Kemalangan Motosikal

Malang Tidak Berbau



Berlaku dua kemalangan melibatkan penunggang motosikal dalam tempoh kira-kira 30 minit (24 Ogos) daripada kemalangan pertama (gambar bawah) Kemalangan kedua berlaku kira-kira 810 pagi melibatkan seorang penunggang motosikal perempuan di Jalan Kajang - Semenyih manakala kemalangan pertama di susur keluar Lebuhraya Lekas berhampiran flyover Pasaraya Billion.
Bagi kemalangan pertama, mangsa menerima bantuan daripada ambulan kira-kira setengah jam selepas kemalangan. Motosikal mangsa dilihat telah terkeluar (atau terpelanting) daripada penghalang jalan dan terdampar di atas rumput. Dilaporkan, keadaan kecederaan amat membimbangkan tetapi penulis tidak mendapat gambaran jelas kerana tidak dapat memberi pertolongan ketika melalui kawasan kemalangan itu.
Penulis sendiri membantu mangsa kedua kerana kebetulan berada di belakang mangsa. Saya sempat menyapa pemandu kenderaan tersebut dan beliau telah menghantar mangsa untuk mendapatkan rawatan perubatan. Kemalangan dipercayai berlaku disebabkan pemandu kenderaan pickup tidak memberi lampu isyarat untuk masuk atau membelok ke kira di hadapan Bilik Pameran Mazda.

Pengguna jalan raya hendaklah sentiasa memandu dengan cara yang selamat, mengikut peraturan dan mengutamakan keselamatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai