Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2015

PEMBINAAN JEJANTAS SK SEMENYIH

Imej
Berita baik kepada ibu bapa dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih. Penantian 10 tahun bakal berakhir.  Jika semua masalah berbangkit dapat diselesaikan, sebuah jejantas berbumbung akan dibina di hadapan SK Semenyih tidak lama lagi. Difahamkan, peruntukan kira-kira RM2 juta telah disediakan oleh Unit Penyelarasan Permbangunan Persekutuan  (ICU) kepada Jabatan Kerjaraya (JKR) Selangor. Lawatan tapak yang dilakukan pada 13 Jan 2015, dihadiri oleh wakil beberapa agensi kerajaan berkaitan antaranya Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan lain-lain. Turut hadir ialah wakil syarikat-syarkat utiliti seperti tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga Telekom malaysia (TM).  Semua agensi berkaitan akan berusaha untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menyegerakan pembinaan jejantas tersebut.