Kem Polis Gerakan AM


Di lokasi berhampiran Tesco dan Taman Pelangi Semenyih, terdiri sebuah kem baru yang menempatkan Batalion 4, Pasukan Polis Gerakan AM (PGA) yang sebelum ini berpangkalan di Kem Cheras. Difahamkan, kem baru tersebut (dikenali sebagai Kem Semenyih) akan memuatkan kira-kira 8,000 orang, terdiri daripada  pegawai dan anggota PGA dan keluarga masing-masing.

Perpindahan secara berperingkat telah bermula pada 28 Nov 2010 lepas dengan 10 orang anggota dan keluarga. Berita lanjut sila rujuk di sini.

Pembukaan Kem Semenyih  itu akan turut mencorakkan pelbagai kesan ekonomi, ifrastruktur dan kependudukan  kepada pembangunan Mukim Semenyih.  Bersediakah pihak berkuasa tempatan menghadapi cabaran-cabaran pembangunan yang mendatang khususnya Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Cukupkah tempat untuk anak-anak Polis tersebut bersekoklah di sekitar Semenyih khususnya sekolah-sekolah yang berhampiran seperti di Bandar Rinching dan Pekan Semenyih? SK Pekan Semenyih sekarang  sudah pun sesak. 8,000 bukanlah jumlah yang sedikit, seakan-akan  menghampiri  jumlah penduduk di Bandar Tasik Kesuma atau Bandar Sunway Semenyih.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Apa Jadi Jalan Sungai Tekala Hulu Langat