Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2010

Pertemuan Penulis Blog

Imej
PENGUMUMAN Satu pertemuan Penulis-penulis Blog (Blogger) Daerah Hulu Langat dan kawasan sekitarnya dirancang  akan diadakan pada bulan Disember 2010 di Kajang, Selangor. Tempat, tarikh dan masa pertemuan akan diberitahu kemudian. Pertemuan ini bertujuan antara lain untuk: Menghimpunkan Penulis-penulis Blog bagi menubuhkan sebuah persatuan (NGO) di Daerah Hulu Langat. Menganjurkan pelbagai aktiviti yang bermanfaat di bidang ICT khususnya dalam pembangunan laman blog. Menlahirkan para Penulis Blog yang berkaliber  di samping membangunkan laman blog yang bermaklumat lagi berfaedah. Melahirkan  Penulis Blog yang beretika dan  menjadikan blog  sebagai media pilihan yang  adil,  seimbang  dan boleh diyakini. Memartab dan memperkasakan Blogger sebagai Penulis Blog  profesional di Malaysia. Menjadikan blog sebagai   forum  perniagaan dalam talian (online). Membina sebuah forum bagi membolehkan Penulis Blog  bersuara, melahirkan pendapat, mencetuskan idea konkrit dan sebaginya ke

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Hari Keempat 29 Sept 2010 (Maklumat terkini akan dimuatnaik sebaik sahaja laporan diterima) Mengikut jadual,  kayuhan akan diteruskan menuju Sungai Renggit di Daerah Pengerang, Kota Tinggi Johor.  Daripada Tanjung Piai, Kukup, pengayuh akan berpatah balik ke Pontian untuk melalui Pekan Nanas, Gelang Patah dan memasuki Bandaraya Johor Baharu. Dari Johor Baharu, antara laluan lain yang diikuti ialah Ulu Tiram menuju ke Kota Tinggi dan kemudiannya  berkayuh melalui jalan Kota Tinggi/Desaru ke Sungai Renggit. Peta di atas menunjukkan laluan yang akan diikuti. Bagaimanapun, peta tidak menunjukkan laluan yang tepat disebabkan pengayuh akan mempertimbangkan jalan-jalan alternatif.       Cabaran Hari Ketiga Jika berdasarkan peta Google, jarak perjalanan hari ketiga  kira-kira 177 km. Lihat bulatan merah. Pengayuh perlu melalui jarak perjalanan yang jauh disebabkan  tidak dapat merentasi Sungai Johor daripada Pasir Gudang untuk ke Sungai Rengit. Lebuhraya Pasir Gudang - Kota Ti

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Hari Ketiga 28 Sept 2010 Terkini: Jam 12.35 t.hari. Kedua-dua pengayuh, Haji Ramli dan  Sdr Karim telah sampai di Pekan Pontian  Kecil kira-kira 28 km lagi menuju ke point ketiga (Rujuk A dan B dalam peta di bawah). Cuaca dilaporkan agak mendung.  Kampung Pontian Kecil Jika hujan turun, kayuhan tetap dilakukan tetapi ia akan menjejaskan masa dan jarak kayuhan.  Dari Parit Jawa, Muar, kayuhan akan diteruskan ke point ketiga, Tanjung Piai, Kukup (Pontian) Johor - sebuah penghujung paling Selatan di Benua Asia.

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Hari Kedua 27 Sept 2010 Terkini: Pengayuh sedang berehat, pengemasan diri sambil melihat persekitaran kawasan sementara menunggu hari esok  untuk kayuhan ke point ketiga, Tanjung Piai, Kukup (Pontian) dengan anggaran jarak 138 km. Tanjung Piai digelar Lokasi Paling Selatan Benua Asia. Jam 1.30 t/hari telah sampai di point kedua, Parit Jawa Muar, Johor. Sampai di Semabok, Melaka pada jam 9.05 pagi meneruskan kayuhan ke Duyong, Kandang, Alai, Telok Mas, Pernu, Umbai,  Pulai, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai sebelum memasuki negeri Johor. Kayuhan daripada point pertama (Melaka) ke point kedua, Parit Jawa, Muar Johor (anggaran 120 km) seperti ditunjukkan pada peta google (klik).  Peta tidak menunjukkan laluan yang tepat. Pengayuh akan mempertimbangkan laluan-laluan yang sesuai. Semoga semuanya berjalan lancar. Maklumat terkini akan dimuatnaik apabila mendapat makluman daripada lokasi. Petikan Akhbar bertarikh 27 Sept 2010  http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Maklumat terkini pada jam 4.00 petang, 26 Sept (hari pertama) (Kemas kini akan dibuat sebaik sahaja Webmaster mendapat maklumat daripada lokasi)   Telah sampai di Kg Kuala Sungai Baru, Melaka pada jam 3.55 petang dengan jarak perjalanan sejauh 125 km. Jika ditolak masa rehat, makan, solat dll selama 2 jam, bererti kayuhan ini memakan masa selama 6 jam 12 minit atau dengan anggaran 20 km sejam. Kini kedua-dua pengayuh sedang berehat dan urusan kemas diri. Esok perjalanan akan diteruskan menuju point kedua di Parit Jawa, Muar Johor, kira-kira 106 km. 8.00 pagi Alhamdulillah, kayuhan Jelajah Malaysia sudah bermula pada  jam 7.43 pagi dengan keadaan cuaca yang cukup baik. Kedua-dua pengayuh, Haji Ramli  Haji Yusop dan Sdr Karim Salleh dijangka tiba di  point pertama di Kuala Sungai Baru, Melaka sebelum jam 5.00 petang ini. Pengayuh akan bermalam di Kuala Sungai Baru sebelum meneruskan kayuhan ke Parit Jawa, Muar, Johor pada 27 Sept 2010. Sebelum berlepas, seorang wakil pendudu

