Sisa Pilihanraya yang Menyakitkan Mata

Lebih sebulan berlalunya Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13). Sisa kempen pilihanraya menyakitkan mata.  Kibaran bendera parti, poster, banting dan seumpamanya di kebanyakan tempat sangat meriah. Malaysia hanya antara negara demokrasi yang kebebasan berkempen seperti ini berlaku di dunia. Kadang-kala tahap kebebasannya macam melampau atau di luar batasan. Menariknya, bahan kempen pihak pembangkang boleh dipasang tanpa sebarang masalah kecuali satu dua kejadian sabotaj atau bahan kempen dirosakkan oleh pihak lawan. Itu pun dilakukan oleh "dajal" yang diupah. Tak kan ada manusia yang nak membuat kersoakan kerana  dengan percuma. kalau kena tangkap bagaiamana? Suasana seperti ini hanya boleh dilihat selepas lima tahun iaitu pada 2018 ketika berlangsung PRU14. Atau jika ditakdirkan berlakunya Pilihanraya Kecil (PRK) disebabkan berlakuanya kekosngan kersui bagi sesuatu Dewan Undangan Negeri (DUN) atau Parlimen.
 
 
Kibaran bendera parti politik pada PRU13 yang lalu
 
Menurut undan-undang-undang pilihanraya dan peraturan  Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), semua bahan kempen oleh parti politik yang bertanding hendaklah dibersihkan  dalam tempoh dua (2) minggu selepas hari mengundi. Jika sebaliknya, PBT boleh mengambil tindakan; antaranya wang cagaran kempan parti politik yang bertanding tidak dikembalikan. Dalam hal ini, kerja-kerja pembersihan akan dilakukan oleh pihak PBT masing-masing (contoh: di Hulu Langat ialah Majlis Perbandaran Kajang) dan segala kos berkaitan akan dituntut kepada parti yang berkenaan. PBT boleh mengemukakan ke mahkamah jika tuntutan tersebut tidak  diendahkan oleh parti yang berkenaan.
 
 
Cara berkempen: Bertemu pengundi di kedai kopi, rumah ke rumah, di pasar, pasar malam, tempat awam  dll
 
Namun di beberapa lokasi, bahan kempen masih tidak dipedulikkan, malah ada yang  dilekatkan di tembok-tembok menyebabkan  orang ramai sakit mata (seperti gambar di bawah). Di mana tanggungjawab pekerja parti atau pihak pengurusan sesebuah parti. Dan apa pula tindakan MPKj. Sekadar pandang sahaja  atau langsung tutup mata?
 
 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat