Anugerah Kecemerlangan
Antara yang menerima penghargaan itu ialah 14 pelajar UPSR yang memperolehi 4A ke atas, 15 pelajar PMR yang mendapat 6A ke atas dan 5 orang pelajar SPM yang memperoleh 7A ke atas.
Mereka merupakan penduduk Taman Desa Mewah dan penghargaan itu tidak terbatas kepada
ahli atau penyokong UMNO sahaja. Ini terbukti apabila, penghargaan juga diberikan kepada calon-calon India dan Cina yang cemerlang.
"Walaupun ia dianjurkan oleh UMNO sebagai parti politik tetapi, penganjurannya tidak bermotifkan politik, sebab itu semua pihak yang berjaya diberikan penghargaan", kata jurucakap penganjurnya.
Kejayaann anak-anak di Desa Mewah amat membanggakan seperti Mohd Shafiq Ashraf bin Zainal Abidin memperlehi 9A dalam PMR. Manakala Nur Syaza Adibah Bt Mohd Shahar dan Cheng Sze Yin memperoleh 11A dalam SPM.
Ulasan
Catat Ulasan