Program senamrobik anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) sempena Kempen Kesihatan dan menurunkan berat badan yang sepatutnya dilangsungkan di perkarangan pasaraya Tesco Semenyih telah dutukar lokasinya ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Semenyih disebabkan faktor teknikal. Justeru mulai 6 Feb 2011, senamrobik akan dilangsungkan di situ mulai 9 hingga 10 pagi. Tema program ini ialah, "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu" Makanan seimbang... Penganjur hanya memberikan sebotol air mineral dan sebiji pisang selepas senaman dan gambar bawah peserta diberikan RM5.00 sebagai token Senamrobik di SK Semenyih, 6 Feb 2011 Kanta pembesar digunakan untuk mendapatkan bacaan yang tepat Peserta menimbang berat di Tesco, 4 Feb 2011 Bagaimanapun lokasi stesen menimbang berat badan setiap Jumaat jam 5 - 10 malam di Tesco Semenyih kekal dan tidak berubah. Harap semua peserta dan orang ramai yang ingin turut serta maklum akan lokasi-lokasi y...
Kamera "Kaki Lima " Saya mula menggunakan kamera ketika di tingkatan tiga. Disebabkan minat untuk menggunakan kamera, saya hanya mampu membeli kamera murah yang dijual di kaki lima dengan harga RM15.00 pada tahun 1975. Duit itu saya kumpul daripada belanja sekolah dan juga pemberian "duit raya". Zama dulu duit raya hanya sekadar 10 sen atau 20 sen yang sama juga nilai duit belanja sekolah. RM15.00 pada ketika itu boleh dikatakan mahal juga. Gambar bersaiz 3 inci (separuh 3R) yang diambil menggunakan kamera "kaki lima", menggunakan filem gulong monochrome 120 Kamera itu menggunakan filem gulong 120 dan sudah tentulah hanya gambar hitam putih sahaja yang dapat diabadikan. Jika saya tidak silap, era gambar warna hanya bermula pada 1977 atau 1978 (tengah cek fakta) yang perlu diproses di sebuah firma di Kuala Lumpur sahaja (pada ketika itu). Segulong filem 110 sebanyak 16 dedahan berharga kira-kira RM8.00 (jika tak silap) ketika itu. Sekarang f...
Salam alam maya kepada yang lalu atau singgah di blog ini moga anda semua beroleh seribu rahmat. Jutaan maaf kerana blog ini berehat sebegitu lama. Insya Allah jika ada kelapangan, blog ini akan dikemaskini semula.
Ulasan
Catat Ulasan