Ahh... Bocor Pula!
Ahh, bocor pula....
Lebih kurang sebulan yang lalu, main hole tersumbat. Bila na**s dipam dari tandas, ia tak mau tenggelam! Oooo, menyusahkan atau mengelikan? Lalu, bantuan Indah Water, syarikat pembentungan negara dipanggil segera. Masalah selesai dengan peralatan dan kecanggihan teknologi yang dimiliki. Tak perlu korek-korek atau pecah-pecah. Beres!
Kontraktor sampai di lokasi dan memulakan kerja....
23 Disember lalu, paip pecah atau paip bocor pula dialami oleh penduduk di Taman Desa Mewah. Pada waktu pagi, seorang pekerja anak Syarikat Syabas datang membuat siasatan. Menggunakan sejenis alat pengesan yang begitu simple, (nama alat saya tidak tahu tetapi kemungkinan menggunakan teknologi radiodetection) beliau berjaya mengesan lapan (8) lokasi paip bocor di taman berkenaan. Kes yang dikesan itu tidak termasuk kes-kes yang bocor yang ditemui sebelum ini.
Dikesan! dalam bulatan dan anak panah merah. Sila besarkan gambar untuk melihat paip yang bocor akibat kecuaian kontraktor pemaju perumahan
Paip yang "pecah" ditukar dan disambung semula. Beres juga!
Hari yang sama, kira-kira jam 2.00 petang, kontraktor Syabas datang ke lokasi. Kerja-kerja "menutup" kebocoran dilakukan segera. Saya mengucapkan syabas kepada SYABAS kerana tindakan pantas mereka. Kes diselesikan dengan cepat dan sekaligus mengelakkan pembaziran air akibat kebocoran yang berlaku setiap hari di kebanyakan tempat. Namun, nampaknya Syabas masih menggunakan kaedah "korek timbus tampal" berbanding Indah Water.
Berkaitan hal paip bocor, mujur jika yang bocor itu berlaku sebelum meter. Ada penduduk di sini yang telah "terkena". Bil airnya beribu ringgit disebabkan kebocoran paip di bawah lantai rumah dan hanya disedari/diketahui apabila mendapat bil air yang memeranjatkan. Ada kes yang berpunca daripada kecuaian kontraktor/pemaju dan sebahagian lagi disebabkan kerosakan seperti paip yang berkarat dll. Justeru, sila periksa saluran paip di rumah anda sebelum anda sakit kepala dengan bil yang melonjak gila.

Ulasan
Catat Ulasan