Isnin, 31 Ogos 2015

Pernikahakan Saudara Baru

Mengislanmkan seseorang bukanlah suatu perkara atau pekerjaan yang sukar. Islam sendiri tidak menyulitkan kepada mana-mana orang yang hendak menganuti agama suci itu. Tetapi sebaliknya, Islam sangat menegah sesoerang yang telah beriman untuk kufur atau keluar daripada Islam. Lantaran itu, ramai yang telah di Islamkan  di mana-mana jua. Namun, permasalahan yang timbul ialah kesanggupan para pendakwah kita (pendakwah Islam) untuk memimpin mereka menghayati dan menlaksanakan kewajipan sebagai seoranhg Islam sehingga mereka mampu berdikari dan dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan sempurna.
Menyedari perkara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan baru-baru ini telah mengadakan majlis pernikahan (semula) saudara baru Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. Usaha itu dicetuskan oleh saudara Hamdan Othman, seorang Wartawan Malaysia Gazzete dengan kerjasama Jabatan Kebajikan  Orang Asli (JKOA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),  Jabatan Kehakiman Syariah Selangor (Mahkamah Syariah), Jabatan Kebajikan Islam Malaysia (JAKIM) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor Kawasan Semenyih.


Setelah mahkamah bersidang di kampung tersebut pada 11 April 2015, seramai 26 pasangan telah telah mendapat perintah Mahkamah Syariah untuk dinikahkan semula oleh Wali Hakim. Sekaligus, peristiwa ini mencatat sejarah apabila pertama kalinya Mahkamah Syariah bersidang  di luar kebiasaanya dengan Ketua Hakim Syarie Negeri Selangor, Yang Arif Dr. Mohd Na'im Mokhtar,  para Hakim Syarie das Juru Nikah turun padang untuk bersidang.

Seterusnya, majlis meraikan pasangan  pengantin berkenaan secara beramai-ramai telah dilangsungkan pada 18 April di padang Kampung Orang Asli Jalan Sungai lalang, Semenyih. majlis yang dihadiri kira-kira 1,000 jemputan ini turut dihadiri oleh Datuk Hj Johan Abd Aziz, ADUN Semenyih, Pegawai dan kakitangan JKOA dan pemimpin setempat.

Selasa, 14 April 2015

Setia EcoHill Link - Jalan Penghubung Sungai Purun - bandar Rinching

Jalan Penghubung (jalan alternatif) antara Sungai Purun berhampiran susur keluar Lebuhraya LEKAS di Jalan Bangi Lama ke Bandar Rinching (selepas Tesco Semenyih) dikenali sebagai Setia EchoHill Link dijangka dibuka kepada orang awam  selewat-lewatnya Julai 2015. Kerja-kerja akhir sedang giat dilaksakanan oleh pemajunya, Ecosetia Sdn Bhd.

Sumber yang diperoleh daripada pemaju, pembukaan dan perasmian jalan bertingkat  berharga RM70 juta itu  mungkin dilakukan pada awal bulan Julai ini memandangkan selepas itu umat Islam sudah menjalani ibadat puasa. Lazimnya,  pada waktu petang bulan Ramadhan, kesesakan trafik berganda daripada hari-hari biasa.

 Persimpangan bertingkat Sungai Purun yang hampir siapa Jun ini

Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  dipetik sebagai berkata, beliau sangat mengambil berat agar taman-taman baru yang dibangunkan di Semenyih mesti membina jalan keluar masuk masing-masing bagi mengurangkan kesesakan yang semakin meruncing terutama pada waktu pagi dan petang. Beliau berharap, pembukaan EchoHill Link dapat mengatasi kelancaran trafik untuk jangka pendek sementara satu lagi akses menerusi Echo Majestic Interchange ke Lebuhraya Lekas  akan siap dibina menjelang 2016.

Datuk Hj Johan Abd Aziz (kredit kepada Malaysian Gazzete)

Apabila EchoHill Link itu dibuka, pengguna daripada Lebuhraya Lekas  yang hendak ke Rinching, Beranang dan juga Seremban boleh menggunakannya tanpa memasuki Pekan Semenyih. Begitu juga sebaliknya, pengguna jalan lama Seremban-Kajang  yang hendak menuju  Kuala Lumpur tidak perlu memandu memasuki Pekan Semenyih, sebaliknya menggunkan jalan tersebut. Sebagai alternatif, daripada persimpangan Sungai Purun mereka boleh menggunakan Jalan Bangi Lama untuk ke Putrajaya, Seremban, Nilai ataupun KLIA.

