Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2012

Tema dan Logo Hari Kebangsaan

Imej
Logo sambutan Hari Kebangsaan mula diperkenalkan pada tahun 1976. Sebelum itu, perayaan Hari Kebangsaan pada setiap 31 Ogos hanya menggunkan tema sahaja. Pada mulanya, penciptaan logo Hari Kebangsaan dibuka kepada umum sebagai satu pertandingan. Tema: 1970: Muhibah dan Perpaduan 1971: Masyarakat Progresif 1972: Masyarakat Adil 1973: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia ... 1974: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan 1975: Masyarakat Berdikari 1976 1976: Ketahanan Rakyat 1977: 20 Tahun Bersatu Maju 1978: Kebudayaan Sendi Perpaduan 1979: Bersatu Berdisiplin 1980: Berdisiplin Berbakti 1981: Bersidiplin Berharmoni 1982: Berdisiplin Giat Maju 1983: Bersama Ke Arah Kemajuan 1984: Amanah Asas Kejayaan 1985 1985: Nasionalisme Teras Perpaduan 1986: Bangsa Tegas Negara Teguh 1987: Setia Bersatu Berusaha Maju 1988: Bersatu 1989: Bersatu 1990: Berjaya 1991: Wawasan 2020 1992: Wawasan Asas Kejayaan 1993: Bersatu Menuju Wawasan 1994: Nilai Murni Jayakan Wawasan 19

Merdeka Raya Selangor FM

Imej
Konvoi Merdeka Raya Radio Selangor FM singgah di Beranang 23 Julai 2012 sebelum meneruskan perjalanan ke Stesyen RTM Seremban, Negeri Sembilan. Di Beranang, ketibaan konvoi yang diketuai oleh Dr Shafik Alfonso telah disambut oleh ADUN Semenyih , Datuk Hj Johan Abd Aziz. Majlis Sambutan ketibaan ketibaan konvoi di Beranang turut meriah dengan penyampaian bantuan Ramadhan kepada golongan yang kurang berkemampuan serta penyampaian Netbook 1Malaysia kepada 146 orang pelajar sekolah menengah di sekitar kawasan Semenyih. Penyampaian netbook adalah di bawah program Suruhajaya Komuniaksi dan Multimedia (SKMM) ke arah merapatkan jurang digital. Wartawan RTM Selangor, Cik Shamisah menemuramah ADUN Semenyih Sumbangan Ramadhan disampaikan oleh Selangor FM, ADUN Semenyih dan juga Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) berupa barang-barang makanan dan juga wang tunai. Sebagai simboliknya, Dr Shafik juga telah menyumbangkan sebanyak 20 batang tongkat kepada warga emas.

Sukan Tahunan SK Semenyih ke-47

Imej
15 Julai lepas, di Padang Awam Semenyih telah berlangsungnya Sukan Tahunan SK Semenyih kali ke-47 dirasmikan oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Lebih 1,000 murid  yang mewakili empat buah rumah sukan hadir menjayakan sukan tahunan itu. Turut dipersembahkan ialah senamrobik 1Sukan, 1Sekolah 1Malaysia yang dijayakan oleh 192 orang murid. Datuk Johan pada ucapan perasmiannya berharap SK Semenyih akan terus gemilang dan berjaya melahirkan bakat-bakat sukan selain menjuarai bidang akademik. Majlis berlangsung dengan meriah itu turut dihadiri ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan.   Facebook SK Semenyih: https://www.facebook.com/people/Warga-Sk-Semenyih-Selangor/100000490541408

Futsal - Gelanggang Baru

Imej
Dua lagi Gelanggang Futsal 1Malaysia siap dibina di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih (DUN) menjadikan enam buah kesemuanya. Gelanggang baru itu yang bernilai RM150.000 setiap satu terletak di Taman Desa Mewah dan Kampung Sentosa yang dipohoan oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz. Datuk Johan berkata, beliau akan terus memohon peruntukan untuk membina gelanggang serupa jika mendapat lokasi yang sesuai dan dibenarkan oleh pihak berkuasa kerajaan tempatan. Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pertandingan Futsal 1Malaysia Parlimen Hulu Langat yang berlangsung serentak di kedua-dua gelanggang baru tersebut pada 15 Julai 2012. Sebanyak 32 pasukan menyertai pertandingan itu yang menawarkan hadiah wang tunai RM2,000 kepada johan, RM1,500 tempat kedua dan RM1,000 tempat ketiga dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Hulu Langat.

KKR1M

Imej
Kedai Kain Rakyat 1Malaysia (KKR1M) dilancarkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak di hadapan lebih 5,000 penduduk Hulu Langat pada 14 Julai 2012. Premis KKR1M itu terletak di Taman Lagenda Suria, Hulu Langat Selangor merupakan yang pertama seumpamanya dalam siri kedai kain 1Malaysia. Perdana Menteri berkata, tidak semua permohonan untuk menggunakan jenama 1Malaysia terutama bagi tujuan perniagaan dipersetujuinya kerana, perrmohonan perlu mematuhi kriteria yang ditetapkan. Yang penting, kedai 1Malaysia perlu mendahulukan rakyat, harga yang murah berbanding harga pasaran dan barang-barang yang dijualnya  diperlukan oleh rakyat.  

Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia

Imej
Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak akan merasmikan Kedai Kain Rakyat 1 Malaysia (KKR1M) pada 14 Julai 2012 jam 11 pagi. Majlis akan berlangsung sempena pembukaan kedai kain berkenaan di: No 1, Jalan Lagenda Suria, Taman Lagenda Suria, 43100 Hulu Langat Selangor. Orang ramai dijemput hadir selain berpeluang mendapat kain percuma juga boleh membelinya dengan potongan harga hingga 30 - 40 peratus.

Pemandu Hantu

Imej
Pemandu hantu lazimnya dikaitkan dengan pemandu yang tidak mengikut peraturan, baik kenderaan ringan mahupun kenderaan berat. Dahlah hantu, bawa kenderaan macam pelesit. Gambar ini pula menunjukkan pembahagi (divider) jalan yang baru siap dua hari lalu pecah/rosak dilanggar oleh pemandu hantu  kenderaan berat yang suka membuat pusingan U di sebuah simpang di Taman Desa Mewah dan Bandar Sunway Semenyih. Ia disondol oleh pemandu kenderaan berat - yang bawa simen, bawa tanah, pasir dan macam-macamlah yang berat. Ia bukan sahaja meroskakan jalan tetapi mengancam keselamatan pengguna jalan yang lain. Penduduk kawasan sekitar memaklumkan, berpuluh-puluh kenderaan membuat pusingan U di  situ dan telah banyak kali berlaku kemalangan seperti  kemalangan membabitkan pelajar sekolah pada 12 April 2011 seperti gambar di bawah: Penduduk sudah membuat bantahan termasuk menubuhkan Jawatankuasa Bertindak dan telah mengadakan perbincangan dengan Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) dan j
Imej
TEKS UCAPAN Y.B DR. HAJI MOHD PUAD BIN HAJI ZARKASHI TIMBALAN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA “MAJLIS UCAPACARA PECAH TANAH SK BANDAR SUNWAY SEMENYIH”   Tarikh             : 7 Julai 2012 (Sabtu) Masa               : 10.00 Pagi Tempat           : Bandar Sunway Semenyih, Selangor.   Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi   Wabarakatuh,   1.               Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kerana   jawatankuasa pengelola upacara pecah tanah Sekolah Kebangsaan   Ba ndar Sunway Semenyih sudi mengundang saya ke majlis ini.   Saya berasa terharu dengan   jemputan ini dan   teruja dengan sambutan masyarakat Semenyih pada majlis pagi ini.   Saya berdoa semoga Allah melimpahai rahmat dan hidayah-Nya kepada tuan-puan sekalian.   Tuan puan yang dihormati,   2.               Kehadiran saya di Semenyih hari ini bukanlah yang pertama kali kerana sebelum ini juga saya sudah hadir di beberapa lokasi di Hulu Langat sama ada merasmikan program

Jelajah Janji Ditepati

Imej
Perdana Menteri, YAB Dato Seri Mohd Najib Tun Hj Abd Razak akan menemui masyarakt sekitar Parlimen Serdang dan Hulu Langat di bawah program "Jelajah Janji Ditepati" di Kampung Teras Jernang, Bangi, Selangor 7 dan 8 Julai ini. Pelbagai program akan berlangsung, antaranya ialah Forum Perdana Ehwal Islam, Motorcross , walkabout , penyampaian sumbangan dll bermula jam 8.00 pagi Maklumat lanjut akan menyusul.

Pecah Tanah SK Bandar Sunway Semenyih

Imej
Orang ramai yang tinggal berdekatan Bandar Sunway Semenyih, Taman Desa Mewah dan sekitarnya dijemput untuk makan tengahari bersama Timbalan Menteri Pelajaran, YB Dr Hj Puad Zarkashi  yang hadir menyempurnakan majlis pecah tanah pada 7 Julai 2012, pada jam 9.30 pagi. Latarbelakang: (Nota: Gambar-gambar dipapar ialah pandangan perspektif pelukis. Rekabentuk yang serupa akan terbina) Pada Disember 2010, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Hj Puad Zarkashi telah melakukan lawatan kerja ke beberapa buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri Semenyih. Dalam lawatan itu yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri  (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz,  beliau telah mengumumkan pembinaan Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Sunway Semenyih di bawah peruntukan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10). Pengumuman itu telah disambut positif oleh penduduk d kawasan berhampiran terutama Bandar Sunway dan Taman Desa Mewah. Ketika ini, anak-anak mereka bersekolah sama ada d

Maaf, sangat lama tidak dikemaskini

Mohon maaf disebabkan hambatan tugas, blog ini hampir setahun tidak dikemaskini. Insya Allah, mulai Julai ini, kemas kini akan dibuat dari masa ke semasa. Terima kasih