Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2011

Lintas Langsung di CATSFM

Imej
Haji Ramli Hj Yusof yang sedang berkayuh basikal dari Balai Ringin ke Sri Aman esok, 1 Mac 2011 akan  ke udara menerusi CATSFM, 99.3FM, jam 7.00 pagi. Dengarkanlah radio kegemaran anda untuk menambahmarakkan semangat Gagasan 1Malaysia, Sarawak dan Sabah 1Negara

Berlepas ke Kuching

Imej
Terkini 28 Feb 2011 Lintas langsung. Hj Ramli akan ke udara di CATSFM, 99.3 FM jam 7.00 pagi esok, 1 Mac 2011. dengarlah radio kegemaran anda untuk menyemarakkan 1Malaysia. 27 Feb 2011: Tuan Hj Ramli telah memulakan kayuhan sejauh 93 kilometer hari ini bermula di Pekan Sematan menuju ke Batu Kawah, Kuching dalam keadaan hujan. Esok beliau akan meneruskan kayuhan pada hari kedua menuju ke Balai Ringin dekat Serian. 26 Feb 2011: Tuan Hj Ramli Hj Yusop selamat tiba di Kuching hari ini untuk memulakan misi berbasikal jelajah 1Borneo - Sarawak dan Sabah melalui Brunei. Sebahagian  kos dibiayai oleh ADUN Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz. Hj Ramli (bertopi) sejurus sebelum berlepas ke Kuching Hj Ramli, 60 tahun sebelum ini telah berbasikal jelajah Semenajung Malaysia. Beliau juga telah mendaki Gunung Fujimaru di Jepun. Di dalam negara antara gunung yang pernah didakinya ialah Gunung Tahan, Gunung Tok Wan dan  telah 31 kali mendaki Gunung Nuang. Di Sarawak,  beliau akan men

200 Orang Hadir Perhimpunan Mulidur Rasul Sunway Semenyih

Imej
Kira-kira 200 orang hadir dalam perarakan dan perhimpunan 1Malaysia 1Ummah sempena sambutan Maulidur Rasul Surau Bandar Sunway Semenyih pagi ini. Perarakan yang disertai oleh penduduk taman tersebut, kanak-kanak Tadika dan sekolah agama sejauh satu kilometer turut disertai oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Serentak dengan sambutan itu,  unit ICU JPM telah meluluskan peruntukan sebanyak RM30,000 untuk menurap halaman surau tersebut. kerja-kerja berkaitan dijangka dilaksanakan tidak lama lagi. Sementara itu, Pengerusi Surau, Ustaz Rohfaizal mengajak sekalian penduduk menyertai aktiviti surau yang diadakan secara percuma termasuklah kelas-kelas pengajian al-Quran dan Fardhu Ain utnuk kanak-kanak.

Program Kesihatan KECERGAS

Imej
Program kesihatan KECERGAS pada setiap Jumaat dan Ahad masih mendapat penyertaan daripada orang ramai yang sedar pentingnya kesihatan. Pada setiap Jumaat berlangsungnya sessi timbang berat di Tesco Semenyih dari jam 8-10 malam manakala pada setiap Ahaf diadakan pula senamrobik di SK Semenyih dari jam 9-10 pagi. Peserta menunggu giliran untuk ditimbang (gambar hari ini, 18 Feb) Peserta yang berjaya  menurunkan berat badan, minima 5 kilogram layak mendapat hadiah wang tunai RM50.00. Bertemakan, "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu",  sehingag kini telah mendapat penyertaan hampir 180 peserta. Johan keseluruhan yang dapat menurunkan berat paling tinggi akan menerima wang tunai RM300.00

Kemalangan Lagi

Imej
Teksi ini terbalik di depan Petronas Jalan Semenyih (dekat JPJ). Tidak diketahui  bagaimana kejadian berlaku tetapi kawasan ini sudah menjadi kawasan kemalangan kerana kenderaan yang dipandu laju dari kedua-dua arah.  Malah, kenderaan dari simpang Bandar Sunway Semenyih dan Desa Mewah yang keluar ke jalan besar terdedah kepada bahaya dilanggar akibat kenderaan dari arah Semenyih yang masuk ke lorong kanan di persimpangan tersebut.

