Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu
Program senamrobik anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) sempena Kempen Kesihatan dan menurunkan berat badan yang sepatutnya dilangsungkan di perkarangan pasaraya Tesco Semenyih telah dutukar lokasinya ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Semenyih disebabkan faktor teknikal. Justeru mulai 6 Feb 2011, senamrobik akan dilangsungkan di situ mulai 9 hingga 10 pagi.
Tema program ini ialah, "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu"
Makanan seimbang...
Penganjur hanya memberikan sebotol air mineral dan sebiji pisang selepas senaman
dan gambar bawah peserta diberikan RM5.00 sebagai token
Senamrobik di SK Semenyih, 6 Feb 2011

Kanta pembesar digunakan untuk mendapatkan bacaan yang tepat
Peserta menimbang berat di Tesco, 4 Feb 2011
Bagaimanapun lokasi stesen menimbang berat badan setiap Jumaat jam 5 - 10 malam di Tesco Semenyih kekal dan tidak berubah. Harap semua peserta dan orang ramai yang ingin turut serta maklum akan lokasi-lokasi yang disebutkan di atas.
Penganjur memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Terima kasih
Ulasan
Catat Ulasan