Khamis, 26 Ogos 2010

Mahkamah Sesyen Semenyih

Wahai kakitangan/pegawai kerajaan,
Jika pejabat berpindah, tolonglah maklumkan...

Pada 26 Ogos 2010 saya mempunyai urusan yang boleh saya selesaikan di mana-mana mahkamah di Selangor atau di mana-mana sahaja.  Bagaimanapun, saya memilih untuk berurusan di Mahkamah Sesyen Semenyih yang terletak  bedekatan Sekolah Menengah Ungku Hussein. Disebabkan inilah pertama kali saya ke situ, maka saya tidak dapat menemui mahkamah tersebut dengan cepat  kerana hanya terdapat satu papan tanda sahaja yang diletakkan di Jalan Besar Semenyih.

Bertanya dengan beberapa orang penduduk di situ pun tidak dapat membantu kerana masing-masing mengatakan "tidak tahu". Pelik, sama ada mereka benar-benar tidak tahu atau itu sebenarya sikap kiasau mereka yang tidak suka menolong atau membantu. Tidak pelulah saya sebut majoriti kaum apa yang menetap di situ kerana nanti disifatkan sebagai rasis pula.

Setelah saya menghabiskan masa kirta-kira 20 minit mencari dan bertanya kepada lima orang, akhirnya saya bertemu dengan Pusat Tahanan Imigersen Semenyih. Mahkamah Sesyen yang saya cari sepatutnya terletak di dalam kawasan itu bersama-sama Pejabat Imigeresen yang menguruskan pentadbiran orang-orang  PATI yang ditahan di situ.
Papan tanda/penunjuk arah (kiri) dan laluan ke Pusat Tahanan PATI
Bagaimanapun keseluruhan pusat tahanan itu tidak beroperasi kerana kerja-kerja pembangunan dan naiktaraf sedang dilaksanakan.  Pejabat Imigeresen juga tidak beroperasi tetapi saya tidak menemui apa-apa tanda yang menunjukkan wujudnya Mahkaham Sesyen di situ. Kata beberapa orang pekerja, kedua-dua pejabat berkenaan telah berpindah tetapi tidak diketahui di mana. Tiada apa-apa pemberitahuan atau notis yang diletakkan di situ untuk memberitahu orang ramai. Yang peliknya, papan tanda di Jalan Besar Semenyih masih tersergam menunjukkan  di situ wujudnya mahkamah berkenaan.

Senario ini saya paparkan untuk menunjukkan betapa tidak pedulinya pegawai dan kakitangan kerajaan yang berkaitan. Sepatutnya, makluman diletakkan di  tempat yang sesuai untuk makluman orang ramai khususnya yang mempunyai urusan. Sepatutnya juga papan tanda Mahkahah Sesyen itu ditanggalkan buat sementara waktu agar tidak mengeliru atau menyusahkan orang ramai jika ia telah berpindah.

Dalam  kekalutan kakitangan kerajaan melalui Cuepacs yang memohon kenaikan gaji, pelbagai elaun dan bonus, orang ramai masih tidak nampak berlakunya anjakan paradigma yang  sepadan di kalangan sebahagian besar penjawat awam. Keluh-kesah di kalangan orang ramai  masih kedengaran yang tidak berpuas hati dengan mutu atau cara bekerja kakitangan atau penjawatn awam.

Di manakah slogan  "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" menjadi budaya kerja penjawatm awam? Jik pun ada dihayati,  pencapainnya amatlah mendukacitakan.  Dan hasrat kerajaan untuk menjana transformasi  adakah boleh dicapai?

Maka, selepas gagal menemui Mahkaham Sesyen,  saya berfikir untuk berurusan pula di Pejabat Penghulu Mukim Semenyih. Pejabat Penghulu terletek di (bangunan) Kompleks Penghulu Semenyih,  bersebelahan Balai Polis Semenyih.

Ketika saya datang grill Pejabat Penghulu berkunci. Terdapat seorang Pembantu Tadbir wanita di situ bersama anak kecilnya. Saya berkomunikasi dengan beliau melalui celah-celah grill umpama kita berhubung dengan banduan di penjara  ketika sesi melawat diadakan.

"Penghulu keluar ke Pejabat Daerah", katanya dengan nada yang lembut dan  suara itu dapat menyejukkan sedikit kehangatan yang mula membakar tubuh badan saya. Alhamdulillah. Namun begitu saya ingin memuji sikap Pembantu Tadbir berkenaan kerana melayan saya dan menghubungi Penghulu untuk merujuk masalah yang saya kemukakan.
 Perhatikan bulatan dan kotak merah dan Pembantu Tadbir yang berdiri itu  sedang menggunakan telefon.

Secara kebetulan mungkin, kira-kira lima minit selepas itu, Dato Penghulu yang berjau "T"  putih berlogokan kerajaan Negeri Selangor serta berseluar jeans tiba dengan seorang Ketua Kampung - saya  tidak pasti beliau dari kampung  mana. Namun syukur, urusan saya dapat diselesaikan dalam tempoh kurang dari 10 minit. Sebaik sahaja urusan saya selesai, Dato Penghulu pun meningglkan pejabatnya. Kurang pasti bila pula Dato penghulu akan berada semula di pejabatnya......

Berselisih dengan Dato Penghulu ketiaka saya keluar, sengaja saya  bertanya beliau, "jadi ke PM nak datang Dato?". Saya difahamkan, PM dikatakan akan melawat sebuah kampung di Semenyih tetapi maklumat lanjut belum diketahui.


 "Entah, saya kurang pasti", katanya semacam acu tak acu sahaja.
Ooooo, (lupa nak sebut di atas) Pembantu Tadbir yang manis itu  membuka mangga grill sebaik Dato Penghulu tiba dan saya pun boleh  masuk. Terima kasih.

Nota: Penghulu Mukim Semenyih ialah Adzman Bin Omar
 

1 ulasan:

  1. terima kasih atas maklumat. saya baru berkira2 nak ke mahkamah seksyen semenyih untuk urusan angkat sumpah.....

    BalasPadam