Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2010

Majlis Kahwin Nurafizah Zakaria

Imej
Tarikh: 31 Okt 2010 Tempat: Dewan Orang Ramai Pekan Semenyih Pengantin:  Nurhafizah Zakaria/Aimie Ghazali Majlis makan beradat antara pengantin dan keluarga serta YB ADUN Semenyih Datuk Hj Johan Abd Aziz (dua dari kanan) dan isteri Datin Norsiah (tiga dari kiri) yang merupakan tetamu VIP

Pengayuh Basikal Digoda Awek

Imej
Berikut ialah beberapa fakta berkaitan pengayuh basikal Jelajah 1Malaysia Cendera kenang yang diberi kepada pengayuh   1. Haji Ramli Hj Yusup, 59 tahun ialah persara guru. Jawatan terakhirnya ialah Guru Penolong Kanan (GPK) di sebuah sekolah menengah di Sepang. Pertama kali menaiki basikal pada 2005 dari rumahnya ke sekolah memakan masa selama dua jam. 2. Sdr Abdul Karim Salleh, 61 tahun  ialah persara tentera.  Jawatan terakhirnya ialah Staf Sarjen di Rejimen Gerak Khas Kem Sungai Udang, Melaka. Beliau ialah Jurulatih Persekutuan Sukan Udara Kuala Lumpur. Pernah terlibat sebagai Jurulatih Misi Payung Terjun Kutub Utara. 3. Hj Ramli telah membuktikan kayuhan solo selama 12 hari daripada Semenyih - Padang  Besar dan Semenyih- Singapura pada 2009 dan 2010 dan beberapa kayuhan lain ke Muar, Kuala Pilah dan Jelebu. 4. Sdr Karim pernah berkayuh dari Kuala Lumpur ke Haadyai, Thailand. 5. Kedua-dua pengayuh akan menawan Borneo dengan berbasikal (Sabah, Sarawak dan Kalimantan) pada Febru

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Misi Berakhir jam 4.40 petang 24 Okt 2010 Pesara tentera Rejimen Gerak Khas Kem Sungai Udang Melaka, Sdr Abdul Karim Salleh (kiri)  dan persara guru, Hj Ramli Hj Yusuf bersama ADUN Semenyih YB Datuk Hj Johan Abd Aziz . Kedua-dua persara telah berjaya berbasikal jelajah 1 Semenanjung dalam tempoh 29 hari sejauh  2,947 km mengikut jalan persisir pantai.  Syabas! Tepian Restoran Sayang Maju.  Bisness pun bertambah dengan kehadiran kira-kira 200 orang penduduk Daripada akhbar Harian Metro 25 Okt 2010 Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama serta sokongan menjayakan Misi  Berbasikal Jelajah 1Malaysia. Dari kiri: Ustaz Shariff, Hj Ramli (pengayuh), Azami Mohamed, Presiden  Kemoja, Abu Samah @ Pak Chat dan Sdr Karim (pengayuh). Kayuhan ke point penamat terpaksa dihentikan kira-kira 10 minit kerana  masuk waktu Solat Asar. Peserta  menghampiri point penamat diiringi oleh penduduk taman Membelakang kamera, dua orang aggota Polis Trafik turut merngiring

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Tiba (jam 4.40 ptg) ADUN Semenyih YB Datuk Hj Johan Abd Aziz  (berbaju batik), bergambar bersama  Sdr Abdul Karim Salleh (sebelah kiri YB), Hj Ramli Hj Yusuf dan Presiden KEMOJA, Azami Mohammad (baju lutsinar). Turut serta ialah pemegang rekod Guiness Malaysia,  berbasikal mengililingi Malaysia, Sdr Abu Samah (Pak Chat) (dua dari kiri). Kedua-dua pengayuh telah selamat tiba  pada jam 4.40 petang (dilewatkan 10 minit kerana  solat Asar) di Taman Desa Mewah diriringi dua orang anggota Polis Trafik IPD Kajang, 6 orang penunggang motosikal berkuasa tinggi yang juga ahli KEMOJA, beberapa orang belia,  penduduk dan kanak-kanak  yang berbasikal serta penunggang motosikal biasa. Hari Terakhir (Hari ke-28) Pengayuh akan tiba (dari Bagan Lalang, Sepang) di Taman Desa Mewah, Semenyih pada jam 4.30 petang dan akan disambut oleh YB ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Akan diiringi oleh penunggang motosikal berkuasa tinggi daripada Kelab Motosikal Kuala Lumpur dan Lembah Klang (KEMOJA)

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
Hari ke-26 22 Okt 2010 1. Hari ini Jumaat, peserta berehat di Morib. 2. Sabtu, akan meneruskan kayuhan ke Bagan Lalang 3. Ahad akan menamatkan kayuhan ke Semenyih 4. Sambutan ketibaan kedua-dua pengayuh akan dilakukan pada 24 Okt 2010, jam 4.00 petang di Tepian Restoran Sayang Maju, Taman Desa Mewah, Semenyih. Penduduk Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih dijemput hadir.

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Hari ke-24 21 Okt 2010 Kedua-dua pengayuh kini berada di Sungai Besar, Selangor dalam keadaan yang sihat. Akan meneruskan kayuhan  ke Jeram dan seterusnya akan sampai di Pantai Bagan Lalang, Sepang pada 23 Oktober. Kayuhan akan ditamatkan pada petang 24 Oktober di Taman Desa Mewah, Semenyih.

Kes Bunuh Di Bukit Broga

 TERKINI Rangka kes bunuh profil tinggi ditemui di Semenyih? Utusan: 19/10/2010 3:45pm KAJANG 19 Okt. - Polis menemui rangka manusia tertanam di sebuah kebun kelapa sawit dekat Bukit Broga, Semenyih malam tadi. Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Shakarudin Che Mood berkata, penemuan itu adalah ekoran pengakuan seorang suspek kes pembunuhan yang kemudian menunjukkan kepada polis tempat dia menanam mayat mangsa. "Suspek yang berumur sekitar 30-an itu membawa polis ke satu lokasi berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina dan setelah digali satu rangka manusia yang masih ada sedikit cebisan tisu ditemui.... namun belum dapat dipastikan sudah berapa lama mangsa mati,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Shakarudin berkata, suspek turut menunjukkan lokasi sebuah kereta yang hangus dibakar, yang dipercayai milik mangsa kira-kira 3 km dari tempat mayat mangsa ditemui. Beliau berkata, polis juga tidak menolak kemungkinan rangka manusia tersebut milik individu berprofi

Kayuh Basikal Keliling malaysia

Imej

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Hari Ke-17 14 Okt 2010 Peserta Kayuh Basikal Jelajah 1Malaysia  kini menuju ke negeri Kedah mulai 13 Okt dan pada  pagi ini berkayuh menuju ke Kuala Perlis daripada point  Kaki Bukit. Perjalanan pada 13 Okt memakan masa hingga lewat petang disebabkan cuaca hujan. Sehingga kini, misi berjalan mengikut jadual dan alhamdulillah tidak menghadapi masalah yang besar. Mudah-mudahan dengan izin-Nya, misi akan sempurna  seperti dirancang. Pengayuh mempunyai baki tujuh point persinggahan di 4 buah negeri lagi (Kedah, Pulau Pinang. Perak, Selangor) sebelum menamatkan kayuhan sejauh 2, 580 km pada 24 Oktober 2010. Penduduk sekitar Taman Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih dijemput menyambut ketibaan pengayuh pada tarikh tersebut (24 Okt) bertempat di Taman Desa Mewah.

Kemalangan Maut 10.10.10

Imej
Update Info: Cuba baca Siaran Akhbar Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli berkaitan isu pemandu bas ekspres memandu  secara berbahaya pada waktu malam. Maklum balas daripada Akhbar/Pembaca Skesta kemalangan (Grafik Berita Harian) Utusan: 1. Ketatkan Syarat... 2. Senari hitamkan pemandu 3. Apa JPJ, LPKP Buat?  (Buat ????) Berita Harian: 1. Kerjasama semua pihak penting elak nahas SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya   2. Pemandu dikatakan sentiasa berada di lorong kanan SEREMBAN: Beberapa penumpang bas Ekspres Delima yang terbabit dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) kelmarin, mendakwa kenderaan itu dipandu laju hingga hilang kawalan sebelum terbabas ke laluan bertentangan.   10 Ulasan Semenyih Baru

Maut Di Jalan Raya

Imej
Update:   Petikan Utusan Malaysia Online Kementerian mulakan siasatan kemalangan ragut 12 nyawa 11/10/2010 5:09pm SEREMBAN 11 Okt. - Kementerian Pengangkutan telah memulakan siasatan berhubung kemalangan yang meragut 12 nyawa di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang semalam. Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, beliau telah mengarahkan agensi di bawah kementeriannya seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Miros untuk menjalankan siasatan tersebut. "Bas ekspres yang terbabit adalah bas baru dan didaftarkan pada 2007. Siasatan awal mendapati bas tersebut kerap menjalani pemeriksaan biasa Puspakom dan kali terakhir bas ini diperiksa pada Mei lepas. "Kita akan menjalankan siasatan lanjut terhadap sistem stereng dan brek bas terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat mangsa yang cedera dalam kemalangan itu di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), di sini hari ini. - Ber

