Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2014

Jalan Pintas Sungai Purun, Semenyih

Imej
Dijangkakan, kesesakan trafik yang dialami pengguna jalanraya antara Bandar Rinching dan Semenyih akan dapat diatasi menjelang Jun 2015 sebaik jalan alternatif, Setia Ecolink siap sepenuhnya. Jalan sejauh 1.8 km itu menghubungkan Lebuh Raya Lekas di simpang Sungai Purun ke persimpangan Setia Echohill di Bandar Rinching. 
Datuk Hj Johan Abd Aziz menunjukkan sesuatu kepada Wartawan ketika melakukan lawatan kerja pada 10 Sept 2014 lepas

Pembinaannya dipohon oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz sebagai penyelesaian jangka pendek kesesakan di kawasan Semenyih. Ketika ini, kesesakan teruk terjadi pada waktu puncak dan hujung minggu antara simpang Taman Paling Jaya sehingga simpang lampu isyarat Bandar Rinching berhampiran Kem Polis Gerakan Am (PGA).
Sebelah kanan Datuk Johan ialah En Mohd Noor, Timbalan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat
Baru-baru ini, Datuk Hj Johan Abd Aziz melakukan lawatan kerja di kawasan pembinaan jalan…

Lagi, Nahas di Bukit Broga

Imej
13 Sept 2014, Sabtu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Semenyih berjaya menyelamatkan seorang pendaki yang tercedera ketika menuruni bukit itu tengahari ini. Mangsa, seorang wanita 30-an tahun yang bersama 25 rakan yang lain memulakan pendakian pada waktu pagi dalam keadaan hujan lebat. Keadaan laluan berbukit menjadi terlalu licin, sekaligus menyukarkan pendakian dan penurunan. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit, mangsa dipercayai telah dirempuh oleh seorang pendaki yang tidak dikenali menyebabkan beliau tersungkur, mengakibatkan kecederaan pada kaki kananya. Mangsa dilapor mengalami patah kaki. Turut dirempuh ialah rakanya seorang lelaki yang terseliuh di kaki.

Laluan berlumpur sebelum sampai ke kaki Bukit Broga. Keadaan begini bahaya kepada pendaki
Usaha rakan-rakan sekumpulan yang datang dari kuala Lumpur dan Putrajaya hanya mampu mendukung secara bergilir-gilir mangsa lelaki yang kemudiannya dihantar ke Hospital kajang oleh ambulan Klinik Kesihatan Beranang yang telah di…