Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2011

Memperkasa Wanita Islam

Imej
Golongan wanita seharusnya tidak terkeliru dengan menganggap Pertubuhan Wanita Islam (WI) sebagai sebuah pertubuhan politik kerana   kegiatannya untuk memartabatkan wanita di kalangan masyarakat. Keahlian WI dibuka kepada semua wanita tanpa mengira fahaman politik walaupun terdapat ahli-ahli parti politik   yang menjadi Ahli Jawatankuasanya (AJK). Justeru, wanita Islam Bandar sunway Semenyih baru-barau ini bersatu menubuhkan persatuan itu yang dianggotai kira-kira 52 orang. Dalam ucapan alu-aluan, ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz mengucapakan tahniah di atas penubuhan WI taman itu. Belia berharap AJK yang dipilih   dapat menyusun program-program yang dapat memperkasakan wanita Islam di bidang ekonomi, pendidiakn, keagamaan dan juga sosial. Selain itu, Datuk Johan juga mengingatkan   peranan wanita sebagai ibu   yang perlau diutamakan pada setiap masa. Wanita juga diharap peka kepada cabaran-cabaran politik, ekonomi dan pendidikan   dan perlu memainkan peranan bagi mempastikan

Jalan Tak Siap

Imej
Gambar di atas adalah sebuah flyover yang dibina merentasi Lebuhraya Lekas tetapi tidak dapat digunakan sebagai jalanraya kerana belum lagi bersambung dengan mana-mana jalan. Menurut maklumat, ia sepatutnya menjadi jalan alternatif kepada penduduk Bandar Baru Rinching dan Bandar Tasik Kesuma, Semenyih. Tidak diketahui siapa yang sepatutnya bertanggungjawab kepada pembinaan tersebut dan mengapa ia terbengkalai. Pembaca yang mempunyai maklumat berkaitan perkara ini diharap dapat e-mel kpd: semenyihbaru@gmail.com . Terima kasih

RM580,000 Untuk Baiki Masjid dan Surau

Imej
Unit Penyelerasan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri telah memperuntukan sebanyak RM580,000 menerusi dana kerajaan persekutuan untuk menaik taraf atau membaik pulih 15 buah masjid dan surau di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih pada tahun 2011. Setiap surau atau masjid di kawasan itu telah dan akan menerima antara RM30,000 hingga RM50,000 untuk tujuan tersebut. Pegawai ICU, Mohd Faizal (kiri) pada sesi lawatan tapak di  Masjid Kg Pasir Baru, Hulu Semenyih Masjid atau surau yang terlibat dipilih berdasarkan keperluan yang mendesak. Antaranya disebabkan keadaan surau atau masjid tersebut dalam keadaan yang uzur atau boleh menyebabkan bahaya jika tidak dibaikpulih. Dalam lawatan tapak yang dilakukan oleh pegawai ICU pada 11 April lalu, sebuah masjid dan surau yang terlibat dengan projek tersebut telah selesai dilaksankan. Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah menerima sebanyak RM50,000 untuk menambah ruang solat manakala Surau Taman Desa Mewah sebanyak RM30,00 digunakan un

Turapan Laman Surau

Imej
Merujuk entri penurapan laman Surau Taman Desa Mewah yang dipos pada 1 Mac 2011 di sini (klik)  sukacita diberitahu, kontraktor sedang giat melaksanakan kerja-kerja menurap halaman surau itu yang dibiayai oleh Implementation Coordination Unit (ICU), Jabatan Perdana Menteri. Semua kerja penurapan dijangkan selesai  pada  minggu ini.  Surau Taman Desa Mewah. Gambar: Azley Kassim Projek penurapan bernilai RM30,000 itu diusahakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz. Ia telah diumumkan  oleh Datuk Johan pada 16 Januari 2011  ketika merasmikan Hari Keluarga dan Sukaneka taman itu.

