Catatan

Tunjukkan catatan dari 2014

Jalan Pintas Sungai Purun, Semenyih

Imej
Dijangkakan, kesesakan trafik yang dialami pengguna jalanraya antara Bandar Rinching dan Semenyih akan dapat diatasi menjelang Jun 2015 sebaik jalan alternatif, Setia Ecolink siap sepenuhnya. Jalan sejauh 1.8 km itu menghubungkan Lebuh Raya Lekas di simpang Sungai Purun ke persimpangan Setia Echohill di Bandar Rinching.    Datuk Hj Johan Abd Aziz menunjukkan sesuatu kepada Wartawan ketika melakukan lawatan kerja pada 10 Sept 2014 lepas Pembinaannya dipohon oleh Ahli Dewan Undangan  Negeri (ADUN) Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz sebagai penyelesaian jangka pendek kesesakan di kawasan Semenyih. Ketika ini, kesesakan teruk terjadi pada waktu puncak dan hujung minggu antara simpang Taman Paling Jaya sehingga simpang lampu isyarat Bandar Rinching berhampiran Kem Polis Gerakan Am (PGA). Sebelah kanan Datuk Johan ialah En Mohd Noor, Timbalan Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Langat Baru-baru ini, Datuk Hj Johan Abd Aziz melakukan lawatan kerja

Lagi, Nahas di Bukit Broga

Imej
13 Sept 2014, Sabtu. Pasukan Bomba dan Penyelamat, Balai Bomba Semenyih berjaya menyelamatkan seorang pendaki yang tercedera ketika menuruni bukit itu tengahari ini. Mangsa, seorang wanita 30-an tahun yang bersama 25 rakan yang lain memulakan pendakian pada waktu pagi dalam keadaan hujan lebat. Keadaan laluan berbukit menjadi terlalu licin, sekaligus menyukarkan pendakian dan penurunan. Bagaimanapun, ketika menuruni bukit, mangsa dipercayai telah dirempuh oleh seorang pendaki yang tidak dikenali menyebabkan beliau tersungkur, mengakibatkan kecederaan pada kaki kananya. Mangsa dilapor mengalami patah kaki. Turut dirempuh ialah rakanya seorang lelaki yang terseliuh di kaki.   Laluan berlumpur sebelum sampai ke kaki Bukit Broga. Keadaan begini bahaya kepada pendaki Usaha rakan-rakan sekumpulan yang datang dari kuala Lumpur dan Putrajaya hanya mampu mendukung secara bergilir-gilir mangsa lelaki yang kemudiannya dihantar ke Hospital kajang oleh ambulan Klinik Kesihatan Bera

Pegawai Bomba Bantuan

Imej
Amat membanggakan. Syabas dan tahniah. Tiga anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang pertama di Malaysia adalah penduduk Semenyih. Perlantikan rasmi ketiga-tiga mereka, (1) PBB 1001 Mohd Yusof Shafee Mohamad atau dikenali dnegan panggilan Yusof Bomba, (2) PBB 1002 Mohd Najib Norizan (3) PPB 1003 Mohd Shahrul Azri Abd Aziz (gambar) akan disempurnakan esok, 4 Mei 2014 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, TS Muhiddin Yassin sempena Hari Bomba Sedunia Di Dataran Merd eka , Kuala Lumpur. Kerajaan mensasarkan untuk melantik seramai 15,000 anggota bomba bantuan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan Mukim Semenyih menjadi perintis. PBB akan dibayar elaun sebanyak RM6.00 sejam jika dipanggil bertugas. Jumlah ini menyamai, kadar-kadar elaun yang ditetapkan untuk anggota bantuan jabatan-jabatan yang lain spt Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan malaysia (RELA) dan Askar wataniah (AW). Klik sini untuk maklumat berkaitan  Tema H ari Bomba S

MH370

Imej
  #Doa untuk MH370 Bismillah hiraham ni rahim.... Ya Allah, kau lindungilah keselamatan semua penumpang dan anak kapal Penerbangan Malaysia MH370. Andainya mereka masih bernafas, kau peliharalah mereka dan kembalikan mereka dalam keadaan yang biasa. Limpahkanlah juga  kesihatan yang baik kepada ahli keluarga mereka serta kepada anggota pasukan penyelamat yang sednang berusaha mencari pesawat yang hilang itu. kau permudahkanlahs egala urusan tersebut. Mudah-mudahan dengan ehsan kau ya Allah,  pesawat ini dtemuia segera dan selamat. Hanya engkau ya Allah yang maha mengetahui  apa yang sebenarnya berlaku. Amin....

