Isnin, 20 Januari 2014

Nuraina Humaira Kamal Bahrin - Johan Majlis Tilawah al-Quran 2013


Harian Metro, 29 Jan 2014

 Adik Nuraina Humaira Kamal Bahrin, ketika berusia 12 tahun pada 2013, dinobatkan sebagai Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan, bawah 12 tahun. Beliau ketika itu belajar di SK Semenyih.


Kini, adik Humaira berada di Tingkatan 1, SMK Bandar Tasik Kesuma. Pada 16 Jan 2014 yang lalu, beliau telah diundangg menyampaikan bacaan ayat-ayat suci di hadapan lebih 2,000 orang pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih. Majlis itu turut dihadiri oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz dan penceramah bebas, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahaya. 

Pada majlis yang sama juga, beliau telah menerima Sijil Anugerah Maludiur Rasul di atas kejayaannya sebagai Johan Tilawah yang disampaikan oleh Datuk Hj Johan Abd Aziz.




Syabas dan tahniah kepada adik Nuraina Humaira semoga cemerlang dalam pelajaran hingga ke menara gading. Dalam peperiksaan UPSR 2013, Humaira memperolehi keputusan 4A dan 1B. Menurutnya, beliau bercita-cita untuk menjadi Pensyarah dan berharap dapat meneruskan pengajian di Mesir. (bersambung....)