Jalan penghubung Eco Majestic sedang dalam pembinaan

Jalan sejauh 1.6 km itu dibuat oleh pemaju selepas dicadangkan oleh Jabatan Kerjaraya (JKR) bagi mengatasi kesesakan jalan di Semenyih disebabkan pesatnya pembinaan taman-taman perumahan baru berskala besar di Semenyih.  Kira-kira 2,000 pembeli awal taman perumahan mewah itu dijangka menduduki rumah masing-masing akhir Jun ini.



Ahad, 12 April 2015

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Kegiatan kuari di Hulu Langat telah ujud sejak sekian lama dan ada di antaranya,  operasi kuari hanya akan tamat selepas 30 tahun permit dikeluarkan. Terdapat 11 buah syarikat yang diberikan kebenaran mengusahkan kuari di daerah Hulu Langat, masing-masing beroperasi di Hulu Langat, Kajang dan Semenyih melibatkan keluasan tanah yang sangat besar...
 
Artikel ini akan saya sempurnakan sedikit masa lagi.
Pembaca yang mempunyai atau ingin berkonsgi  maklumat mengenai perkara ini, boleh email kepada saya: semenyihbaru@gmail.com
 
Terima kasih

Jumaat, 10 April 2015

Wanita - Tips keselamatan Untukmu

Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda atau yang anda kenal. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling "lemah" yang kita boleh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita. 
 Nota: Info ini dikongsi daripada sumber lain yang tidak dinyatakan.
Wanita - gambar sekadar hiasan


1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi; di mana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam?

Tindakan: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat.

2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah?

Tindakan: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan berada. Semua benda tersebut boleh bertukar menjadi senjata yang berbahaya. Lempar segala peralatan dapur ke arah penyerang. Biarkan ia pecah dan jerit sekuat hati. Ingat, bunyi adalah musuh kepada si penyerang kerana dia tidak mahu ditangkap.

3. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia terpaksa menaiki teksi pada waktu malam?

Tindakan: Sebelum masuk ke dalam teksi tersebut, ambil nombor pendaftarannya. Gunakan telefon bimbit anda untuk menghubungi keluarga atau rakan anda dan berikan mereka butiran teksi itu dalam bahasa yang difahami oleh pemandu teksi. Walaupun tiada siapa yang menjawab panggilan anda, anda boleh berpura-pura berbual dengan seseorang. Pemandu itu kini tahu seseorang telah mempunyai maklumat yang cukup dan dia akan berada dalam masalah yang serius jika terjadi apa-apa kepada anda. Dia kini terikat untuk memastikan anda sampai ke destinasi dengan selamat. Dari berpotensi sebagai penyerang, beliau kini telah menjadi faktor pelindung anda!

4) Bagaimana jika pemandu teksi menukar jalan yang dia tidak sepatutnya lalu dan anda berasa sedang memasuki zon bahaya?

Tindakan: Gunakan tali beg tangan anda untuk menjerut leher pemandu tersebut dan tarik ke belakang. Dia akan berasa tercekik dan tak bermaya dalam beberapa saat. Dalam kes jiika anda tidak mempunyai beg tangan yang bertali, tarik kolar baju pemandu tersebut. Bahagian atas bajunya juga akan menghasilkan kesan yang sama.

5. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia berasa dirinya sedang diekori pada waktu malam?

Tindakan: Masuk kedalam kedai, stesen minyak atau premis berhampiran yang terang. Jika kedai-kedai tidak dibuka pada waktu malam, masuk ke dalam ATM berhampiran. ATM merupakan tempat yang mempunyai pengawal keselamatan. Mereka juga dipantau oleh litar televisyen tertutup. Kerana takut dicam, tiada siapa akan berani menyerang anda.

Sentiasa berjaga-jaga adalah senjata yang paling baik buat diri wanita.

Akibat Pusing U Di Simpang 3 dan Laju

Tanggal 10 April 2015  berlaku lagi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, Toyota Wish, Perodua Myvi dan Perodua Viva di simpang tiga Taman Desa Mewah - Bandar Sunway Semenyih. Saksi memberitahu, sebuah kereta yang membuat pusingan "U" di simpang itu telah menjadi punca kemalangan.

