Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

MH370

Imej
  #Doa untuk MH370 Bismillah hiraham ni rahim.... Ya Allah, kau lindungilah keselamatan semua penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia MH370. Andainya mereka masih bernafas, kau peliharalah mereka dan kembalikan mereka dalam keadaan yang biasa. Limpahkanlah juga  kesihatan yang baik kepada ahli keluarga mereka serta kepada anggota pasukan penyelamat yang sednang berusaha mencari pesawat yang hilang itu. kau permudahkanlahs egala urusan tersebut. Mudah-mudahan dengan ehsan kau ya Allah,  pesawat ini dtemuia segera dan selamat. Hanya engkau ya Allah yang maha mengetahui  apa yang sebenarnya berlaku. Amin....

"Stompers" - Kugiran, Pancaragam Masa Kini ?

Imej
Muzik menggunakan baldi, tong air, tudung periuk, cawan dan pinggan besi, tong sampah serta lain-lain. Saya baru melihat sekumpulan anak-anak muda yang mendendangkan irama muzik  menggunakan peralatan rumah atau peralatan dapur. Muzik yang dimainkan agak menarik dan dipersembahkan baik di majlis rasmi atau santai oleh anak-anak muda lekaki dan perempuan. Pasukan yang dikenali sebagai Stompers, mereka ialah gabungan penuntut beberapa buah Kolej Komuniti di Selangor, ketika rakaman mempamerkan persembahan di Kompleks Metro Point Kajang. Persembahan mereka boleh dibanggakan dan ternyata anak-anak muda itu berkebolehan dan berbakat dan tentulah ia menjalani latihan rapi. Agaknya inilah pasukan kugiran atau pancaragam masa kini. Saya berikan empat (4) bintang! Syabas anak-anak muda. Lihat gambar-gambar yang sempat saya rakamkan: