Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2011

13 Orang Dah Turun Berat

Imej
Seramai 13 orang peserta Program Kesihatan anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS)  telah berjaya menurunkan berat minima 5 kilogram setiap orang. Program telah berlangsung selama dua bulan dan akan berakhir pada 10  April depan. Setiap peserta yang berjaya itu menerima saguhati daripada penganjurnya. Salah seorang pesert (kiri) menerima saguhati daripada Jurulatih Senam Tari, Mazita Mohammad. Kanan ialah Pengerusi KECERGAS, Ramli Mat Nor

Terbakar

Imej
Sebuah kawsan bersemak kepunyaan persendirian berhampiran Jalan 7 dan Jalan 7A, Taman Desa Mewah, Semenyih terbakar kira-kira jam 5.00 petang 15 Mac lepas. Kebakaran dipercayai berpunca daripada pembakaran yang dibuat oleh individu tertentu. Beberapa hari sebelum kejadian, didapati ada kesan-kesan kebakaran keci di Jalan 7 yang dipercayai dilakukan oleh penduduk yang ingin membersihkan kawsan bersemak di hadapan rumah mereka. Gambar oleh Azley Kassim Dua buah jentera bomba daripada Pejabat Bomba dan Penyelamat Bandar Baru Bangi dikejarkan ke tempat kejadian dan berjaya mengawal kebakaran  dalam tempoh dua jam. Api marak dengan cepat disebabkan, di kawasan tersebut terdapat banyak bahan buangan seperti kayu-kayu, papan dan juga tayar terpakai.

Makan Untuk Hidup...

Imej
Jumaat lalu, beberapa peserta Program Kesihatan, Makan Bila Perlu, Senam Selalu, Banyak Penyakit Berlalu menerima sebuah buku, Makan Untuk Hidup daripada Pengerusi KECERGAS, Ramli Mat Nor. Buku itu yang antara lain memberi maklumat berkaitan penjagaan diri, riadah dan pemakanan amat sesuai untuk para peserta program kesihatan berkenaan. Seorang peserta bertanya sesuatu kepada Ramli selepas sesi timbang berat Menurut Ramli, buku edisi pertama itu adalah karangan beliau yang ingin berkongsi mengenai tip-tip kesihatan kepada para pembaca. Beliau yang aktif bersukan dan beriadah sejak 18 tahun lalu dapat mengekalkan berat badan yang ideal, yang kini beratnya ialah 51 kilogram, berusia 61 tahun. Sepanjang penglibatanya, Ramli telah menyertai pelabagi pogram riadah tempatan dan antarabangsa seperti marathon penuh, larian 5 dan 10 km, berbasikal, berjoging dan mendaki gunung. Ramli juga giat dalam pelbagai program komuniti dan NGO. Berkongsi maklumat..... Buku karya Ramli Mat Nor, Presiden

Ziarah OKU

Imej
Bersama ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz yang juga Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, ahli dan AJK UMNO Taman Desa Mewah menziarahi keluarga Mutaya a/l Panpayan di rumahnya. Datuk Hj Johan juga telah menyampaikan sumbangan peribadinya kepada keluaraga  tersebut. YB Datuk Johan juga sempat bertemu dengan AJK UMNO dan juga AJK Rukun Tetangga Taman Desa Mewah.

Kayuhan Sampai di Niah

Kayuhan Hj Ramli Hj Yusof telah tiba di Niah pada 8 Mac 2011. Kini menuju ke Miri dan telah berkayuh  sejauh kira-kira 800 km dari Sematan, Kuching sejak 27 Feb lepas. Selamat Berjaya.

Motivasi Keibubapaan

Imej
Dato'  Dr Mohd Fadzilah Kamsah akan menyampaikan ceramah dan motivasi keibubapaan anjuran Institut Perkembangan Minda (INMIND) pada: Ahad, 6 Mac 2011 Masa: Jam 8.30 pagi Termpat: Kolej Kemahiran Tinggi MARA, Beranang Aktiviti lain termasuk: 1. Cabaran Minda 1Malaysia 2. Teka Minda 1Malaysia, Jam 10 pagi sekitar Semenyih 3. Ziarah 1Malaysia dan Perkampungan Bakti Siswa, jam 10 pagi sekitar Semenyih 4. Malam Aspirasi 1Malaysia, jam 830 malam di Kolej Profesional Mara, Branang dan berpeluang merebut hadiah  cabutan bertuah berupa hamper, barang elektrik dan TV LCD 32 inci.

Sampai di Saratok

Kayuhan Hj Ramli Hj Yusop masuk hari ke enam sejak  27 Feb 2011. Semalam, beliau telah sampai di Saratok dari Sri Aman dengan jarak kayuhan kira-kira 130  kilometer dengan kelajuan kayuhan kira-kira 20 km sejam. Bermalam di sebuah masjid dekat Saratok. Keadaan cuaca dari Sri Aman adalah baik walaupun pada hari pertama hujan sepanjang perjalanan antara Sematan ke Kuching. Kata Haji Ramli, setakat ini kayuhannya adalah normal dan belum berhadapan dengan masalah getir. "Alhamdulillah, belum berlaku tayar pancit", katanya. Hari ini, kayuhan akan diteruskan menuju ke Sibu sejauh kira-kira 113 km jika keadaan mengizinkan. Jika sebaliknya, beliau akan berhenti bermalam di tempat-tempat tertentu. Esok, Jumaat (dan pada setiap Jumaat) Haji Ramli tidak berkayuh dan berpeluang untuk berehat sambil menikmati suasana alam di Sibu. Jumaat juga akan digunakan untuk menyelenggara basikal dan kerja-kerja mencuci pakaian dan seumpamanya. Selepas Sibu, lokasi seterusnya ialah Mukah dan Bintul

Lawatan Pegawai ICU, JPM

Imej
Pegawai Implementation Coordination Unit (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah menemui Pengerusi dan Imam Surau Taman Desa Mewah untuk  melaksanakan kerja-kerja menurap halaman surau bernilai RM30,000 yang diumumkan oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz 16 Januari lepas. Di hadapan surau... pegawai ICU, dua dari kanan Sambung perbincangan di kedai mamak... Entri terdahulu yang berkaitan klik sini: