Hanya di pesekitaran tempat kediaman untuk kanak-kanak. Tak perlu meredah kesesakan jalanraya. Golongan peniaga yang bijak dan kreatif memperkenalkan inovasi baru untuk kanak-kanak beriadah dan bermain.
Secara kebetulan, baru-baru ini saya ke kawasan penempatan Orang Asli Kampung Kechau, Semenyih atas urusan tugas. Untuk bertemu Tok Batin, saya ke rumah beliau tetapi difahamkan, beliau berada di tanah perkuburan. Ada satu kematian, seorang wanita, 60-an tahun, meninggal dunia kerana penyakit kronik. Saya menuju ke tanah perkuburan di atas bukit dan dapat melihat upacara pengkebumian masyarakat Orang Asli di situ. Upacara pengkebumian dilakukan oleh seorang Mubaligh Krstian, yang saya fikir datang dari Kajang. Majoriti masyarakt di situ masih lagi belum beragama Islam. Bacaan "doa" sepanjang lebih 30 minit di lakukan dalam Bahasa Melayu oleh Mubaligh tersebut dan menggunakan pembesar suara berkuasa bateri. Ia dibantu oleh kakitangannya seramai 5 orang, datang dengan menggunakan sebuah van. Lelaki berbaju putih ialah Mubaligh Kristian yang dimaksudkan Kehidupan Orang Asli di sini sudah banyak berubah d...
Penggunaan Kad Sim Tempatan Untuk Smartphone Para jemaah haji atau umrah Malaysia yang berada di Arab Saudi sama ada di Mekah atau Madinah, boleh membeli kad sim prabayar tempatan untuk digunakan dalam telefon masing-masing. Antara syarikat telefon tempatan ialah Saudi Telecom Company (STC), Zain KSA (Zain) atau Mobily Saudi Arabia (Mobily) Menggunakan perkhidmatan roaming kad sim/operator telefon Malaysia di Arab Saudi sama ada untuk data atau suara adalah agak mahal. Menggunakan kredit yang dimasuk terus untuk melayar internet/perisian smartphone juga akan menyebabkan kehabisan kredit dengan cepat. Sila ikuti langkah-langkah di bawah. Saya mencadangkan jemaah menggunakan kad sim prabayar Mobily dengan harga serendah 10SR. Kad ini banyak dijual di Lapangan Terbang Jeddah atau wakil-wakil penjual di Mekah dan Madinah. Kad topup pula dalam nilai 10SR, 30SR, 50SR dan100SR. Pejabat/kios syarikat-syarikat telef...
Orang ramai yang tinggal berdekatan Bandar Sunway Semenyih, Taman Desa Mewah dan sekitarnya dijemput untuk makan tengahari bersama Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi yang hadir menyempurnakan majlis pecah tanah pada 7 Julai 2012, pada jam 9.30 pagi. Latarbelakang: (Nota: Gambar-gambar dipapar ialah pandangan perspektif pelukis. Rekabentuk yang serupa akan terbina) Pada Disember 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Hj Puad Zarkashi telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih. Dalam lawatan itu yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz, beliau telah mengumumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Pengumuman itu telah disambut positif oleh penduduk d kawasan berhampiran terutama Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah. Ketika ini, anak-anak mereka be...
di mana ni?semenyih ada tempat macam ni ke?
BalasPadamZarina, di Giant Prima Saujana
BalasPadam