Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat

Sudah lebih enam (6) bulan berlalu namun jalan yang runtuh itu belum lagi dibaiki. Paling teruk, tiada jalan alternatif atau jalan pintas yang boleh digunakan oleh penduduk dari kedua-dua hala yang terputus.
 
Jalan Sungai Tekala - Hulu Langat yang terputus itu  sebelum ini digunakan lebih 500 kenderaan setiap hari yang menghubungkan Semenyih, Hulu Langat Selangor dan juga Jelebu di Negeri Sembilan.

 
Runtuhan yang berlaku pada awal malam 6 November 2013 telah menyebabkan dua buah kereta  serta sebuah motosikal terjatuh di dalam runtuhan itu.  Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa terjadi. Kenderaan-kenderaan tersebut sehingga sekarang masih tidak dapat dikeluarkan.


Baik kerajaan Negeri Selangor, Jabatan Kerja Raya (JKR) atau Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), semuanya membisu.  Sebagai rekod, jalan runtuh ini di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri Selangor.

Gambar atas: Tempat runtuhan sejauh kira-kira 200 meter
Gambar bawah: Jalan ditutup kepada semua kenderaan

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat