Catatan

Menawan Puncak Broga

Imej
Peringatan: Sentiasa beringat dan menjaga keselamatan anda ketika mendaki dan menuruni. Cerita dan photo kemalangan di Bukit Broga (klik) 21 Nov 2010 - Kira-kira 200 peserta berjaya mendaki dan sebahagiannya menawan puncak Bukit Broga pada program pendakian yang dianjurkan oleh Kelab Rekerasi Semenyih yang turut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Program ini dianjurkan dengan matlamat untuk menghargai alam semula jadi di samping menyemai  aktiviti riadah untuk kesihatan yang baik. Seorang peserta membantu YB Datuk Johan mendaki  pada sebuah cerun yang licin Pendakian yang berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik itu bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 11.30 tengah hari. Selain peserta yang mengikuti program ini, pada masa yang sama juga terdapat antara 500 - 600 pendaki lain yang mendaki secara berkumpulan, keluarga atau bersendirian seawal jam 5.30 pagi. Di kalangan pendaki itu terdapat j...

Penjaga Parkir Haram

Imej
Penjaga  parkir haram dalam gambar di bawah telah berlaku sejak sekian lama tanpa tindakan daripada pihak berkuasa. Penjaga parkir haram dikesan melakukan kegiatan itu pada hujung minggu dan pada waktu malam. Masakan pihak pengusaha parkir berlesan  atau Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang  (MPKj) tidak pernah mengetahui atau tidak pernah mengesannya? Bagaimana pula dengan pihak Polis? Andainya MPKj mengatakan mereka tidak pernah mengetahui mengenainya, jelaslah dapat saya simpulkan bahawa para Penguatkuasa tidak turun padang! Mereka hanya suka menyaman pemandu atau peniaga sahaja. Seorang penjaga parkir haram (dalam bulatan) mengikut kereta yang  diparkir (atas) dan kemudian menghampiri pemandu untuk meminta wang.  Gambar dirakam pada 17 Nov 2010 di hadapan CIMB Kajang. Semenyih Baru mendapati antara satu hingga tiga orang bergiat memunggut duit daripada pemandu kerana "membantu" mereka untuk mendapat tempat parkir di kawasan parkir MPKj. Penjaga  har...

Sukaneka Tadika Mega Suria

Imej
Tarikh: 14 Nov 2010 Tempat: Padang Sunway Semenyih Peserta: Kanak-kanak Tadika Mega Suria

Jejantas SK Bandar Teknologi

Imej
Sebuah jejantas bernilai RM200 ribu akan dibina bagi  kemudahan murid-murid  Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Teknologi, Jalan Semenyih, Kajang. Mengumumkan perkara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz berkata, peruntukan itu disalurkan melalui peruntukan  ADUN Semenyih bagi memudahkan orang ramai khususnya murid-murid SK Bandar Teknologi yang tinggal  di kawasan perumahan Anggerik Villa dan kawasan sekitarannya. ADUN Semenyih YB Datuk Johan Abd Aziz berucap merasmikan Jamuan Amal dan (bawah) bersama  guru dan AJK PIBG Pembinaan  jejantas tersebut akan lebih memudahkan murid-murid sekolah  tanpa perlu menyeberang jalan raya di belakang sekolah tersebut. Agensi dan jabatan-jabatan terbabit telah memberikan kelulusan  untuk  pembinaan jejantas tersebut, katanya ketika berucap merasmikan Jamuan Malam Amal SK Bandar Teknologi di Kelab Sunway Semenyih pada 13 Nov lepas. Pengerusi PIBG, Dr Hj Moh...

Mari Panjatkan Doa

Imej
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik kepada jemah-jemah haji dan kepada kita, umat Islam semuanya.

Kemalangan Lagi

Kemalangan lagi.... di persimpangan Bandar Sunway/Jalan Semenyih. Kejadian berlaku  kira-kira jam 1130 pagi  hari ini betul-betul di simpang lampu isyarat.  Disebabkan, jalan yang dalam pembinaan dan berbatu-batu, penunggang motosikal tersebut tidak dapat mengawal mostosikalnya lalu dihimpit oleh sebuah lori 3 tan yang menghala ke Semenyih. Penunggang  itu terjatuh dan tambah malang dilanggar oleh sebuah lori 3 tan yang lain. Kecederaan teruk di bahagian kaki, pinggang dan kepala. Beliau yang belum dikenali meninggal dunia di tempat kejadian. Semenyih Baru yang kebetulan melalui lokasi kejadian tidak dapat merakamkan gambar kerana tidak membawa kamera. Disebabkan kemalangan itu, berlaku kesesakan di kedua-dua arah sejauh 3 - 4 kilometer dan Polis Trafik terpaksa melencongkan laluan dari arah Kajang. Pengguna dari Desa Mewah dan Sunway  yang hendak ke Kajang terpaksa menghala ke Semenyih dan membuat pusingan U kerana simpang itu ditutup sementara....

Belanjawan Selangor Berimbang

Sedikit ringkasan mengenai Belanjawan Selangor 2010, merakyatkan ekonomi....  (Semenyih baru bukan pakar ekonomi tetapi tahulah juga untuk melihat angka yang tinggi (besar) dan yang rendah (kecil). Tahu juga bezakan + dan -) Tahun 2005 -2007 Simpanan Kerajaan Negeri: RM415.63 juta (2005) Simpanan Kerajaan Negeri: RM570.54 juta (2006) Simpanan Kerajaan Negeri: RM776.44 juta (2007). Lebihan akaun kerajaan negeri sebanyak RM72.51 juta, meningkat sebanyak RM131.88 juta berbanding 2006. 2008 Lebihan simpanan Kerajaan Selangor tinggal sebanyak RM49.1 juta berbanding 2007 2009 Belanjawan sebanyak  RM 1,400 juta Peruntukan tambahan sebanyak 2 kali di pohon pada persidangan dewan: RM578, 445, 168.88 Jumlah keseluruhan belanjawan 2009: RM1,978,445.168.80 Defisit RM65.96 juta 2010 Jumlah belanjawan asal yang diluluskan pada Persidangan Dewan 2009: RM1.3 bilion Unjuran Pendapatan: RM1.35 bilion Jumlah Belanjawan Tambahan:  RM194 juta (RM1.494 bilion) April 2010: P...