Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

P1 WiMAX Generasi ke-4 (4G)

Imej
Penduduk di kawasan sekitar 300 meter radius daripada Taman Desa Mewah, Semenyih akan menikmati kemudahan data dan suara generasi keempat (4G) berikutan pembinaan sebuah pemancar P1 yang dijangka siap selepas Tahun Baru Cina. Kontraktor menggunakan kren  mendirikan pemancar P1 4G di rumah kedai Taman Desa Mewah P1 ialah  pengendali jalur lebar oleh syarikat Green Packet Sdn Bhd.

Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu

Imej
Terkini: PERHATIAN: Mulai Ahad,  6 Feb 2011, lokasi senamrobik Kecergas akan  berpindah dari Tesco Semenyih ke Perkarangan Sekolah Kebangsaan Semenyih (sebelah Masjid Jamek Raja Muda Musa) mulai 9 hingga 10 pagi disebabkan faktor teknikal.  Namun, sesi timbang berat badan setiap Jumaat kekal di Tesco Semenyih dari jam 5 - 10 malam.   Harap maklum. Jumaat, 28 Jan 2011 . Sebahagian peserta menimbang berat badan di Tesco Semenyih. Stesen timbang akan dibuka setiap Jumaat dari jam 5.00 petang hingag 10 malam sehingga hari penutup program. Dikuti dengan senamrobik di perkarangan Tesco setiap Ahad, 9 -10 pagi. Sila berbaju T yang diberi. Perasmian program anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) dengan kerjasama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) telah berlangsung pada 23 Jan 2011 di Dewan Sekolah Menengah Bandar Rinching, Semenyih oleh Dato Markiman Kobiran, bekas Ahli Parlimen Hulu Langat. Dua aktiviti utama program ini ialah menurunkan berat badan dan per

Berbasikal Mengelilingi Borneo

Imej
Haji Ramli Yusof akan memulakan cabaran berbasikal secara solo mengelilingi Sarawak, Brueni dan Sabah mulai 26 Feb 2011. Beliau juga akan mendaki  Gunung Mulu dan Gunung Kinabalu dalam misi menamatkan kayuhan 1Malaysia. Kayuhan di kepulauan Boneo ini dijangka mengambil  masa  selama 40 hari. Haji Ramli (satu dari kanan). Gambar fail Perkembangan terkini akan dilaporkan kemudian.

Sukaneka TDM 2011 Mencetus Fenomena

Imej
Ketika merasmikan  Sukaneka Taman Desa Mewah (TDM) 2011, 16 Jan lalu, ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abdul Aziz telah mengumumkan projek penurapan halaman  surau taman itu berjumlah RM30,000. Peruntukan khas itu disediakan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri. Masjid Raja Muda Musa, Semenyih turut menerima peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf dewan sembahyang yang kini tidak dapat menampung pertambahan jemaah. YB Datuk Johan menyambut belon yang dilontar oleh datin Norsiah Ismail Sukaneka TDM telah dihadiri kira-kira 600 orang penduduk taman itu dan dari taman-taman berhampiran. Pelbagai acara sukan dan permainan untuk pelbagai peringkat diadakan serta cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah seperti hamper, barang elektrik dan dua buah basikal.  Datuk Johan dalam reaksinya melahirkan kegembiraan kerana sukan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk dan menyifatkannya sebagai satu penganjuran yang berjaya. Sekaligus, ia telah menimbulkan satu fenomena k

SENAMROBIK SIHAT

Imej
Jom..... yang tinggal berdekatan, yang ada masa terluang, yang tak tahu nak ke mana hujung minggu ..... Bersenamrobik bersama lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) Merebut hadiah cabutan bertuah Menyertai pelbagai acara sukaneka Melihat motosikal tentera zaman British Menyertai acara terbuka jemputan berasama VIP Menikmati kelazatan "Air Tebu Pak Ya" (gerai jualan) Berurusan dengan AmBank, Insuran Takaful, SYABAS, Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dll