ADUN Semenyih Sudah Dianugerah Datuk

Imej
TAHNIAH dan SYABAS kepada YB ADUN Semenyih  Haji Johan Abdul Aziz kerana dianugerah bintang Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM)  yang membawa gelaran Datuk sempena Hari Ulang Tahun ke-72 Yang di-Pertua Negeri Melaka,  Tun Mohd Khalil Yaakob pada hari ini, 9 Oktober 2010.   Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N24 Semenyih,  YB Datuk Haji Johan Abd Aziz   DMSM, AMS, JP Datuk Haji Johan juga ialah  Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Hulu Langat dan Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat.  Beliau pertama kali bertanding pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lepas dan memenangi kerusi DUN Semenyih, Selangor. Datuk Hj Johan memperoleh 11,588 undi mengalahkan pencabarnya daripada PKR dengan majoriti 1,140 undi. Rujuk Berita Harian (klik )

1 Zulkaedah 1431

Imej
Hari ini, 9 Oktober 2010. Bulan Islamnya ialah 1 Zulkaedah 1431. Ini bererti selepas terbenamnya matahari pada 8 Okt (semalam), berakhirlah bulan Syawal pada tahun ini. Klik untuk besarkan Sepanjang Syawal, boleh dikatakan setiap hari, kita berkunjung ke rumah saudara-mara,  jiran-jiran dan juga rakan taulan. Majlis rumah terbuka aidilfitri tidak putus-putus diadakan. Pada hujung minggu, trafik di Kuala Lumpur menjadi agak sesak kerana dikatakan ramai yang memandu menuju ke rumah-rumah terbuka. Syarikat korporat, syarikat besar, syarikat kecil, jabatan dan agensi kerajaan mengadakan rumah terbuka, tidak terkecuali surau dan juga masjid, sekolah dan institut pengajian tinggi --- yang menunjukkan satu perayaan yang disambut oleh pelbagai kaum di Malaysia dengan suasana gembira dan harmoni.  Terpancar semangat  1Malaysia. Gambar hiasan: Sebuah rumah terbuka Aidilfitri VIP di Jalan Ampang Hilir, Kuala Lumpur, 3 Okt 2010 Pada hari ini, Sabtu dan esok (Ahad) mungkin  masih ada lagi ruma

Pencari Besi Buruk

Imej
Di taman-taman perumahan, sisa pepejal selalunya menimbulkan masalah kepada para penduduk. Bahan-bahan seperti kayu, papan, besi buruk atau bahan-bahan buangan yang besar dan banyak tidak mudah untuk dibuang atau dilupuskan. Wong menunjukkan basikal yang rosak  yang akan dijual dengan haraga RM0.60 sekilogram Masalah seperti ini kadang-kala dapat diselesaikan oleh pencari-pencari besi buruk seperti Wong (gambar)  yang tidak asing di kalangan penduduk di sekitar Semenyih. Wong akan mencari apa saja bahan terbuang yang boleh dijadikan wang untuk kegunaannya. Bahan-bahan seperti botol plastik, tin minuman, besi, aluminium dan lain-lain dipungutnya dari berbagai tempat dan menjualnya di pusat-pusat besi buruk di sekitar pekan ini. Wong menunjukkan tanda 1Malaysia dengan bahan kutipan yang banyak Dengan menggunakan sebuah basikal yang "dipungut" dan dibaikinya, beliau bergerak dari taman ke taman. Walaupun pendapatannya bergantung kepada bahan-bahan yang dikutip tetapi ada ka

Kayuh Basikal Keliling Malaysia

Imej
TERKINI Hari Ke-13 8 Oktober 2010 . Pengayuh sedang berehat di Jeli, Kelantan. (Tiada kayuhan pada setiap Hari Jumaat) Jelajah 1Malaysia akan meneruskan kayuhan sejauh kira-kira123 km ke Gerik, Perak pada Sabtu, 9 Okt 2010. Telah sampai di Jeli dari Tumpat pada jam 4.00 petang  7 Okt 2010 dengan jarak 105 km dalam keadaan  hujan rentai-renyai. Ini bererti, kedua-dua pengayuh telah menempuh perjalanan kira-kira 1,338 km di 7 buah negeri sehingga kini. Dari Grik, pengayuh akan bergerak menuju ke Utara dan dijangka  singgah di Pedu dan Kaki Bukit, Kedah pada petang 10 Okt dan  11 Okt 2010. Dijangka tiba di Kuala Perlis (Negeri ke-9) pada 12 Okt.