Pembentungan Tersumbat

Perkhidmatan penyelenggaraan pembentungan kumbahan dikendalikan oleh Indah Water Konsortioum Sdn Bhd, sebuah syarikat Menteri Kewangan yang Diperbadankan.

Semenyih Baru berkesempatan melihat kakitangan Indah Water melakukan penyelenggaraan di sebuah kawasan perumahan yang menghadapi masalah pembentungan tersumbat. Bergantung kepada  jenis masalah yang dilaporkan, kakitangan syarikat akan hadir dalam tempoh yang tertentu berserta dengan peralatan atau perkakasan serta jentera yang berkaitan.


Dalam kes yang disaksikan, Semenyih Baru terpegun melihat jentera moden yang digunakan iaitu sebuah lori tangki dengan keupayaan kuasa hydraulik (Hydraulic Water Jet). Melalui jentera ini,   hos (gambar atas) dimasukkan ke lubang pembentungan untuk mencuci atau memecahkan halangan-halangan yang terdapat di dalamnya.

Jika dahulu, untuk menjolok paip atau saluran yang tersumbat, rotan digunakan secara manual tetapi, kini tidak lagi. Kakitangan hanya  sebagai operator dan mengendalikan jentera mengikut prosedur atau SOP yang ditetapkan.

Keterangan (Ikut jarum jam):   (1) Kakitangan dan jentera tiba di lokasi pelanggan. (2) Periksa dan buka penutup main hole. (3 dan 4)  Enjin hydraulik dihidupkan dan (5) hos dimasukkan ke dalam lubang. Dengan kuasa hydraulik, hos itu akan  ditolak secara automatik mengikut panjang atau jarak yang diperlukan.  (6) Pancutan pembersihan selepas pembentungan/halangan dibersihkan.

AWAS.... Difahamkan,  kekuatan hos hydraulik tersebut boleh menerbangkan operatornya/orang yang berdekatan dan kesilapan penggunaan boleh menyebabkan kemalangan. Sebab itu orang awam sangat dilarang mendekati jentera Indah Water pada ketika kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan. 

Nota: Atas faktor-faktor tertentu ada bahagian di dalam gambar di atas terpaksa dikaburkan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai