Catatan

Tunjukkan catatan dari 2013

Berbasikal Merentas Selangor

Imej
Kemaskini 26 Dis 13 Klik Untuk berita penuh Mulai 25 Dis hingga 29 Dis 2013, empat (4) orang pengayuh akan berbasikal sejauh 324 km merentas Selangor bagi membawa mesej gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negeri ini. Mereka ialah, Haji Ramli Hj Yusof, 62 tahun, Haji Ramli Mohd Noor (60), Hj Karim Yusof (63) dan Abu Samah @ Pak Chat (61). Kesemuanya dari Semenyih, Selangor. Hj Ramli, bekas guru dan Hj Karim, bekas tentera merupakan pengayuh tegar. Kedua-duanya sudah berbasikal merentas seluruh negara serta ke Indonesia dan negara-negara ASEAN. Abu Samah pula merupakan pemegang Malaysia Guiness Record yang pernah berbasikal seluruh negara satu ketika dulu. Manakala Hj Ramli Mohd Noor ialah aktivis hidup sihat yang sering terlibat dalam pelbagai kegiatan merentas desa dan lain-lain. YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, ADUN Semenyih akan melepaskan mereka pada jam 9.00 pagi, 25 Disember ini di Semenyih Sentral. Keempat-empat pengayuh ini akan melalui, berhenti r

Lori Terbalik - Harian Metro 29 Nov 2013

Imej
Terima Kasih Harian Metro

Jalan Berlubang

Imej
Inilah keadaan jalan raya di Hulu Langat: 1. Jalan berlubang-lubang/berlopak 2. Jalan ditumpahi simen  konkrit. Tumpahan ini amat membahayakan penunggang motosikal 3. Garisan tidak nampak/tidak ada 4. Waktu malam tiada lampu jalan/lampu tidak menyala Lubang yang disebabkan kenderaan berat 5. Berlaku kesesakan yang tidak pernah selesai. Tiada petugas trafik untuk menyuraikan kesesakan 6. Lampu isyarat "gila" kerana rosak atau "timing" yang tidak betul.     Terdapat juga tiang lampu jalan/lampu isyarat yang sering dilanggar 7. Jalan raya dihantui oleh kenderaan berat 8. Jalan raya menakong air Rosak disebabkan pemandu meletakkan kenderaan berat setiap hari. Gambar: Ramli Mat Nor 9. Sukar atau tiada kemudahan membuat pusingan "U".     Pemandu kenderaan berat membuat pusingan di tempat yang tidak sepatutnya 10. Jalan tidak rata (berombak)

Pendaftaran Premis Makanan

Imej
PENDAFTARAN PREMIS MAKANAN Semua pengendali makanan seperti pengilang makanan, pengusaha restoran, kedai makan, gerai, pengusaha kantin sekolah/kilang/IPT, penjual makanan bergerak dll WAJIB mendaftarkan premis/perniagaan masing-masing dengan Kementerian Kesihatan sebelum 1 Januari 2014.   Kegagalan anda mendaftar boleh disabitkan kesalahan dan didenda RM10,000 atau  dua (2) tahun penjara.   Pendaftaran boleh dilakukan secara online di sini: http://fosimdomestic.moh.gov.my/ atau di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat. Tiada bayaran pendaftaran dikenakan.   Nota: Kementerian Kesihatan Malaysia diharap dapat melihat portal http://fsq.moh.gov.my/v4/  kerana ada pautan yang tidak boleh diakses (broken link). Sila permudahkan urusan rakyat untuk mencapai maklumat dalam talian.  

Dari akhbar Cina - Kenderaan Pusing U

Imej
Artikel terdahulu berkaitan..

Sidang Akhbar Wakil Penduduk Bandar Sunway & Taman Desa Mewah Semenyih

Imej
Jam 3.00 petang, 24 Nov 2013, wakil penduduk Bandar Sunway Semenyih dan Taman Desa Mewah mengadakan sidang akhbar  mengenai sikap pemandu kenderaan berat yang berterusan masuk ke kawasan taman untuk membuat pusingan "U". Dalam sidang akhbar itu, wakil penduduk Bandar Sunway Semenyih, Asmadi Asmad menggesa agensi kerajaan berkaitan, terutama Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengambil tindakan yang perlu sebelum berlakunya kemalangan lebih besar yang boleh mengakibatkan kehilangan nyawa. Gambar sebuah kren membuat pusingan kira-kira jam 4.00 petang, 24 Nov 2013.   Entri terdahulu berkaitan perkara ini