"Stompers" - Kugiran, Pancaragam Masa Kini ?

Imej
Muzik menggunakan baldi, tong air, tudung periuk, cawan dan pinggan besi, tong sampah serta lain-lain. Saya baru melihat sekumpulan anak-anak muda yang mendendangkan irama muzik  menggunakan peralatan rumah atau peralatan dapur. Muzik yang dimainkan agak menarik dan dipersembahkan baik di majlis rasmi atau santai oleh anak-anak muda lekaki dan perempuan. Pasukan yang dikenali sebagai Stompers, mereka ialah gabungan penuntut beberapa buah Kolej Komuniti di Selangor, ketika rakaman mempamerkan persembahan di Kompleks Metro Point Kajang. Persembahan mereka boleh dibanggakan dan ternyata anak-anak muda itu berkebolehan dan berbakat dan tentulah ia menjalani latihan rapi. Agaknya inilah pasukan kugiran atau pancaragam masa kini. Saya berikan empat (4) bintang! Syabas anak-anak muda. Lihat gambar-gambar yang sempat saya rakamkan:

Dengi - Maslaah Tak Selesai

Lokasi semasa  Wabak Denggi dalam daerah Hulu Langat  (bertarikh 10 Feb 2014) 1) Kolej Kemahiran Mara Beranang 2) Appt 16c Seksyen 16 Bandar Baru Bangi 3) Appt Sri Anggerik Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 4) Appt Sri Tanjung Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 5) Jalan 4/11 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi 6) Kampung Sungai Tangkas 7) Seksyen 3 Bandar Teknologi 8) Jalan Puncak 3 Taman Puncak Saujana 9) Jalan 4/5 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi 10) Jalan Tkp 1-14 Taman Kantan Permai 11) Jalan 3/29-33 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi 12) Jalan 7/3 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 13) Lorong Aman Taman Kajang Utama 14) Jalan 4/7 Seksyen 4 Bandar Baru Bangi 15) Jalan 7/2 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 16) Jalan 3/13-22 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi 17) Jalan 7/5 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 18) Blok Awam Taman Desa Baiduri 19) Appt Pahlawan Taman Tun Perak 20) Appt Taman Impian Indah 21) Jalan Cj 4 Taman Cheras Jaya 22) Blok Aa-Aj Pandan Indah 23) Appt Taman Cahaya 24) Jalan Ha

Nuraina Humaira Kamal Bahrin - Johan Majlis Tilawah al-Quran 2013

Imej
Harian Metro, 29 Jan 2014  Adik Nuraina Humaira Kamal Bahrin, ketika berusia 12 tahun pada 2013, dinobatkan sebagai Johan Qariah Majlis Tilawah al-Quran (MTQ) Sekolah-sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan, bawah 12 tahun. Beliau ketika itu belajar di SK Semenyih. Kini, adik Humaira berada di Tingkatan 1, SMK Bandar Tasik Kesuma. Pada 16 Jan 2014 yang lalu, beliau telah diundangg menyampaikan bacaan ayat-ayat suci di hadapan lebih 2,000 orang pada majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat DUN Semenyih. Majlis itu turut dihadiri oleh ADUN Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz dan penceramah bebas, Ustaz Dr Fathul Bari Mat Jahaya.  Pada majlis yang sama juga, beliau telah menerima Sijil Anugerah Maludiur Rasul di atas kejayaannya sebagai Johan Tilawah yang disampaikan oleh Datuk Hj Johan Abd Aziz. Syabas dan tahniah kepada adik Nuraina Humaira semoga cemerlang dalam pelajaran hingga ke menara gading. Dalam peperiksaan UPSR 2013, Humaira memperolehi keputusan