Lori-lori Besar

Imej
Sejak kebelakangan ini, lori-lori besar yang membawa muatan berat seperti batu dan pasir sering membuat pusingan U di simpang Taman Desa Mewah, Semenyih. Perbuatan itu  amat membahayakan di samping boleh menyebabkan kemalangan dan menganggu kelancaran trafik. Walaupun sudah dimaklumkan kepada Polis Trafik, namun ia masih berlaku. Lagipun, bukan sepanjang masa Polis Trafik boleh berada di lokasi  kejadian.  Hari ini, sebuah lori dengan muatan berat telah rosak ketika membuat pusingan U di situ. Ia telah menyukarkan pemandu kenderaan lain. Lori membawa barang dan bas sekolah tidak dapat keluar atau masuk ke Taman Desa Mewah hampir tiga jam. Kejadian yang berlaku kira-kira 9 pagi itu berlarutan sehingga 1 tengahari dan pada kira-kira jam 1130 pagi, dua orang Polis Trafik telah dihantar ke lokasi selepas penulis membuat laporan.  Sepatutnya,  tuan punya lori atau syarikat yang terlibat diberi amaran oleh pihak polis dan saman perlu dikeluarkan jika keadaan itu masih dilakukan oleh pemandu

Anugerah Kecemerlangan

Imej
Seramai 33 orang pelajar yang cemerlang di dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM 2010 telah diberikan penghargaan oleh UMNO Taman Desa Mewah dengan kerjasama YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, ADUN Semenyih. Antara yang menerima penghargaan itu ialah 14 pelajar UPSR yang memperolehi 4A ke atas, 15 pelajar PMR yang mendapat  6A ke atas dan 5 orang pelajar SPM yang memperoleh 7A ke atas. Mereka merupakan penduduk Taman Desa Mewah dan penghargaan itu tidak terbatas kepada ahli atau penyokong UMNO sahaja. Ini terbukti apabila, penghargaan juga diberikan kepada calon-calon India dan Cina yang cemerlang.  "Walaupun ia dianjurkan oleh UMNO sebagai parti politik tetapi, penganjurannya tidak bermotifkan politik, sebab itu semua pihak yang berjaya diberikan penghargaan", kata jurucakap penganjurnya. Mereka telah menerima sekeping sijil penghargaan dan wang tunai yang disampaikan oleh YB Datuk Hj Johan. Majlis yang diadakan pada 3 April lepas merupakan yang kedua diadakan oleh UMNO Desa Mew

Kayuhan Sejauh 2,544 KM

Imej
 Hj Ramli diiringi motorsikal berkuasa tinggi. Gambar@KEMOJA KLLK Haji Ramli Hj Yusof, 60 tahun berjaya menamatkan jelajah berbasikal dari Sematan, Sarawak ke Tawau, Sabah melalui Brunei sejauh 2,544 km. Misi kayuhan bermula pada 27 Feb 2001 hingga 1 April 2011, selama 33 hari. Sebelum ini beliau telah menjelajah Semenanjung Malaysia. Kayuhan 1Malaysia Ketibaan beliau di Taman Desa Mewah, Semenyih pada 3 April lalu disambut kira-kira 100 penduduk dalam satu majlis ringkas tetapi meriah. Menghargai usaha yang tidak semua orang mampu melakukannya, Haji Ramli telah diiringi oleh 20 penunggang motosikal berkuasa tinggi  sejauh kira-kira dua kilometer. Antara kelab motor yang terlibat ialah Kelab Motosikal Kuala Lumpur dan lembah Klang (KEMOJA KLLK), Ladies Bikers dan lain-lain.  Majlis sambutan  turut dihadiri oleh ADUN Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz. bersambung..... dari Blog: 1. Klik: Video Liputan Tawau Bloggers  2.  Cari

Kesedaran Mengenai Riadah - Mendaki Bukit Broga

Imej
2 April 2011 lalu, 43 orang ahli  dan penyokong UMNO cawangan Taman Desa Mewah telah mendaki Bukit Broga, Semenyih. Pendakian tersebut merupakan sebahagian daripada  program menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan riadah dan menjaga kesihatan ke arah gaya hidup  yang sihat. Sebahagian besar daripada peserta belum pernah mendaki bukit tersebut dan pengalaman kali pertama itu amat menyeronokkan mereka.  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abdul Aziz telah meluangkan  masa untuk bersama para peserta  sebaik sahaja kesemua peserta berjaya turun.  Datuk Johan juga sempat makan tengahari bersama para peserta berkenaan. Tak percaya? Basikal pun boleh naik ke puncak Bukit Broga