Catatan

Audio Test

Imej

Salam Alam Maya Semua

Salam alam maya kepada yang lalu atau singgah di blog ini moga anda semua beroleh seribu rahmat. Jutaan maaf kerana blog ini berehat sebegitu lama. Insya Allah jika ada kelapangan, blog ini akan dikemaskini semula.

Pernikahakan Saudara Baru

Imej
Mengislanmkan seseorang bukanlah suatu perkara atau pekerjaan yang sukar. Islam sendiri tidak menyulitkan kepada mana-mana orang yang hendak menganuti agama suci itu. Tetapi sebaliknya, Islam sangat menegah sesoerang yang telah beriman untuk kufur atau keluar daripada Islam. Lantaran itu, ramai yang telah di Islamkan  di mana-mana jua. Namun, permasalahan yang timbul ialah kesanggupan para pendakwah kita (pendakwah Islam) untuk memimpin mereka menghayati dan menlaksanakan kewajipan sebagai seoranhg Islam sehingga mereka mampu berdikari dan dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan sempurna. Menyedari perkara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan baru-baru ini telah mengadakan majlis pernikahan (semula) saudara baru Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. Usaha itu dicetuskan oleh saudara Hamdan Othman, seorang Wartawan Malaysia Gazzete dengan kerjasama Jabatan Kebajikan  Orang Asli (JKOA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),  J...

Setia EcoHill Link - Jalan Penghubung Sungai Purun - bandar Rinching

Imej
Jalan Penghubung (jalan alternatif) antara Sungai Purun berhampiran susur keluar Lebuhraya LEKAS di Jalan Bangi Lama ke Bandar Rinching (selepas Tesco Semenyih) dikenali sebagai Setia EchoHill Link dijangka dibuka kepada orang awam  selewat-lewatnya Julai 2015. Kerja-kerja akhir sedang giat dilaksakanan oleh pemajunya, Ecosetia Sdn Bhd. Sumber yang diperoleh daripada pemaju, pembukaan dan perasmian jalan bertingkat  berharga RM70 juta itu  mungkin dilakukan pada awal bulan Julai ini memandangkan selepas itu umat Islam sudah menjalani ibadat puasa. Lazimnya,  pada waktu petang bulan Ramadhan, kesesakan trafik berganda daripada hari-hari biasa.  Persimpangan bertingkat Sungai Purun yang hampir siapa Jun ini Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  dipetik sebagai berkata, beliau sangat mengambil berat agar taman-taman baru yang dibangunkan di Semenyih mesti membina jalan keluar masuk masing-masing bagi mengurangk...

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Kegiatan kuari di Hulu Langat telah ujud sejak sekian lama dan ada di antaranya,  operasi kuari hanya akan tamat selepas 30 tahun permit dikeluarkan. Terdapat 11 buah syarikat yang diberikan kebenaran mengusahkan kuari di daerah Hulu Langat, masing-masing beroperasi di Hulu Langat, Kajang dan Semenyih melibatkan keluasan tanah yang sangat besar...   Artikel ini akan saya sempurnakan sedikit masa lagi. Pembaca yang mempunyai atau ingin berkonsgi  maklumat mengenai perkara ini, boleh email kepada saya: semenyihbaru@gmail.com   Terima kasih

Wanita - Tips keselamatan Untukmu

Imej
Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda atau yang anda kenal. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling "lemah" yang kita bo leh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.    Nota: Info ini dikongsi daripada sumber lain yang tidak dinyatakan.   Wanita - gambar sekadar hiasan 1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi; di mana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Tindakan: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat. 2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Tindakan: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau da...

