Hari ini, 9 Oktober 2010. Bulan Islamnya ialah 1 Zulkaedah 1431. Ini bererti selepas terbenamnya matahari pada 8 Okt (semalam), berakhirlah bulan Syawal pada tahun ini. Klik untuk besarkan Sepanjang Syawal, boleh dikatakan setiap hari, kita berkunjung ke rumah saudara-mara, jiran-jiran dan juga rakan taulan. Majlis rumah terbuka aidilfitri tidak putus-putus diadakan. Pada hujung minggu, trafik di Kuala Lumpur menjadi agak sesak kerana dikatakan ramai yang memandu menuju ke rumah-rumah terbuka. Syarikat korporat, syarikat besar, syarikat kecil, jabatan dan agensi kerajaan mengadakan rumah terbuka, tidak terkecuali surau dan juga masjid, sekolah dan institut pengajian tinggi --- yang menunjukkan satu perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia dengan suasana gembira dan harmoni. Terpancar semangat 1Malaysia. Gambar hiasan: Sebuah rumah terbuka Aidilfitri VIP di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur, 3 Okt 2010 Pada hari ini, Sabtu dan e...