Catatan

Berkongsi Akses Internet

Imej
Ada beberapa orang pelangan, rakan-rakan dan juga jiran-jiran saya yang berkongsi satu talian telefon dan satu akaun  jalur lebar (broadband)  untuk menggunakan internet. Cara ini berkesan untuk menjimatkan bayaran bulanan berbanding jika melanggan secara individu. Kos atau bil bulanan dikongsi bersama. Sebagai contoh, jika bil bulanan untuk telefon dan internet sebanyak RM149.00, maka jumlah itu dikongsi secara sama rata dengan rakan-rakan perkongsian. Cuba anda bayangkan jika  10 orang jiran berkongsi, mereka hanya perlu membayar RM14.90 sebulan sahaja. Jimat kan?  Malah, cara ini membolehkan mereka melanggan akses jalur lebar yang lebih tinggi seperti 4 Mbs atau pun yang terkini seperti Unifi dengan bayaran bulanan yang sangat rendah. Bagaimanapun komiteman bulanan ini tidak termasuk kos-kos awal pemasangan atau installation untuk membeli peralatan yang diperlukan seperi router , network cable , pendawaian, switch dan lain-lain. Router (atas ) dan ...

Kamera "Kaki Lima", SLR dan DSLR Nikon D5000

Imej
Kamera "Kaki Lima " Saya  mula menggunakan kamera  ketika di tingkatan  tiga. Disebabkan minat untuk menggunakan kamera, saya hanya mampu membeli kamera murah yang dijual di kaki lima dengan harga RM15.00 pada tahun 1975. Duit itu saya kumpul daripada belanja sekolah dan juga pemberian "duit raya". Zama dulu duit raya hanya sekadar 10 sen atau 20 sen yang sama juga nilai duit belanja sekolah. RM15.00 pada ketika itu boleh dikatakan mahal juga. Gambar bersaiz 3 inci (separuh 3R) yang diambil menggunakan kamera "kaki lima", menggunakan filem gulong monochrome 120 Kamera itu menggunakan filem gulong 120 dan sudah tentulah hanya gambar hitam putih sahaja yang dapat diabadikan. Jika saya tidak silap, era gambar warna  hanya bermula pada 1977 atau 1978 (tengah cek fakta) yang perlu diproses di sebuah firma di Kuala Lumpur sahaja (pada ketika itu). Segulong filem  110 sebanyak 16 dedahan berharga kira-kira RM8.00 (jika tak silap) ketika itu. Sekarang f...

Kesesakan Luar Biasa

Imej
Update , 8 Okt 2010 @ 7.20 am. Tiada kesesakan. Tiada anggota Polis Trafik yang bertugas. Lalu-lintas berjalan lancar. Update , 7 Okt 2010 @ 750 am. Tiada kesesakan di jalan utama dan juga di dalam taman disebabkan kontraktor sudah membuka lorong  di hadapan Shell yang ditutup walaupun ia belum diturap.  Terima kasih juga kepada dua orang anggota Polis Trafik menggunakan motosikal berkuasa tinggi yang bertugas. Update , 6 Okt 2010 @ 745 am. Kesesakan walaupun berlaku tetapi terkawal disebabkan dua orang anggota Polis Trafik bertugas di persimpangan Bandar Sunway. Terima kasih kepada anggota trafik. Semenyih, 5 Okt - Berlaku kesesakan luar biasa di persimpangan Bandar Sunway Semenyih sejak semalam disebabkan pentutupan satu lorong kerja-kerja pelebaran  Jalan Semenyih, Fasa 1  berhampiran stesyen minyak Shell. Tinjauan mendapati kesesakan  trafik  bermula seawal 6.30 pagi dan menjadi buruk  antara 7.30 hingga 8.30 pagi di mana  keban...

Kayuh Basikal Keliling malaysia

Imej
Hari Kesembilan 4 Oktober Pengayuh basikal  Jelajah 1Malaysia kini berada di Dungun, Terengganu. Ini bermakna, mereka telah  melalui enam buah negeri. Esok, kayuhan diteruskan ke Batu Rakit.

Popia Ali - "The Best In The Town"

Imej
Popia Ali yang mendapat jolokan "The Best Popia In The Town" boleh didapati di Perhentian Teksi Kajang, bersebelahan CIMB Bank. Membuka perniagaan pada setiap hari  Rabu hingga Isnin (ditutup setiap hari Selasa) dari jam 2.00 petang hingga 10.00 malam. Pengusahanya, Ali atau nama sebenarnya Latif Mohd Sultan, 53 juga bersedia menerima tempahan untuk pelbagai jamuan atau majlis. Ali (kanan) sedang membungkus popia dibantu isterinya yang menggoreng Ali mengendalikan perniagaan popianya sejak 20 tahun lalu, menggunakan sebuah van yang diubahsuai berhasrat untuk mendaptkan sebuah gerai  untuk keselesaan pelangganya yang berbagai kaum dan peringkat. Ketika ditemui, kata Ali, "Insya Allah saya akan membeli sebuah lori baru untuk memudahkan perniagaan sementara mencari sebuah geraui yang boleh disewa". Mengendalikan perniagaan di dalam van di Hentian Teksi Kajang Menurut pelanggan Ali, yang menarik mengenai popianya ialah kuahnya yang diadun berdasarkan rese...

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Hari Keenam 1 Okt 2010 (Jumaat) TERKINI 10.30 pagi Kedua-dua pengayuh sedang berehat (tinggal, makan dan minum) dalam khemah di Pantai Tanjung Sedili. Mereka mengecapi udara pantai selama kurang daripada 24 jam sebelum meneruskan kayuhan pada Sabtu ke Mersing. Hj Ramli yang dihubungi  berkata, "kayuhan dari Tanjung Piai ke Sungai  Rengit agak mencabar  kerana bukan sahaja jaraknya melebihi 200 km (jangkaan awal kira-kira 120 km) tetapi juga perlu mendaki beberapa buah bukit antara Kulai, Ulu Tiram dan Kota Tinggi". Oleh sebab itu kedua-duanya hanya sampai di point keempat (Sungai Rengit) pada jam 8.30 malam pada 29  Sept. Walaupun letih, tetapi mereka bersyukur dapat menamatkan kayuhan pada hari berkenaan. Masjid Tanjung Sedili Besar Sedili Resort 6.30 pagi Haji Ramli dan Sdr Karim  bercuti rehat pada hari ini, Jumaat dan pada setiap Jumaat tidak akan berkayuh. Hari inilah masa rehat mereka dan akan digunakan untuk pelbagai tujuan seperti penye...

Petikan Berita Akhbar

Imej
Berita semasa berkaitan Semenyih yang tersiar di akhbar Berita Harian, 1 Okt 2010 Berita Harian, Khamis, 30 Sept 2010 (Untuk rujukan penduduk TDM yang tidak dapat membaca BH 30 Sept)