Akibat Pusing U Di Simpang 3 dan Laju

Imej
Tanggal 10 April 2015  berlaku lagi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, Toyota Wish, Perodua Myvi dan Perodua Viva di simpang tiga Taman Desa Mewah - Bandar Sunway Semenyih. Saksi memberitahu, sebuah kereta yang membuat pusingan "U" di simpang itu telah menjadi punca kemalangan. Kejadian berlaku pada waktu pagi yang lazimnya jalan menjadi sibuk kerana waktu bekerja. Namun, jika terdapat pemandu yang mementingkan diri sendiri, tidak mengendahkan peraturan apatah lagi tidak memikirkan keselamatan orang lain, maka berlakulah kemalangan. Mujur kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang ketiga-tiga buah kereta berkenaan. Bagaimanapun kerosakan kepada kereta terbabit agak teruk. Dua orang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  berada di tempat kejadian untuk membantu lalu lintas disebabkan jalan keluar penduduk Taman Desa Mewah terhalang hampir dua jam. Dalam pada itu, penduduk mendakwa, faktor jalan yang tidak ra...

PEMBINAAN JEJANTAS SK SEMENYIH

Imej
Berita baik kepada ibu bapa dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih. Penantian 10 tahun bakal berakhir.  Jika semua masalah berbangkit dapat diselesaikan, sebuah jejantas berbumbung akan dibina di hadapan SK Semenyih tidak lama lagi. Difahamkan, peruntukan kira-kira RM2 juta telah disediakan oleh Unit Penyelarasan Permbangunan Persekutuan  (ICU) kepada Jabatan Kerjaraya (JKR) Selangor. Lawatan tapak yang dilakukan pada 13 Jan 2015, dihadiri oleh wakil beberapa agensi kerajaan berkaitan antaranya Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan lain-lain. Turut hadir ialah wakil syarikat-syarkat utiliti seperti tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga Telekom malaysia (TM).  Semua agensi berkaitan akan berusaha untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menyegerakan pembinaan jejantas tersebut.

Jalan Pintas Sungai Purun, Semenyih

Imej
Dijangkakan, kesesakan trafik yang dialami pengguna jalanraya antara Bandar Rinching dan Semenyih akan dapat diatasi menjelang Jun 2015 sebaik jalan alternatif, Setia Ecolink siap sepenuhnya. Jalan sejauh 1.8 km itu menghubungkan Lebuh Raya Lekas di simpang Sungai Purun ke persimpangan Setia Echohill di Bandar Rinching.    Datuk Hj Johan Abd Aziz menunjukkan sesuatu kepada Wartawan ketika melakukan lawatan kerja pada 10 Sept 2014 lepas Pembinaannya dipohon oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz sebagai penyelesaian jangka pendek kesesakan di kawasan Semenyih. Ketika ini, kesesakan teruk terjadi pada waktu puncak dan hujung minggu antara simpang Taman Paling Jaya sehingga simpang lampu isyarat Bandar Rinching berhampiran Kem Polis Gerakan Am (PGA). Sebelah kanan Datuk Johan ialah En Mohd Noor, Timbalan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat Baru-baru ini, Datuk Hj Johan Abd Aziz melakukan...

Lagi, Nahas di Bukit Broga

Imej
13 Sept 2014, Sabtu. Pasukan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Semenyih berjaya menyelamatkan seorang pendaki yang tercedera ketika menuruni bukit itu tengahari ini. Mangsa, seorang wanita 30-an tahun yang bersama 25 rakan yang lain memulakan pendakian pada waktu pagi dalam keadaan hujan lebat. Keadaan laluan berbukit menjadi terlalu licin, sekaligus menyukarkan pendakian dan penurunan. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit, mangsa dipercayai telah dirempuh oleh seorang pendaki yang tidak dikenali menyebabkan beliau tersungkur, mengakibatkan kecederaan pada kaki kananya. Mangsa dilapor mengalami patah kaki. Turut dirempuh ialah rakanya seorang lelaki yang terseliuh di kaki.   Laluan berlumpur sebelum sampai ke kaki Bukit Broga. Keadaan begini bahaya kepada pendaki Usaha rakan-rakan sekumpulan yang datang dari kuala Lumpur dan Putrajaya hanya mampu mendukung secara bergilir-gilir mangsa lelaki yang kemudiannya dihantar ke Hospital kajang oleh ambulan Klinik Kesihatan ...

Pegawai Bomba Bantuan

Imej
Amat membanggakan. Syabas dan tahniah. Tiga anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang pertama di Malaysia adalah penduduk Semenyih. Perlantikan rasmi ketiga-tiga mereka, (1) PBB 1001 Mohd Yusof Shafee Mohamad atau dikenali dnegan panggilan Yusof Bomba, (2) PBB 1002 Mohd Najib Norizan (3) PPB 1003 Mohd Shahrul Azri Abd Aziz (gambar) akan disempurnakan esok, 4 Mei 2014 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, TS Muhiddin Yassin sempena Hari Bomba Sedunia Di Dataran Merd eka , Kuala Lumpur. Kerajaan mensasarkan untuk melantik seramai 15,000 anggota bomba bantuan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan Mukim Semenyih menjadi perintis. PBB akan dibayar elaun sebanyak RM6.00 sejam jika dipanggil bertugas. Jumlah ini menyamai, kadar-kadar elaun yang ditetapkan untuk anggota bantuan jabatan-jabatan yang lain spt Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan malaysia (RELA) dan Askar wataniah (AW). Klik sini untuk maklumat berkaitan  Tema H ari Bom...

MH370

Imej
  #Doa untuk MH370 Bismillah hiraham ni rahim.... Ya Allah, kau lindungilah keselamatan semua penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia MH370. Andainya mereka masih bernafas, kau peliharalah mereka dan kembalikan mereka dalam keadaan yang biasa. Limpahkanlah juga  kesihatan yang baik kepada ahli keluarga mereka serta kepada anggota pasukan penyelamat yang sednang berusaha mencari pesawat yang hilang itu. kau permudahkanlahs egala urusan tersebut. Mudah-mudahan dengan ehsan kau ya Allah,  pesawat ini dtemuia segera dan selamat. Hanya engkau ya Allah yang maha mengetahui  apa yang sebenarnya berlaku. Amin....

"Stompers" - Kugiran, Pancaragam Masa Kini ?

Imej
Muzik menggunakan baldi, tong air, tudung periuk, cawan dan pinggan besi, tong sampah serta lain-lain. Saya baru melihat sekumpulan anak-anak muda yang mendendangkan irama muzik  menggunakan peralatan rumah atau peralatan dapur. Muzik yang dimainkan agak menarik dan dipersembahkan baik di majlis rasmi atau santai oleh anak-anak muda lekaki dan perempuan. Pasukan yang dikenali sebagai Stompers, mereka ialah gabungan penuntut beberapa buah Kolej Komuniti di Selangor, ketika rakaman mempamerkan persembahan di Kompleks Metro Point Kajang. Persembahan mereka boleh dibanggakan dan ternyata anak-anak muda itu berkebolehan dan berbakat dan tentulah ia menjalani latihan rapi. Agaknya inilah pasukan kugiran atau pancaragam masa kini. Saya berikan empat (4) bintang! Syabas anak-anak muda. Lihat gambar-gambar yang sempat saya rakamkan:

Dengi - Maslaah Tak Selesai

Lokasi semasa  Wabak Denggi dalam daerah Hulu Langat  (bertarikh 10 Feb 2014) 1) Kolej Kemahiran Mara Beranang 2) Appt 16c Seksyen 16 Bandar Baru Bangi 3) Appt Sri Anggerik Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 4) Appt Sri Tanjung Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 5) Jalan 4/11 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi 6) Kampung Sungai Tangkas 7) Seksyen 3 Bandar Teknologi 8) Jalan Puncak 3 Taman Puncak Saujana 9) Jalan 4/5 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi 10) Jalan Tkp 1-14 Taman Kantan Permai 11) Jalan 3/29-33 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi 12) Jalan 7/3 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 13) Lorong Aman Taman Kajang Utama 14) Jalan 4/7 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi 15) Jalan 7/2 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 16) Jalan 3/13-22 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi 17) Jalan 7/5 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 18) Blok Awam Taman Desa Baiduri 19) Appt Pahlawan Taman Tun Perak 20) Appt Taman Impian Indah 21) Jalan Cj 4 Taman Cheras Jaya 22) Blok Aa-Aj Pandan Indah 23) Appt Taman Cahaya 24)...

Nuraina Humaira Kamal Bahrin - Johan Majlis Tilawah al-Quran 2013

Imej
Harian Metro, 29 Jan 2014  Adik Nuraina Humaira Kamal Bahrin, ketika berusia 12 tahun pada 2013, dinobatkan sebagai Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan, bawah 12 tahun. Beliau ketika itu belajar di SK Semenyih. Kini, adik Humaira berada di Tingkatan 1, SMK Bandar Tasik Kesuma. Pada 16 Jan 2014 yang lalu, beliau telah diundangg menyampaikan bacaan ayat-ayat suci di hadapan lebih 2,000 orang pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih. Majlis itu turut dihadiri oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz dan penceramah bebas, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahaya.  Pada majlis yang sama juga, beliau telah menerima Sijil Anugerah Maludiur Rasul di atas kejayaannya sebagai Johan Tilawah yang disampaikan oleh Datuk Hj Johan Abd Aziz. Syabas dan tahniah kepada adik Nuraina Humaira semoga cemerlang dalam pelajaran hingga ke menara gading. Dalam peperiksaan UPSR 2013, Humaira me...

Berbasikal Merentas Selangor

Imej
Kemaskini 26 Dis 13 Klik Untuk berita penuh Mulai 25 Dis hingga 29 Dis 2013, empat (4) orang pengayuh akan berbasikal sejauh 324 km merentas Selangor bagi membawa mesej gaya hidup sihat di kalangan masyarakat di negeri ini. Mereka ialah, Haji Ramli Hj Yusof, 62 tahun, Haji Ramli Mohd Noor (60), Hj Karim Yusof (63) dan Abu Samah @ Pak Chat (61). Kesemuanya dari Semenyih, Selangor. Hj Ramli, bekas guru dan Hj Karim, bekas tentera merupakan pengayuh tegar. Kedua-duanya sudah berbasikal merentas seluruh negara serta ke Indonesia dan negara-negara ASEAN. Abu Samah pula merupakan pemegang Malaysia Guiness Record yang pernah berbasikal seluruh negara satu ketika dulu. Manakala Hj Ramli Mohd Noor ialah aktivis hidup sihat yang sering terlibat dalam pelbagai kegiatan merentas desa dan lain-lain. YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, ADUN Semenyih akan melepaskan mereka pada jam 9.00 pagi, 25 Disember ini di Semenyih Sentral. Keempat-empat pengayuh ini akan melalui, berhenti r...

Lori Terbalik - Harian Metro 29 Nov 2013

Imej
Terima Kasih Harian Metro

Jalan Berlubang

Imej
Inilah keadaan jalan raya di Hulu Langat: 1. Jalan berlubang-lubang/berlopak 2. Jalan ditumpahi simen  konkrit. Tumpahan ini amat membahayakan penunggang motosikal 3. Garisan tidak nampak/tidak ada 4. Waktu malam tiada lampu jalan/lampu tidak menyala Lubang yang disebabkan kenderaan berat 5. Berlaku kesesakan yang tidak pernah selesai. Tiada petugas trafik untuk menyuraikan kesesakan 6. Lampu isyarat "gila" kerana rosak atau "timing" yang tidak betul.     Terdapat juga tiang lampu jalan/lampu isyarat yang sering dilanggar 7. Jalan raya dihantui oleh kenderaan berat 8. Jalan raya menakong air Rosak disebabkan pemandu meletakkan kenderaan berat setiap hari. Gambar: Ramli Mat Nor 9. Sukar atau tiada kemudahan membuat pusingan "U".     Pemandu kenderaan berat membuat pusingan di tempat yang tidak sepatutnya 10. Jalan tidak rata (berombak)