johan bergambar bersama anak-anak Tadika Mega Suria. Di kiri Datuk Johan ialah Pn rahimah Abd Razak, Pengetua Tadika Mega Suria Berita baik itu diumumkan oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  ketika merasmikan Hari Graduasi dan Konsert Tadika Mega Suria di Dewan Besar Nottingham Universiti  pada 5 Dis 2010. Menurut Johan, Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Haji Mohd Puad Zarkashi telah bersetuju sekolah rendah tersebut didirikan segera  ketika  dibawa melihat masalah-masalah di   beberapa buah sekolah di Semenyih baru-baru ini. (Gambar atas) Datuk Johan menyampaikan s

SKUAD KHAS RELA

Imej
Satu platon Skuad Khas RELA akan ditubuhkan untuk memberi peluang kepada belia dan orang dewasa memberikan perkhidmatan sukarela  dalam sebuah organisasi yang  berpakian seragam yang mempunyai disiplin khusus ketika bertugas. Antara lain Skuad Khas ini akan melaksanakan tugas-tugas  eksklusif pada sesuatu masa seperti: Kawalan dan iringan VIP Operasi  khas berkala Kawalan keselamatan khas majlis-majlis tertentu Membantu agensi kerajaan menjayakan program-program masyarakat Mereka yang berusia antara 18 hingga 35 tahun yang berminat untuk menyertai platon Skuad Khas ini boleh memberikan nama, no telefon dan kad pengenalan ke emel: semenyihbaru@gmail.com . Hanya 40 orang anggota sahaja  yang akan dipilih daripada penduduk kawasan sekitar Semenyih seperti Taman Desa Mewah, Bandar Sunway, Bandar Teknologi, Taman Sahabat dan Taman Paling Jaya. Watikah perlantikan akan dibuat pada satu majlis dalam bulan Januari 2011. Anggota  skuad ini akan menikmati beberapa kemudahan: Insuran be

Siapakah Yang Tidak Bermaruah Itu?

Menjual pasir kepada mana-mana negara luar adalah satu perbuatan hina dan tidak bermaruah kerana ia umpama menjual negara sendiri.  Jika diambil  iktibar, penambakan Pulau Tekong oleh Singapura telah dan akan memberi pelbagai kesan politik, ekonomi,  keselamatan, alam sekitar dan seumpamanya  secara berpanjangan kepada Johor dan Malaysia. Malah, penambakan itu tidak mungkin berjaya tanpa pasir yang diseludup/dijual dari  dan oleh rakyat Malaysia sendiri. Maka, siapakah  rakyat Malaysia yang tidak bermaruah itu? Anda seumpama makhluk perosak! TERKINI Cubaan eksport 7,200 tan metrik pasir haram gagal 03/12/2010 3:53pm KLANG 3 Dis. - Kastam DiRaja Malaysia (KDRM) Selangor berjaya menumpaskan cubaan mengeksport 7,200 tan metrik pasir bernilai RM144,000 secara haram ke Singapura dalam dua serbuan kelmarin dan semalam. Serbuan pertama dibuat di perairan Sungai Langat berhampiran Jugra, Banting sementara serbuan kedua dilakukan di sebuah jeti persendirian di Pulau Carey, Banting. KDRM

Pengawas SPM di Lukut Dah Kena "Gantung"

Imej
Aduh.... syukur, tak mati... Kementerian Pelajaran pada 30 Nov 2010 menggantung tugas Ketua Pengawas Peperiksaan SPM di SMK Raja Jumaat, Lukut, Negeri Sembilan disebabkan dakwaan mengeluarkan kata-kata rasis di hadapan para calon SPM di sekolah itu pada 24 Nov lepas. Tindakan kementerian yang sangat  "pantas" itu ekoran   usul tergempar MP DAP kawasan Bakri, Johor yang mahukan dakwaan itu dibahaskan di Parlimen. Lihat berita penuh di sini Artikel berkaitan isu ini oleh SemenyihBaru sebelum ini di sini Komen SemenyihBaru Kes serupa sebelum ini: 1. Pengetua sekolah di Kulai telah dikenakan tindakan 2. Kes guru di Bukit Selambau telah juga dikenakan tindakan 3. Kes Timbalan Pengarah BTN Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah dikenakan tindakan 4. Kes Setiausaha Sulit PM yang dikatakan rasis telah meletakkan jawatan. 5. Kita tunggu penyiasatan, sama ada guru tersebut bersalah atau tidak. 6. Namun, Datuk Nazri kata, Namewee tidak salah????

