Haji Ramli Haji Yusof akan berbasikal mengelilingi Sarawak dan Sabah melalui Brunei Darussalam secara solo mulai 28 Feb 2011 dan dijangka menamatkan misinya di Kota Kinabalu, Sabah pada 12 April 2011. Jelajah berbasikal ini merupakan kesinambungan daripada jelajah 1Semenanjung Malaysia yang telah dilakukan pada 2010 selama 29 hari dengan jarak kayuhan 2,947 kilometer dari 26 Sept 2010 hingga 24 Okt 2010. (Artikel kayuhan 1Malaysia boleh klik sini ) Hj Ramli, gambar terbaru ketika berlatih baru-baru ini Memulakan kayuhan daripada Pekan Sematan di Sarawak, Haji Ramli akan berkayuh ke Kuching, Tebedu dan Sri Aman sebelum menuju Sarikei, Sibu, Miri, Limbang , Lawas dan dijangka memasuki sempadan Sabah di Sindumin selepas 20 hari kayuhan. Di Sarawak, beliau akan mendaki Gunung Mulu dan ketika di Sabah akan mendaki Gunung Kinabalu di Kundasang. Di Sindumin, Hj Ramli meneruskan kayuhan solonya ke Sipitang, Beaufort dan Papar ke ibu negeri Sabah, Kota Ki...