Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2010

Mahkamah Sesyen Semenyih

Imej
Wahai kakitangan/pegawai kerajaan, Jika pejabat berpindah, tolonglah maklumkan... Pada 26 Ogos 2010 saya mempunyai urusan yang boleh saya selesaikan di mana-mana mahkamah di Selangor atau di mana-mana sahaja.  Bagaimanapun, saya memilih untuk berurusan di Mahkamah Sesyen Semenyih yang terletak  bedekatan Sekolah Menengah Ungku Hussein. Disebabkan inilah pertama kali saya ke situ, maka saya tidak dapat menemui mahkamah tersebut dengan cepat  kerana hanya terdapat satu papan tanda sahaja yang diletakkan di Jalan Besar Semenyih. Bertanya dengan beberapa orang penduduk di situ pun tidak dapat membantu kerana masing-masing mengatakan "tidak tahu". Pelik, sama ada mereka benar-benar tidak tahu atau itu sebenarya sikap kiasau mereka yang tidak suka menolong atau membantu. Tidak pelulah saya sebut majoriti kaum apa yang menetap di situ kerana nanti disifatkan sebagai rasis pula. Setelah saya menghabiskan masa kirta-kira 20 minit mencari dan bertanya kepada lima orang, akhirnya

Salam Aidil Fitri

Imej
Salam Aidilfitri daripada ADUN Semenyih, YB Tuan Haji Johan Abdul Aziz

Kemalangan Motosikal

Imej
Malang Tidak Berbau Berlaku dua kemalangan melibatkan penunggang motosikal dalam tempoh kira-kira 30 minit (24 Ogos) daripada kemalangan pertama (gambar bawah) Kemalangan kedua berlaku kira-kira 810 pagi melibatkan seorang penunggang motosikal perempuan di Jalan Kajang - Semenyih manakala kemalangan pertama di susur keluar Lebuhraya Lekas berhampiran flyover Pasaraya Billion. Bagi kemalangan pertama, mangsa menerima bantuan daripada ambulan kira-kira setengah jam selepas kemalangan. Motosikal mangsa dilihat telah terkeluar (atau terpelanting) daripada penghalang jalan dan terdampar di atas rumput. Dilaporkan, keadaan kecederaan amat membimbangkan tetapi penulis tidak mendapat gambaran jelas kerana tidak dapat memberi pertolongan ketika melalui kawasan kemalangan itu. Penulis sendiri membantu mangsa kedua kerana kebetulan berada di belakang mangsa. Saya sempat menyapa pemandu kenderaan tersebut dan beliau telah menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kemalangan diperc

Bukit Broga - Destinasi Pelancongan Baru

Imej
Lihat di sini: http://semenyih-baru.blogspot.com/2010/08/bukit-broga-destinasi-pelancongan-baru.html Destinasi riadah dan pelancongan baru di  Semenyih ialah Bukit Broga, kira-kira 10 minit pemanduan dari Pekan Semenyih. Selepas pekan, ikut simpang ke Broga atau berpandu  kepada papan tanda Universiti Nottingham. Bukit Broga terletak selepas Universiti Nottingham dan bersempadan dengan Negeri Sembilan. Bersambung....

Semenyih

Imej
Sebuah pekan bernama Semenyih , kira-kira 35 km dari Kuala Lumpur atau 32 km dari Seremban terletak di selatan negeri Selangor Darul Ehsan. Juga sejauh 22 km dari Pusat Pentadbiran Kerajaan Putra Jaya. Akses  utamanya ialah jalan raya (lama) Kajang - Beranang - Seremban atau melalui rangkaian lebuh raya LEKAS, PLUS  atau Kajang SILK di mana pengguna perlu melalui susur keluar/susur masuk  di beberapa interchange seperti di Pajam, Nilai, Bandar Baru Bangi atau Kajang. Malah, Semenyih juga boleh dihubungi melalui Jalan Kuala kelawanag - Jelebu Negeri Sembilan dan juga Hulu Langat, Selangor Terletak pada ketinggian pada 43 meter dari aras laut, Semenyih ialah salah satu daripada enam (6) buah mukim di daerah Hulu Langat  iaitu Hulu Semenyih, Beranang, Kajang, Cheras dan Hulu Langat. Mukim Semenyih dianggarkan mempunyai 49,076 orang penduduk. Sebagai salah sebuah kawasan di Daerah Hulu Langat, Semenyih ditadbir oleh Majlis Perbandaran Kajang (MPKj). Semenyih dikategorikan sebagai kaw