Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2013

Hulu Langat - PM Datang Lagi

Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak (DSN) dijangka sekali lagi  akan melakukan lawatan kerja ke Daerah Hulu Langat pada 12 Januari 2013. Kali ini DSN akan melawat kawasan Semenyih. Lawatan PM ini merupakan lawatan pertama pada 2013 dan kali kelima sejak 2012. Orang ramai dijemput hadir mendengar amanat DSN kali ini. ::TERKINI:: (kemaskini 9 jan 2013) Perdana Menteri DSN akan berada di Dataran Tesco Semenyih pada jam 930 pagi 12 Januari 2013. Dijangka seramai 15,000 masyarakat berbilang kaum akan hadir mendengar amanat PM itu. Semenih Baru difahamkan,  kunjungan PM adalah memenuhi undangan Indian Front Party (IPF) negeri Selangor. Adakah PM akan mengumumkan pembubaran parlimen bagi membolehkan PRU-13 diadakan?

Kedai Rakyat 1Malaysia (Semenyih)

Selepas Kedai Kain 1Malaysia (KR1M) dibuka di Dusun Tua Hulu Langat  Julai lalu, pada 18 Disember 2012 yang lalu pula dibuka Kedai Rakyat 1Malaysia bertempat di Taman Pelangi II, Rinching, Semenyih Selangor. Pembukaan kedai harga patut itu telah disempurnakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob yang dihadiri lebih 3,000 orang. Turut hadir ialah ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz dan ADUN Dusun Tua, Ismail Sani. KR1M di Rinching itu dijangka dapat memberi perkhidmatan kepada lebih 20 ribu pengguna di Mukim Semenyih dan Beranang. Dengan perbezaan harga kira-kira 30 ke 40 peratus lebih murah daripada harga pasaran, sudah tentu ia memberi manfaat yang bukan sedikit kepada penduduk di kawasan tersebut di samping dapat menjimatkan perbelanjaan harian.