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
26 Sept 2010 "Kick off" Kayuhan akan bermula kira-kira  jam 7.30 pagi Maklumat terkini akan dimuat-naik dari semasa ke semasa.  Cuaca sangat baik di sini Webmaster. 26 Sept. 6.16 pagi Misi kayuhan Haj Ramli akan dilepaskan pada 26 Sept 2010 di hadapan Restoran Sayang Maju, Taman Desa Mewah, Semenyih, jam 7.00 pagi. Artikel terdahulu klik

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Seorang pesara guru, Haji Ramli Haji Yusop (gambar bawah), 59 tahun akan membuktikan, pesara sepertinya   masih gagah untuk berbasikal mengelilingi  Semenanjung Malaysia sejauh 2,580 km selama 30 hari. Kemampuan beliau  itu juga sepatutnya disegani oleh golongan muda. "Jika orang tua boleh, mengapa tidak oleh orang muda",  seloroh Hj Ramli. Sebelum ini, beliau telah berbasikal ke Singapura yang memakan masa selama enam (6) hari dan ke Padang Besar melalui Cameron Highland. Haji Ramli juga berjaya mendaki (berbasikal)  Gunug Jerai di Kedah selama 12 hari tanpa masalah kesihatan dan sebagainya. Lihat maklumat  mengenai aktiviti berbasikal Haji Ramli   di sini . Hj Ramli (kiri) sering menghabiskan masa lapangnya dengan mengayuh basikal SYABAS kepada Haji Ramli dan rakanya,  saudara Karim semoga dipermudahkan Allah segala cabaran dan menamatkan kayuhan dengan selamat. Penulis akan berusaha untuk melaporkan perkembangan semasa mengenai kayuhan beliau di laman ini. Jadual Ka

Rumah Terbuka Aidilfitri

Imej
Rumah Terbuka Aidilfitri 1431H UMNO Bahagian Hulu Langat Tarikh: 26 september 2010              17 Syawal 1431 Tempat: Dewan Orang Ramai Semenyih (berhampiran Kompleks Penghulu Semenyih) Masa: 12 tengahari - 4.00 petang Semua dipersilakan hadir....

Sehari Sebelum Aidilfitri

Imej
Gambar di Pekan Semenyih pada 9 Sept 2010 (antara 7 - 9 pagi) sehari sebelum Aidilfitri. Suasana di awal pagi berhampiran Pasar Semenyih

Pembaikan Pembentung Air

Imej
Alhamdulillah, pembentung air yang runtuh di kawasan Sunway Semenyih, sedang dibaiki oleh pemajunya. Entri berkaitan klik Sebuah jentera di lokasi  digunakan untuk membaik-pulih kawasan runtuhan bermula pada 26 Ogos 2010 Betapa derasnya air hujan yang dialirkan  melalui pembentung ini. Kederasan  yang sebegitu boleh menghakis tanah/tebing dengan cepat. Batu digunakan untuk menimbus runtuhan tetapi telah dihanyutkan hujan disebabkan belum dibubuh simen konkrit

Bahasa Melayu Merdeka

Imej
Selamat Hari Kebangsaan ke-53 Poster di bawah menunjukkan kesilapan bahasa. Kesilapan (seperti dalam kotak merah)  dilakukan oleh ramai orang dan secara berulang-ulang. Tidak terkecuali ia dilakukan oleh orang yang sepatutnya tidak melakukan kesilapan seperti pensyarah, guru dan seumpamanya. Poster di bawah ialah siaran rasmi oleh pengiklan yang nama dan jawatan tertera di poster itu. Sepatutnya: "... kepada semua guru" (semua  membawa maksud ramai manakala guru-guru juga bermakna ramai guru) Namun, siapakah yang mempedulikan soal bahasa?   Adakah status seseorang itu  menjadikannya "tidak apa" untuk mencemari bahasa? Pada masa sama, mereka yang berkedukan tinggi lebih suka menggunakan bahasa asing untuk dituturkan saban hari. Malah segelintir kita akan segera mentertawakan seseorang yang tidak fasih berbahasa Inggeris tetapi jika Bahasa Melayunya tidka betul, adakah mereka peduli? Inilah sikap sebahagian orang Melayu yang sudah 53 tahun merdeka. Bila  atau s