Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Karnival 1001 Rasa sate

Imej
Bertempat di Stadium Kajang, akan  berlangsung Karnival Makan 1001 rasa sate Kajang  pada 3 hingga 5 Dis 2010 Jom seisi keluarga.... membantu pengusaha sate Melayu. Utusan Malaysia 24 Nov 2010

PELIK - Namewee Tidak Lakukan Kesalahan

Imej
Terkini: 29 Nov 2010. Seorang guru yang menjadi Ketua Pengawas SPM di sebuah sekolah di Lukut dihebohkan di Parlimen atas isu mengeluarkan kata-kata rasis kepada calon SPM. Parlimen kemungkinan besar membahaskan isu tersebut  esok atau lusa. Apa kata Nazri pula? Bila Ahli PKR  (klik) mentafsirkan ayat suci al-Quran  yang disifatkan menghina umat Islam, apa kata Nazri?  Lihat artikel berkaitan di: 1. sini 2. dan di sini Kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, Namewee tidak melakukan kesalahan. Lihat berita penuh Utusan (klik) Mudahnya untuk berjumpa dengan menteri. Bila dia buat appointment? Cuba kita nak jumpa  Nazri, rasa-rasanya dapat tak? Dilayan atau tidak? Gambar ini diambil dari http://khairulryezal.blogspot.com/2010/12/namawee-nazri-aziz-ibarat-isi-kuku.html Komen SemenyihBaru: 1. Jika klip video terbaru itu tidak boleh diambil tindakan, bagaimana pula dengan klip video beliau yang mempersendakan lagu Negaraku , Lagu Rasmi N

Semenyih Baru - Laman Jawi

Imej
Interface web/blog dalam tulisan jawi. Ingin mencuba? Klik di sini: eJawi-net UKM-Teruja

Mendaki Bukit Broga II

Imej
Semua Blogger Hulu Langat dijemput bersama-sama

100 Ribu Netbook Habis!

Imej
Mulai 8 November 2010 yang lepas, Telekom Malaysia (TM) telah menghentikan permohonan dan langganan Pakej Jalur Lebar (Streamyx) RM38.00 bulanan berserta sebuah komputer netbook 1Malaysia kerana peruntukan sebanyak 100 ribu  unit komputer telah habis dilanggan. Skim tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Sri Rais Yatim di Jelebu, Negeri Sembilan pada 28 Mei lepas. Berita lanjut Komen SemenyihBaru: 1. Pakej jalur lebar TM tersebut sepatutnya dilanggan oleh mereka yang berpendapatan RM3,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM5,000 sebulan di kawasan bandar. Namun, apakah TM mengambilkira kriteria yang ditetapkan itu kepada semua pemohon pakej tersebut? 2. Bagaimanapula sumbangan daripada syarikat telko yang lain terhadap saranankerajaan untuk "menjalurlebarkan" komuniti? 3. Apakah perkembangan program Universal Service Provience (USP) atau Pemberian Perkhidmatan Sejagat yang menggunakan dana USP berjumlah berbilion ringgit?

Trinity College - "Music Exam"

Imej
Hari ini ialah hari kedua  Trinity Guildhall College , Music Examination yang  berlangsung di Prescot Metro In Hotel, Kajang. Seramai 110 orang murid  menduduki peperiksaan tersebut dalam pelbagai peringkat; asas, gred 1, 2 dan seterusnya dalam pelbagai instrumen muzik seperti gitar, violin , drum, piano dll. Kemasukan peperiksaan itu diuruskan oleh guru-guru daripada beberapa buah sekolah muzik swasta seperti Ryma Music Centre, Kajang dll. Kebanyakan muridnya berusia antara 5 hingga 19 tahun. Peperiksaan yang diadakan setiap tahun di 25 buah pusat di seluruh Malaysia  akan berakhir esok, 26 Nov 2010. "Exam & waiting Room" Mengikut rekod, Trinity College London pertama kali mengadakan peperiksaannya di Malaysia (Tanah Melayu ketika itu)  pada 1921 tetapi hanya dapat diteruskan selepas 1960-an disebabkan trajedi Peperangan Dunia Kedua. Kolej tersebut mempunyai lebih daripada 26 cawangan di seluruh dunia, menawarkan pelbagai genre muzik di peringkat sijil, diploma dan ij

Siapa Pula Yang Tidak Puas?