Perbahasan di Dewan Undangan Negeri Selangor

Ini adalah sedutan perbahasan ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz di Dewan Undangan Negeri Selangor pada 21 Nov 2013. Beliau mengupas isu kenaikan cukai taksiran, kesesakan trafik dan jalan pintas di Semenyih, pembuangan sisa pepejal dan bau busuk serta jalan (yang runtuh lebih setahuan lalu) di Empangan Semenyih yang masih tidak dibaiki oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Terbalik Akibat Pusing U

Imej
Lagi kemalangan di simpang Taman Desa Mewah - Bandar Sunway Semenyih akibat kedegilan para pemandu kenderaan berat membuat pusingan U. Kali ini kemalangan pada jam 11.30 pagi 21 Nov 2013 melibatkan sebuah lori trelar yang membawa sampah kitar semula. Lori terbalik di persimpangan jalan mengakibatkan jalan masuk dan keluar kedua-dua taman terhalang sepenuhnya. Difahamkan lori berkenaan mengangkut kira-kira 20 tan barang kitar semula daripada sebuah kilang di Bandar Sunway Semenyih. Pemandu kemudiannya menggunakan jalan pintas dengan memasuki kawasan taman untuk membuat pusingan U bagi menghala ke Pandamaran, Pelabuhan Klang.   Kesulitan lebih 2,000 penduduk berterusan  hingga jam 8-9 malam kerana kesesakan dan kesukaran keluar dan masuk. Terima kasih kepada penduduk yang secara sukarela menjadi "polis trafik". Tindakan penduduk yang berang  dapat dikawal daripada membakar lori yang terbalik itu. Mujur, PDRM menghantar 4 buah kereta peronda dan 5 orang ang

Pembunuh Pegawai Bank

Imej
Berdasarkan facebook Ardi Ode Katela yang dijumpai oleh ramai facebookers , inilah wajah (gambar-gambar) pembunuh Pegawai Ambank Subang  pada 23 Oktober 2013. Pembaca yang menjumpai saspek, mohon laporkan segera ke mana-mana balai polis. Pembunuh ini (jika terbukti) mesti didakwa segera.   Link berkaitan:   1. http://www.kl-today.com/2013/10/ambank-nafi-sebar-rakaman-cctv-pegawai-bank-dibunuh/ 2. http://www.dapurkakjee.com/2013/10/pegawai-bank-dibunuh-in-house-security.html 3. http://umnobahagiancheras.blogspot.com/2013/10/ekoran-pegawai-ambank-dibunuh-kejam.html 4. http://milokaw.blogspot.com/2013/10/abg-masih-syg-saya-kah-pegawai-bank.html 5. http://miazarraannur.blogspot.com/2013/10/siapa-sebarkan-rakaman-cctv-pegawai.html  

Malang lagi... di Taman Paling Jaya

Imej
Kemalangan pada 4 Okt 2013 melibatkan kereta dan motosikal di simpang Taman Paling Jaya, Semenyih. Kerap kali kemalangan di sini kerana simpang empat yang sibuk ini tidak mempunyai lampu isyarat. Mengapa lampu isyarat tidak boleh diadakan? Kemalangan lain  

Tangkap Anjing

Apakah cara  ini yang terbaik?

Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik

Imej
Ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz dengan pihak swasta selaku pemaju. Rumah ini ialah rumah bertingkat terletak di Kajang dan Semenyih. Pendaftaran terbuka kepada penduduk di daerah Hulu Langat yang: 1. Telah berkeluarga 2. Belum memiliki rumah 3. Menetap di kawasan Hulu Langat 4. Berpendapatan tetap (anggaran 3,500 ke bawah) 5. Layak mendapat pinjaman bank Nota: Borang boleh dimuaturun dan kembalikkan kepada Pejabat UMNO Hulu Langat atau di Pejabat ADUN (BN) Semenyih

Kebakaran Madrasah Tahfiz al-Falah, Kampung Sesapan Kelubi, Beranang

Imej
  Kebakaran melibatkan bilik penginapan berlaku antara 10.30-11.00 pagi 17 sept 2013. Mujur pada ketika itu, pelajarnya seramai lima (5) orang sedang berada di surau yang bersebelahan daripada tempat kebakaran. Kesemua pelajar dan pengajar selamat dan mereka telah diarah pulang ke rumah masing-masing.   Dua buah kereta bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang masing-masing satu daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan tempat penginapan dan juga peralatan. seperti  empat buah komputer, alat siaraya, peralatan harian pelajar dan lain-lain dipercayai berpunca daripada litar pintas.       Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz melawat madrasah berkenaan pada jam 11.00 pagi 18 Sept untuk meninjau bantuan segera yang boleh disalurkan.         Kebakaran berlaku di sebelah kanan surau ini. Syukur, surau ini selamat