Ketika merasmikan Sukaneka Taman Desa Mewah (TDM) 2011, 16 Jan lalu, ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abdul Aziz telah mengumumkan projek penurapan halaman surau taman itu berjumlah RM30,000. Peruntukan khas itu disediakan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri. Masjid Raja Muda Musa, Semenyih turut menerima peruntukan RM50,000 untuk menaik taraf dewan sembahyang yang kini tidak dapat menampung pertambahan jemaah. YB Datuk Johan menyambut belon yang dilontar oleh datin Norsiah Ismail Sukaneka TDM telah dihadiri kira-kira 600 orang penduduk taman itu dan dari taman-taman berhampiran. Pelbagai acara sukan dan permainan untuk pelbagai peringkat diadakan serta cabutan bertuah yang menyediakan hadiah-hadiah seperti hamper, barang elektrik dan dua buah basikal. Datuk Johan dalam reaksinya melahirkan kegembiraan kerana sukan tersebut telah mendapat sambutan yang sangat baik daripada penduduk dan menyifatkannya sebagai satu penganjuran yang berjaya. Sekaligus, ia telah menimbul...