Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Kolam Renang Fiber

Imej
Semakin moden, teknologi semakin maju. Dulu kolam renang perlu dibina menggunakan batu dan simen. Namun hari ini, mahukan kolam renang - beli, pasang dan siap. Itulah kolam renang fiber Kolam fiber yang dibina di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Semenyih bagi kegunaan anak-anak istimewa

Krisis Air Terawat

Imej
Ramai yang keliru disebabkan bukan musim kemarau tetapi air kolam, parit, sungai tidak kering namun peliknya buka paip tiada air. Hujan pula hampir selalu.  Banyak tempat yang sering mengalami keputusan air termasuklah di bulan Ramadhan ini. Kerajaan Negeri Selangor kata, air berlebih-lebih sampai melimpah-limpah. Syabas pula kata, tekanan air rendah dan pemulihannya sukar dijangka. Kerajaan Pusat pula percaya, daripada kajian yang dibuat oleh pakar sejak tahun 2000,  Selangor akan menghadapi krisis air pada 2014 jika Projek Sungai Langat 2 tidak disiapkan. Namun isu sebenarnya ialah,  Selangor menghadapi masalah air yang terawat (atau air yang sudah dirawat) melalui 33 buah loji penapisan air sedia ada. Air yang dibekalkan di rumah kita ialah air sungai atau air tadahan yang disalirkan ke empangan  (disebut air mentah) seperti Empangan Semenyih  lalu diproses (dirawat) menjadi air yang bersih. Pendek kata, air yang kita minum di rumah ialah air yang sudah bersih  setelah dira