Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel murah

Stok Akhir, Murahnya!

Imej
Memang murah. Potongan sehingga 50 peratus. SemenyihBaru melihat ramai pembeli/pengguna yang memilih atau membeli produk-produk yang telah dikelaskan sebagai "stok akhir" oleh pengurusan pasaraya. Memang tiada salahnya membeli produk berkenaan kerana barang-barang tersebut merupakan keperluan harian dan bukan untuk disimpan lama yang kebanyakannya ialah  barang-barang makanan dan sebagainya. Pengkelasan stok akhir disebabkan barang-barang tersebut perlu dijual atau dihabiskan segera kerana tempoh tamatnya (hayat ?) hampir lupus. Ia merupakan strategi pemasaran yang mungkin berkesan oleh pengurusan pasaraya untuk mengelakkan kerugian atau langsung tidak habis dijual. Namun perngguna perlu berhati-hati. SemenyihBaru khuatir berlaku kesilapan "tagging" kepada beberapa produk berkenaan kerana tempoh tamatnya  agak lama, kira-kitra 30 hari  pada hari produk tersebut dipamerkan sebagai jualan stok akhir. Jika tarikh lupusnya masih lama, perlukah ia  dijual atau perlu d