Kem Polis Gerakan AM

Imej
Di lokasi berhampiran Tesco dan Taman Pelangi Semenyih, terdiri sebuah kem baru yang menempatkan Batalion 4, Pasukan Polis Gerakan AM (PGA) yang sebelum ini berpangkalan di Kem Cheras. Difahamkan, kem baru tersebut (dikenali sebagai Kem Semenyih) akan memuatkan kira-kira 8,000 orang, terdiri daripada  pegawai dan anggota PGA dan keluarga masing-masing. Perpindahan secara berperingkat telah bermula pada 28 Nov 2010 lepas dengan 10 orang anggota dan keluarga. Berita lanjut sila rujuk di sini . Pembukaan Kem Semenyih  itu akan turut mencorakkan pelbagai kesan ekonomi, ifrastruktur dan kependudukan  kepada pembangunan Mukim Semenyih.  Bersediakah pihak berkuasa tempatan menghadapi cabaran-cabaran pembangunan yang mendatang khususnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Cukupkah tempat untuk anak-anak Polis tersebut bersekoklah di sekitar Semenyih khususnya sekolah-sekolah yang berhampiran seperti di Bandar Rinching dan Pekan Semenyih? SK Pekan Semenyih sekarang  sudah pun sesak. 8,000 buka

Karnival 1001 Rasa sate

Imej
Bertempat di Stadium Kajang, akan  berlangsung Karnival Makan 1001 rasa sate Kajang  pada 3 hingga 5 Dis 2010 Jom seisi keluarga.... membantu pengusaha sate Melayu. Utusan Malaysia 24 Nov 2010

PELIK - Namewee Tidak Lakukan Kesalahan

Imej
Terkini: 29 Nov 2010. Seorang guru yang menjadi Ketua Pengawas SPM di sebuah sekolah di Lukut dihebohkan di Parlimen atas isu mengeluarkan kata-kata rasis kepada calon SPM. Parlimen kemungkinan besar membahaskan isu tersebut  esok atau lusa. Apa kata Nazri pula? Bila Ahli PKR  (klik) mentafsirkan ayat suci al-Quran  yang disifatkan menghina umat Islam, apa kata Nazri?  Lihat artikel berkaitan di: 1. sini 2. dan di sini Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Namewee tidak melakukan kesalahan. Lihat berita penuh Utusan (klik) Mudahnya untuk berjumpa dengan menteri. Bila dia buat appointment? Cuba kita nak jumpa  Nazri, rasa-rasanya dapat tak? Dilayan atau tidak? Gambar ini diambil dari http://khairulryezal.blogspot.com/2010/12/namawee-nazri-aziz-ibarat-isi-kuku.html Komen SemenyihBaru: 1. Jika klip video terbaru itu tidak boleh diambil tindakan, bagaimana pula dengan klip video beliau yang mempersendakan lagu Negaraku , Lagu Rasmi N

Semenyih Baru - Laman Jawi

Imej
Interface web/blog dalam tulisan jawi. Ingin mencuba? Klik di sini: eJawi-net UKM-Teruja

Mendaki Bukit Broga II

Imej
Semua Blogger Hulu Langat dijemput bersama-sama

100 Ribu Netbook Habis!

Imej
Mulai 8 November 2010 yang lepas, Telekom Malaysia (TM) telah menghentikan permohonan dan langganan Pakej Jalur Lebar (Streamyx) RM38.00 bulanan berserta sebuah komputer netbook 1Malaysia kerana peruntukan sebanyak 100 ribu  unit komputer telah habis dilanggan. Skim tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Sri Rais Yatim di Jelebu, Negeri Sembilan pada 28 Mei lepas. Berita lanjut Komen SemenyihBaru: 1. Pakej jalur lebar TM tersebut sepatutnya dilanggan oleh mereka yang berpendapatan RM3,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM5,000 sebulan di kawasan bandar. Namun, apakah TM mengambilkira kriteria yang ditetapkan itu kepada semua pemohon pakej tersebut? 2. Bagaimanapula sumbangan daripada syarikat telko yang lain terhadap saranankerajaan untuk "menjalurlebarkan" komuniti? 3. Apakah perkembangan program Universal Service Provience (USP) atau Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang menggunakan dana USP berjumlah berbilion ringgit?

Trinity College - "Music Exam"

Imej
Hari ini ialah hari kedua  Trinity Guildhall College , Music Examination yang  berlangsung di Prescot Metro In Hotel, Kajang. Seramai 110 orang murid  menduduki peperiksaan tersebut dalam pelbagai peringkat; asas, gred 1, 2 dan seterusnya dalam pelbagai instrumen muzik seperti gitar, violin , drum, piano dll. Kemasukan peperiksaan itu diuruskan oleh guru-guru daripada beberapa buah sekolah muzik swasta seperti Ryma Music Centre, Kajang dll. Kebanyakan muridnya berusia antara 5 hingga 19 tahun. Peperiksaan yang diadakan setiap tahun di 25 buah pusat di seluruh Malaysia  akan berakhir esok, 26 Nov 2010. "Exam & waiting Room" Mengikut rekod, Trinity College London pertama kali mengadakan peperiksaannya di Malaysia (Tanah Melayu ketika itu)  pada 1921 tetapi hanya dapat diteruskan selepas 1960-an disebabkan trajedi Peperangan Dunia Kedua. Kolej tersebut mempunyai lebih daripada 26 cawangan di seluruh dunia, menawarkan pelbagai genre muzik di peringkat sijil, diploma dan ij

Siapa Pula Yang Tidak Puas?

Imej