Setia EcoHill Link - Jalan Penghubung Sungai Purun - bandar Rinching

Jalan Penghubung (jalan alternatif) antara Sungai Purun berhampiran susur keluar Lebuhraya LEKAS di Jalan Bangi Lama ke Bandar Rinching (selepas Tesco Semenyih) dikenali sebagai Setia EchoHill Link dijangka dibuka kepada orang awam selewat-lewatnya Julai 2015. Kerja-kerja akhir sedang giat dilaksakanan oleh pemajunya, Ecosetia Sdn Bhd. Sumber yang diperoleh daripada pemaju, pembukaan dan perasmian jalan bertingkat berharga RM70 juta itu mungkin dilakukan pada awal bulan Julai ini memandangkan selepas itu umat Islam sudah menjalani ibadat puasa. Lazimnya, pada waktu petang bulan Ramadhan, kesesakan trafik berganda daripada hari-hari biasa. Persimpangan bertingkat Sungai Purun yang hampir siapa Jun ini Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz dipetik sebagai berkata, beliau sangat mengambil berat agar taman-taman baru yang dibangunkan di Semenyih mesti membina jalan keluar masuk masing-masing bagi mengurangk...