Mahkamah Sesyen Semenyih
Wahai kakitangan/pegawai kerajaan, Jika pejabat berpindah, tolonglah maklumkan... Pada 26 Ogos 2010 saya mempunyai urusan yang boleh saya selesaikan di mana-mana mahkamah di Selangor atau di mana-mana sahaja. Bagaimanapun, saya memilih untuk berurusan di Mahkamah Sesyen Semenyih yang terletak bedekatan Sekolah Menengah Ungku Hussein. Disebabkan inilah pertama kali saya ke situ, maka saya tidak dapat menemui mahkamah tersebut dengan cepat kerana hanya terdapat satu papan tanda sahaja yang diletakkan di Jalan Besar Semenyih. Bertanya dengan beberapa orang penduduk di situ pun tidak dapat membantu kerana masing-masing mengatakan "tidak tahu". Pelik, sama ada mereka benar-benar tidak tahu atau itu sebenarya sikap kiasau mereka yang tidak suka menolong atau membantu. Tidak pelulah saya sebut majoriti kaum apa yang menetap di situ kerana nanti disifatkan sebagai rasis pula. Setelah saya menghabiskan masa kirta-kira 20 minit mencari dan bertanya kepada lima orang, akhirnya