Meteor Di Pantai Remis, Perak
Di zaman digital, siapa peduli pasal aperture, speed, iso, exposure dll melainkan mereka yang bergelar jurugambar. Selebihnya, "Alaaaa.... set je kamera ke auto. Tak perlu susah payah guna manual dan pening kepala untuk hal-hal yang lain". Lebih daripada itu, kamera digital mempunyai fungsi nilai tambah (aded value) seperti mengedit terus daripada kamera atau mengubah scene atau latarbelakang gambar.
Bagaimanapun, untuk mahir mengambil gambar, baiklah belajar menggunakan manual walaupun ia sekadar hobi. Bagaimana mengambil gambar di tempat yang gelap misalnya. Bolehkah mengambil gambar bintang di langit tanpa telezoom? Atau mampukah mengambil gambar burung yang terbang? Atau sempatkah kita merakamkan jet Sukhoi TUDM yang tiba-tiba berlegar di atas rumah kita atau hanya mampu merakamkan bunyinya sahaja?
Sehubungan itu, pada 4 dan 5 Disember lalu Planetarium Negara memberikan bengkel asas mengambil gambar di angkasa atau astrophotography secara percuma. Biasanya jika kursus berbayar, kurang-kurang perlu membayar RM400 sehari. Malah, makan tengahari dan malam pun ditanggung oleh penganjur!. Bertemakan The World at Night, astrophotography ialah mengambil gambar di angkasa. Peserta seramai 40 orang semuda 17 tahun dan ada yang berusia 60 tahun menyertainya kerana ia percuma dan juga kerana minat. Sayang, kursus dijalankan dengan masih terdapat 10 tempat kosong dan saya mengandaikan, mungkin tidak ramai yang meminati astrophotography.
Meteor Di Pantai Remis
Meteor Di Pantai Remis
"Jika kursus percuma ambil gambar di Bukit Broga atau di Pantai Morib, tentu ramai yang datang atau tak cukup tempat", komen beberapa orang peserta. Khabarnya, bengkel outdoor pula akan diadakan di Pantai Remis, Perak pada 12 dan 13 Disember akan datang. Di Pantai Remis, peserta akan diberi tugasan untuk merakamkan gambar meteor yang menurut kajian Angkasa, ia akan jatuh pada tarikh itu. Justeru, si kaki kamera, rebutlah peluang ini. Hanya si bertuah sahaja (di kalangan yang ramai-ramai) yang dapat merakamkan meteor dan ia akan mempunyai nilai yang begitu tinggi.
Langit di waktu malam. Gambar yang diambil oleh Khairul Amirin, 18, peserta yang baru belajar
Yang teruja pada bengkel tersebut, terdapat seorang dua peserta membawa kamera dan peralatan mencecah nilai RM100 ribu, senilai dengan sebuah rumah teres! Wow.... mahalnya. Maknanya, untuk mengambil gambar bintang di langit, banyak aksesori yang diperlukan seperti pelbagai jenis lens dan telezoom, exposure meter dan seumpamanya di samping pengetahuan, kemahiran dan pengalaman. Sekadar menggunakan 18-55 mm lens, apalah sangat yang dapat dirakamkan pada kejauhan berjuta kilometer!
Artikel pasal DSLR sebelumnya
Gambar bulan dirakam menggunakan Nikkon DSLR D5000 dengan kanta biasa 18-55mm secara "manual apperture" dan "manual focusing". Kelajuan shutter f2 selama kira-kira 3 saat.
Tips: Untuk mengambil gambar bintang, anda perlu berada di tempat yang betul-betul gelap tanpa cahaya lampu dan sebagainya. Cahaya lampu akan menyebabkan gambar anda menjadi kekuningan atau kemerahan. Maknanya, kalau nak ambil gambar bintang di KL, gambar yang dirakamkan nanti tidak "real"....
Artikel pasal DSLR sebelumnya
Ulasan
Catat Ulasan