Imej

Menawan Puncak Broga

Imej
Peringatan: Sentiasa beringat dan menjaga keselamatan anda ketika mendaki dan menuruni. Cerita dan photo kemalangan di Bukit Broga (klik) 21 Nov 2010 - Kira-kira 200 peserta berjaya mendaki dan sebahagiannya menawan puncak Bukit Broga pada program pendakian yang dianjurkan oleh Kelab Rekerasi Semenyih yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk menghargai alam semula jadi di samping menyemai  aktiviti riadah untuk kesihatan yang baik. Seorang peserta membantu YB Datuk Johan mendaki  pada sebuah cerun yang licin Pendakian yang berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 tengah hari. Selain peserta yang mengikuti program ini, pada masa yang sama juga terdapat antara 500 - 600 pendaki lain yang mendaki secara berkumpulan, keluarga atau bersendirian seawal jam 5.30 pagi. Di kalangan pendaki itu terdapat juga mereka yang datang d

Penjaga Parkir Haram

Imej
Penjaga  parkir haram dalam gambar di bawah telah berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan daripada pihak berkuasa. Penjaga parkir haram dikesan melakukan kegiatan itu pada hujung minggu dan pada waktu malam. Masakan pihak pengusaha parkir berlesan  atau Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang  (MPKj) tidak pernah mengetahui atau tidak pernah mengesannya? Bagaimana pula dengan pihak Polis? Andainya MPKj mengatakan mereka tidak pernah mengetahui mengenainya, jelaslah dapat saya simpulkan bahawa para Penguatkuasa tidak turun padang! Mereka hanya suka menyaman pemandu atau peniaga sahaja. Seorang penjaga parkir haram (dalam bulatan) mengikut kereta yang  diparkir (atas) dan kemudian menghampiri pemandu untuk meminta wang.  Gambar dirakam pada 17 Nov 2010 di hadapan CIMB Kajang. Semenyih Baru mendapati antara satu hingga tiga orang bergiat memunggut duit daripada pemandu kerana "membantu" mereka untuk mendapat tempat parkir di kawasan parkir MPKj. Penjaga  haram berkenaan didapa

Sukaneka Tadika Mega Suria

Imej
Tarikh: 14 Nov 2010 Tempat: Padang Sunway Semenyih Peserta: Kanak-kanak Tadika Mega Suria

Jejantas SK Bandar Teknologi

Imej
Sebuah jejantas bernilai RM200 ribu akan dibina bagi  kemudahan murid-murid  Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Teknologi, Jalan Semenyih, Kajang. Mengumumkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz berkata, peruntukan itu disalurkan melalui peruntukan  ADUN Semenyih bagi memudahkan orang ramai khususnya murid-murid SK Bandar Teknologi yang tinggal  di kawasan perumahan Anggerik Villa dan kawasan sekitarannya. ADUN Semenyih YB Datuk Johan Abd Aziz berucap merasmikan Jamuan Amal dan (bawah) bersama  guru dan AJK PIBG Pembinaan  jejantas tersebut akan lebih memudahkan murid-murid sekolah  tanpa perlu menyeberang jalan raya di belakang sekolah tersebut. Agensi dan jabatan-jabatan terbabit telah memberikan kelulusan  untuk  pembinaan jejantas tersebut, katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Malam Amal SK Bandar Teknologi di Kelab Sunway Semenyih pada 13 Nov lepas. Pengerusi PIBG, Dr Hj Mohd Khafidz Hj Mohd Ishak (berucap) dan para tetamu Set

Mari Panjatkan Doa

Imej
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada jemah-jemah haji dan kepada kita, umat Islam semuanya.

Kemalangan Lagi

Kemalangan lagi.... di persimpangan Bandar Sunway/Jalan Semenyih. Kejadian berlaku  kira-kira jam 1130 pagi  hari ini betul-betul di simpang lampu isyarat.  Disebabkan, jalan yang dalam pembinaan dan berbatu-batu, penunggang motosikal tersebut tidak dapat mengawal mostosikalnya lalu dihimpit oleh sebuah lori 3 tan yang menghala ke Semenyih. Penunggang  itu terjatuh dan tambah malang dilanggar oleh sebuah lori 3 tan yang lain. Kecederaan teruk di bahagian kaki, pinggang dan kepala. Beliau yang belum dikenali meninggal dunia di tempat kejadian. Semenyih Baru yang kebetulan melalui lokasi kejadian tidak dapat merakamkan gambar kerana tidak membawa kamera. Disebabkan kemalangan itu, berlaku kesesakan di kedua-dua arah sejauh 3 - 4 kilometer dan Polis Trafik terpaksa melencongkan laluan dari arah Kajang. Pengguna dari Desa Mewah dan Sunway  yang hendak ke Kajang terpaksa menghala ke Semenyih dan membuat pusingan U kerana simpang itu ditutup sementara. Dalam tempoh dua minggu yang lalu, sud