Lelayang Terbakar

Imej
Orang ramai yang menyaksikan Pesta Wow 2011 di Tapak Pasar Tani Presint 2, Putrajaya  hari ini (13 Feb) terkejut apabila layang-layang yang terbang di udara terbakar dan mengeluarkan asap. Dengan sekelip mata, kelihatan sebuah objek yang berasap  jatuh ke bumi tetapi mujur tidak  menegnai kumpulan orang ramai  yang berada di tengah padang. Keadaan kembali reda selepas pihak penganjur dapat mengatasi masalah berkenaan dengan cepat.  Lihat gambar: Jatuh dan terbakar.. dua orang Pelayang menuju ke objek berasap  yang terjatuh   daripada lelayang MAS sebagai langkah mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.   Namun,  senario yang dinyatakan di atas hanyalah gimik Karnival Wow, Lelayang Putrajaya 2011. Lelayang kepunyaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu dipasangkan dengan sebutir bom asap oleh pelayang Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Gambar kanan). Kini, layang-layang atau lelayang  memasuki era baru. Tidak seperti masa lampu, lelayang hari ini bersaiz lebih besar da

Berbasikal Meneglilingi Borneo

Imej
Majlis melepaskan Haj Ramli Hj Yusof  memulakan misi berbasikal mengelilingi Sarawak dan Sabah melalui Brunei akan diadakan pada 26 Feb 2011, jam 10.00 pagi. Maklumat lanjut akan diberitahu kelak. Datanglah untuk  memberi sokongan kepada beliau.  Bukan semua orang mampu melakukannya. Syabas Haji Ramli!

Berbasikal Mengelilingi Borneo

Imej
Haji Ramli Haji Yusof akan berbasikal mengelilingi Sarawak dan Sabah melalui Brunei Darussalam secara solo mulai 28 Feb 2011  dan dijangka menamatkan misinya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 April 2011. Jelajah berbasikal ini merupakan kesinambungan daripada jelajah 1Semenanjung Malaysia yang telah dilakukan pada 2010 selama 29 hari dengan jarak kayuhan 2,947 kilometer dari 26 Sept 2010 hingga 24 Okt 2010. (Artikel kayuhan 1Malaysia boleh klik sini ) Hj Ramli, gambar terbaru ketika berlatih baru-baru ini Memulakan kayuhan daripada Pekan  Sematan di Sarawak, Haji Ramli akan berkayuh ke Kuching, Tebedu dan Sri Aman sebelum menuju Sarikei, Sibu, Miri, Limbang , Lawas dan dijangka memasuki sempadan Sabah di Sindumin selepas 20 hari kayuhan. Di Sarawak, beliau akan mendaki Gunung Mulu dan ketika di Sabah akan mendaki Gunung Kinabalu di Kundasang. Di Sindumin, Hj Ramli meneruskan kayuhan solonya ke Sipitang, Beaufort dan Papar  ke ibu negeri Sabah, Kota Kinabalu. Kemudiannya menuju Tuaran

Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu

Imej
Program senamrobik anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) sempena Kempen Kesihatan dan menurunkan berat badan yang sepatutnya dilangsungkan di perkarangan pasaraya Tesco Semenyih telah dutukar lokasinya ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Semenyih disebabkan faktor teknikal. Justeru mulai 6 Feb 2011, senamrobik akan dilangsungkan di situ mulai 9 hingga 10 pagi. Tema program ini ialah,  "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu" Makanan seimbang... Penganjur hanya memberikan sebotol air mineral dan sebiji pisang selepas senaman dan gambar bawah peserta diberikan RM5.00 sebagai token Senamrobik di SK Semenyih, 6 Feb 2011 Kanta pembesar digunakan untuk mendapatkan bacaan yang tepat Peserta menimbang berat di Tesco, 4 Feb 2011 Bagaimanapun lokasi stesen menimbang berat badan setiap Jumaat jam 5 - 10 malam di Tesco Semenyih kekal dan tidak berubah. Harap semua peserta dan orang ramai yang ingin turut serta maklum akan  lokasi-lokasi y