Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2013

Pencuri Netbook Pelajar

Imej
Sebanyak 52 unit netbook milik pelajar yang belum sempat diagihkan telah dicuri. Lihat gambar rakaman CCTV pencuri di bawah dan link berita penuh .  Jika pembaca blog ini dapat mengecam gambar tersebut, sila maklumkan kepada Balai Polis Semenyih. Terima kasih Keratan akhbar      

Kemalangan di Jalan Semenyih

Imej
Kemalangan pada 19 Jun 2013, lebih kurang 9.30 malam di simpang Bandar Sunway-Desa Mewah, Semenyih Akibat tidak berhenti apabila lampu isyarat merah, pemandu Myvi dari arah Semenyih yang hendak masuk simpang telah melanggar penunggang motosikal dari arah Kajang. Pemandu, seorang amoi Cina ialah pemegang Lesen Memandu P. Penunggang  berasal dari Terengganu, seorang lelaki muda dan menginap di Taman Seri Haneco telah dikejarkan dengan ambulan ke Wad Kecemasan Hospital Kajang patah kaki.  Didoakan beliau selamat.   Motosikal dilanggar dan menaiki divider  dan menghentam tiang lampu         Amoi pemandu Myvi ada dalam gambar ini     Myvi, WXD 6125   Untuk rekod, sudah terlalu banyak kemalangan di simpang berkenaan. Mohon semua pemandu berhati-hati dan bertimbang rasa, Hormat dan patuhi peraturan jalanraya. Kawasan ini juga sering mengalami banjir kilat dan juga punca kemalangan. Kenderaan berat juga sering membuat pusingan  U yang sangat membahayakan

Penjaja Melayu Tepi Jalan

Imej
Sejak dulu lagi nasib penjaja Melayu di tepi-tepi jalan tidak terbela. Walaupn ada seorang dua yang berjaya atau mengembangkan perniagaan tetapi masih ramai yang terpaksa menghuni tepi-tepi jalan untuk menyara hidup, menumpang tanah TOL atau tanah milik kerajaan. Menjual pisang goreng,  air tebu, air kelapa, nasi lemak, kuih-muih, buah-buahan dan seumpamanya. Semuanya atas faktor pekerjaan -- untuk menyara kehidupan bukan untuk mengejar kemewahan.   Peniaga Melayu ditepi jalan. Menunggu masa  disita oleh PBT dan disaman   Pihak Berkuasa Tempatan (BPT) melalui Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran  mempunyai peraturan yang melarang orang ramai melakukan perniagaan di tepi jalan  lebih-lebh lagi yang tidak berlesen. Namun, untuk memohon lesen PBT mewajibkan peniaga berkenaan mempunyai premis perniagaan. Bagaimana mungkin mereka mendapat lesen sedangkan pada masa sama tidak berkeupayaan untuk menyewa premis perniagaan? Premis niaga yang mampu dibeli atau disewa oleh mereka

Inovasi Baru Beriadah

Imej
Hanya di pesekitaran tempat kediaman untuk kanak-kanak. Tak perlu meredah kesesakan jalanraya.  Golongan peniaga yang bijak dan kreatif memperkenalkan inovasi baru untuk kanak-kanak beriadah dan bermain.

Balai Bomba Semenyih

Imej
Sejak 1 Mei 2013, Semenyih kini mempunyai sebuah Balai Bomba dan Penyelamat (mini)  dengan kekuatan sebuah jentera bomba dan 25 anggota termasuk seorang Ketua Balai.  Terletak di Taman Pelangi Semenyih di atas tanah seluas satu ekar.  Dengan beropreasinya balai ini, ia  dapat melaksanakan tugas menyelamat dengan lebih cepat  kerana kedudukanya yang lebih dekat. Sebelum ini, tugas-tugas menyelamat kebakaran dan seumpamanya dirujuk kepada kepada balai yang terletak di Bandar Baru Bangi dan juga Kajang.          Untuk rekod,  Daerah Hulu Langat yang mempunyai kira-kira 1.3 juta penduduk mempunyai tiga (3) buah balai bomba setiap satu di Kajang, Bangi dan terbaru di Semenyih. sebalum ini, jentera bomba dari Balai Bangi mengambil masa antara 30 - 40 minit untuk sampai ke Semenyih. Maklumat selanjutnya:

Peniaga Cakera Haram

Imej
Nampaknya Akta Cakera Optik 2000 (ACO 2000) tidak berjaya membendung (jauh sekali menghapuskan) penjualan cakera optik haram di seluruh negara. Mungkin disebabkan, bahan ini sering mendapat permintaan daripada pelbagai golongan masyarakat kerana harganya yang jauh lebih murah berbanding cakera tulen. Orang ramai lebih suka membeli  cakera cetak rompak kerana tidak mahu berbelanja lebih disebabkan,  ia hanya  digunakan untuk sekali dua sahaja.  Sesuatu cakera cetak rompak yang dibeli dengan harga kurang daripada RM10 misalnya hanya ditonton sekali dua dan selepas itu, pengguna tidak peduli jika ia dimasukkan ke dalam tong sampah.   Selain permintaan pengguna, keuntungan daripada perniagaan haram ini amat lumayan kerana peniaganya tidak perlu menyewa premis perniagaan, membayar cukai malah tidak perlu membayar gaji pekerja atau kakitangan. Mereka boleh berniaga di mana-mana, di pasar malam, di tepi kedai, di tepi jalanraya dan lain-lain. Sewa tapak pasar malam misalnya hanya RM3.00