Kejadian berlaku pada waktu pagi yang lazimnya jalan menjadi sibuk kerana waktu bekerja. Namun, jika terdapat pemandu yang mementingkan diri sendiri, tidak mengendahkan peraturan apatah lagi tidak memikirkan keselamatan orang lain, maka berlakulah kemalangan.


Mujur kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang ketiga-tiga buah kereta berkenaan. Bagaimanapun kerosakan kepada kereta terbabit agak teruk.

Dua orang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  berada di tempat kejadian untuk membantu lalu lintas disebabkan jalan keluar penduduk Taman Desa Mewah terhalang hampir dua jam.


Dalam pada itu, penduduk mendakwa, faktor jalan yang tidak rata dan ketiadaan "line" putih yang sempurna mungkin mencetus kekeliruan pemandu dan menyebabkan kemalangan. Keadaan menjadi serius bila mana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan pembinaan simpang masuk ke kawasan perniagaan Kiara Business Centre.


Selain itu jalan masuk ke taman ini sering menjadi pilihan kenderaan berat membuat pusingan "U". Walaupun masalah ini telah banyak kali diajukan kepada agensi berkaitan, namun penduduk tidak nampak adanya usaha yang dilakukan untuk mengatasinya. Sebagai rekod, masalah  ini telah diangkat ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonmom Negeri Selangor di samping memorandum yang dihantar kepada Menteri besar Selangor dua tahun lalu.


Selasa, 13 Januari 2015

PEMBINAAN JEJANTAS SK SEMENYIH

Berita baik kepada ibu bapa dan murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Semenyih. Penantian 10 tahun bakal berakhir.  Jika semua masalah berbangkit dapat diselesaikan, sebuah jejantas berbumbung akan dibina di hadapan SK Semenyih tidak lama lagi. Difahamkan, peruntukan kira-kira RM2 juta telah disediakan oleh Unit Penyelarasan Permbangunan Persekutuan  (ICU) kepada Jabatan Kerjaraya (JKR) Selangor.




Lawatan tapak yang dilakukan pada 13 Jan 2015, dihadiri oleh wakil beberapa agensi kerajaan berkaitan antaranya Kementerian Kerja Raya, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan lain-lain. Turut hadir ialah wakil syarikat-syarkat utiliti seperti tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat bekalan Air Selangor (SYABAS) dan juga Telekom malaysia (TM).


 Semua agensi berkaitan akan berusaha untuk mengatasi masalah-masalah tersebut bagi menyegerakan pembinaan jejantas tersebut.

Ahad, 14 September 2014

Jalan Pintas Sungai Purun, Semenyih

Dijangkakan, kesesakan trafik yang dialami pengguna jalanraya antara Bandar Rinching dan Semenyih akan dapat diatasi menjelang Jun 2015 sebaik jalan alternatif, Setia Ecolink siap sepenuhnya. Jalan sejauh 1.8 km itu menghubungkan Lebuh Raya Lekas di simpang Sungai Purun ke persimpangan Setia Echohill di Bandar Rinching. 

Datuk Hj Johan Abd Aziz menunjukkan sesuatu kepada Wartawan ketika melakukan lawatan kerja pada 10 Sept 2014 lepas


Pembinaannya dipohon oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz sebagai penyelesaian jangka pendek kesesakan di kawasan Semenyih. Ketika ini, kesesakan teruk terjadi pada waktu puncak dan hujung minggu antara simpang Taman Paling Jaya sehingga simpang lampu isyarat Bandar Rinching berhampiran Kem Polis Gerakan Am (PGA).

Sebelah kanan Datuk Johan ialah En Mohd Noor, Timbalan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat

Baru-baru ini, Datuk Hj Johan Abd Aziz melakukan lawatan kerja di kawasan pembinaan jalan baru tersebut dan mendapati kerja-kerja berjalan mengikut jadual. Jalan baru tersebut melibatkan pembinaan  sebuah jambatan yang merentangi Sungai Semenyih dan sebuah flyover yang menghubungkan lebuhraya Lekas di simpang lampu isyarat Sungai Purun.

Jurucakap Pemaju Ecosetia berkata, sebanyak 1,500 unit rumah fasa pertama taman itu juga akan diserahkan kepada pembeli sebaik sahaja jalan alternatif tersebut dibuka.