Belanjawan Selangor Berimbang

Sedikit ringkasan mengenai Belanjawan Selangor 2010, merakyatkan ekonomi....  (Semenyih baru bukan pakar ekonomi tetapi tahulah juga untuk melihat angka yang tinggi (besar) dan yang rendah (kecil). Tahu juga bezakan + dan -) Tahun 2005 -2007 Simpanan Kerajaan Negeri: RM415.63 juta (2005) Simpanan Kerajaan Negeri: RM570.54 juta (2006) Simpanan Kerajaan Negeri: RM776.44 juta (2007). Lebihan akaun kerajaan negeri sebanyak RM72.51 juta, meningkat sebanyak RM131.88 juta berbanding 2006. 2008 Lebihan simpanan Kerajaan Selangor tinggal sebanyak RM49.1 juta berbanding 2007 2009 Belanjawan sebanyak  RM 1,400 juta Peruntukan tambahan sebanyak 2 kali di pohon pada persidangan dewan: RM578, 445, 168.88 Jumlah keseluruhan belanjawan 2009: RM1,978,445.168.80 Defisit RM65.96 juta 2010 Jumlah belanjawan asal yang diluluskan pada Persidangan Dewan 2009: RM1.3 bilion Unjuran Pendapatan: RM1.35 bilion Jumlah Belanjawan Tambahan:  RM194 juta (RM1.494 bilion) April 2010: Peruntukan tamb

Pembentungan Tersumbat

Imej
Perkhidmatan penyelenggaraan pembentungan kumbahan dikendalikan oleh Indah Water Konsortioum Sdn Bhd, sebuah syarikat Menteri Kewangan yang Diperbadankan. Semenyih Baru berkesempatan melihat kakitangan Indah Water melakukan penyelenggaraan di sebuah kawasan perumahan yang menghadapi masalah pembentungan tersumbat. Bergantung kepada  jenis masalah yang dilaporkan, kakitangan syarikat akan hadir dalam tempoh yang tertentu berserta dengan peralatan atau perkakasan serta jentera yang berkaitan. Dalam kes yang disaksikan, Semenyih Baru terpegun melihat jentera moden yang digunakan iaitu sebuah lori tangki dengan keupayaan kuasa hydraulik (Hydraulic Water Jet). Melalui jentera ini,   hos (gambar atas) dimasukkan ke lubang pembentungan untuk mencuci atau memecahkan halangan-halangan yang terdapat di dalamnya. Jika dahulu, untuk menjolok paip atau saluran yang tersumbat, rotan digunakan secara manual tetapi, kini tidak lagi. Kakitangan hanya  sebagai operator dan mengendalikan jentera me

Berkhatan

Majlis berkhatan beramai-ramai untuk anak-anak kariyah Taman Desa Mewah, Semenyih akan diadakan pada 20 dan 21 November 2010. Ibu bapa yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka akan diuruskan oleh pihak Surau Taman Desa Mewah dengan bayaran tertentu. Sekiranya berminat menyertai program tersebut, sila berhubung dengan AJK Surau yang berkenaan. Video di YouTube.com yang menunjukkan khatan cara tradisional. Video ini  dipaut dan dimuatnaik daripada  youtube.com dan bukan milik  laman blog ini. Kepada adik-adik, janganlah berasa takut untuk berkhatan. Adik dalam video di atas tidak pun menangis. Tidak sakit kerana Tok Mudim membaca doa terlebih dahulu. Namun, berkhatan yang dianjurkan oleh Surau Desa Mewah dilakukan di klinik perubatan, bukan cara tradisional. Manfaat berkhatan klik sini juga sini Berkhatan cara Tradisional

Buah Apa?

Imej
Sejenis buah yang boleh dimakan. Selalu orang sebut pokoknya  tetapi  jarang dapat melihat buahnya. Rupanya  seakan-akan buah limau tetapi ia tidak dipanggil limau. Limau, kulitnya boleh dikupas tetapi buah ini kulitnya seperti kulit epal. Ramai orang menyebut pokok "kipas" di atas ialah pokok pisang kaki. Sama ada secara   kebetulan   pokok itu disebut pokok pisang kaki (yang tidak merujuk kepada pokok untuk buah di bawah) atau  sebenarnya bukan namanya atau kesilapan. Minta tolong sesiapa yang dapat menjelaskan. TK Siapa tahu buah apa seperti dalam gambar? Buah yang ditunjukkan ialah jenis yang diimport. Tidak pula diketahui adakah sama dengan jenis tempatan.

Pertandingan Pancaragam

Imej
BandBlast II Pertandingan pancaragam BandBlast II akan berlangsung pada 25 Disember 2010 di Dataran Prima Saujana, Kajang mulai jam 8.00 malam. Saringan atau pemilihan awal dilakukan mulai bulan ini dan saringan akhir akan diadakan di Kompleks Metro Point, Kajang pada 18 November. Gambar hiasan BandBlast II dianjurkan oleh Kelab Kebudayaan Sri Nilam memperuntukkan hadiah RM2,000 kepada juara, RM1,000 (naib juara) dan RM500 (tempat ketiga). Yuran penyertaan sebanyak RM100.  Penyertaan dan keterangan lanjut boleh hubungi: Asu - 012-6712893 atau Botak - 017-2600175