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai

Imej
Hujan lagi... banjir lagi... Kali ini dan akan datang kenderaan siapa pula yang malang. Terendam atau tersadai dalam banjir kilat di mana-mana. Kuala Lumpur sering mengalami banjir kilat. Kenderaan yang  terperangkap dalam kesesakan jalan raya yang berkilometer jaraknya, tiba-tiba jalan raya ditenggalami air. Mujur jika paras air tidak tinggi atau tidak menjejaskan kenderaan.   Itu di Kuala Lumpur. Di tempat lain?     Gambar fail. Banjir di psimpang Bandar Sunway Semenyih     Puchong, Kajang, Shah Alam sering dilanda banjir kilat.   Di Semenyih tidak terkecuali. Setiap kali hujan lebat simpang Bandar Sunway Semenyih - Taman Desa Mewah akan tenggelam dengan ketinggian paras air hampir empat kaki. 10 tahun lalu tak pernah banjir pun walau selebat mana hujan yang turun. Jadi apakah puncanya berlaku banjir melainkan jika kerana pembangunan pesat di sekeliling kita.  Pengerusi Persatuan Penduduk Bandar Sunway Semenyih, En Asmadi Asmad dan En Siva dari Ta

Sisa Pilihanraya yang Menyakitkan Mata

Imej
Lebih sebulan berlalunya Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13). Sisa kempen pilihanraya menyakitkan mata.  Kibaran bendera parti, poster, banting dan seumpamanya di kebanyakan tempat sangat meriah. Malaysia hanya antara negara demokrasi yang kebebasan berkempen seperti ini berlaku di dunia. Kadang-kala tahap kebebasannya macam melampau atau di luar batasan. Menariknya, bahan kempen pihak pembangkang boleh dipasang tanpa sebarang masalah kecuali satu dua kejadian sabotaj atau bahan kempen dirosakkan oleh pihak lawan. Itu pun dilakukan oleh "dajal" yang diupah. Tak kan ada manusia yang nak membuat kersoakan kerana  dengan percuma. kalau kena tangkap bagaiamana? Suasana seperti ini hanya boleh dilihat selepas lima tahun iaitu pada 2018 ketika berlangsung PRU14. Atau jika ditakdirkan berlakunya Pilihanraya Kecil (PRK) disebabkan berlakuanya kekosngan kersui bagi sesuatu Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.     Kibaran bendera parti politik pada PRU13 yang lalu   Menur

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat

Imej
Sudah lebih enam (6) bulan berlalu namun jalan yang runtuh itu belum lagi dibaiki. Paling teruk, tiada jalan alternatif atau jalan pintas yang boleh digunakan oleh penduduk dari kedua-dua hala yang terputus.   Jalan Sungai Tekala - Hulu Langat yang terputus itu  sebelum ini digunakan lebih 500 kenderaan setiap hari yang menghubungkan Semenyih, Hulu Langat Selangor dan juga Jelebu di Negeri Sembilan.   Runtuhan yang berlaku pada awal malam 6 November 2013 telah menyebabkan dua buah kereta  serta sebuah motosikal terjatuh di dalam runtuhan itu.  Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa terjadi. Kenderaan-kenderaan tersebut sehingga sekarang masih tidak dapat dikeluarkan. Baik kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), semuanya membisu.  Sebagai rekod, jalan runtuh ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor. Gambar atas: Tempat runtuhan sejauh kira-kira 200 meter Gambar bawah: Jalan ditutup kepada semua kenderaan

Hampir 20 tahun Tanpa CF

Imej
Entah di mana silapnya, Apartment Desa Mutiara Kajang boleh dihuni hampir 20 tahun tanpa mendapat Sijil Layak Menduduki (CF) daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Dalam kes ini PBT-nya ialah Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).  Terletak di dalam Bandar Kajang, berhampiran kawasan taman perumahan Taman Sungai Jelok  ia dihuni lebih daripada 200 keluarga.   Menurut penduduk selama menghuni kediaman mereka, selain tidak membayar cukai pintu, mereka juga tidak menerima kemudahan pengurusan  daripada MPKj seperti pengurusan sisa pepejal dan seumpamanya. Sebaliknya mereka membayar yuran perkhidmatan setiap bulan kepada  "wakil" syarikat yang dilantik di bawah Badan Pengurusan Bersaam (JMB). Difahamkan, syarikat pemaju taman ini sudah lama ditutup atas sebab-sebab tertentu.     Pengerusi BN Hulu Langat, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz bersama wakil penduduk terlibat   Difahamkan, Kerajaan Negeri Selangor telah berhasrat untuk merampas premis-premis berkenaan namun

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Imej
Secara kebetulan, baru-baru ini saya ke kawasan penempatan Orang Asli Kampung Kechau, Semenyih atas urusan tugas.  Untuk bertemu Tok Batin, saya ke rumah beliau tetapi difahamkan, beliau berada di tanah perkuburan. Ada satu kematian, seorang wanita, 60-an tahun, meninggal dunia kerana penyakit kronik.   Saya menuju ke tanah perkuburan di atas bukit dan dapat melihat upacara pengkebumian masyarakat Orang Asli di situ. Upacara pengkebumian dilakukan oleh seorang Mubaligh Krstian, yang saya fikir datang dari Kajang. Majoriti masyarakt di situ masih lagi belum beragama Islam.   Bacaan "doa" sepanjang lebih 30 minit di lakukan dalam Bahasa Melayu oleh Mubaligh tersebut dan menggunakan pembesar suara berkuasa bateri. Ia dibantu oleh kakitangannya seramai 5 orang, datang dengan menggunakan sebuah van.       Lelaki berbaju putih ialah Mubaligh Kristian yang dimaksudkan   Kehidupan Orang Asli di sini sudah banyak berubah dengan bantaun kerajaan dari masa ke sem

Pohon Maaf

Maaf kpd semua yg masuk ke blog ini Saya tidak dapat membuat update atas faktor kesuntukan masa. Terima kasih