Memperkasa Wanita Islam
Golongan wanita seharusnya tidak terkeliru dengan menganggap Pertubuhan Wanita Islam (WI) sebagai sebuah pertubuhan politik kerana kegiatannya untuk memartabatkan wanita di kalangan masyarakat. Keahlian WI dibuka kepada semua wanita tanpa mengira fahaman politik walaupun terdapat ahli-ahli parti politik yang menjadi Ahli Jawatankuasanya (AJK). Justeru, wanita Islam Bandar sunway Semenyih baru-barau ini bersatu menubuhkan persatuan itu yang dianggotai kira-kira 52 orang. Dalam ucapan alu-aluan, ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz mengucapakan tahniah di atas penubuhan WI taman itu. Belia berharap AJK yang dipilih dapat menyusun program-program yang dapat memperkasakan wanita Islam di bidang ekonomi, pendidiakn, keagamaan dan juga sosial. Selain itu, Datuk Johan juga mengingatkan peranan wanita sebagai ibu yang perlau diutamakan pada setiap masa. Wanita juga diharap peka kepada cabaran-cabaran politik, ekonomi dan pendidikan dan perlu memain...