Sabtu, 3 Mei 2014

Pegawai Bomba Bantuan

Amat membanggakan. Syabas dan tahniah.


Tiga anggota Pegawai Bomba Bantuan (PBB) yang pertama di Malaysia adalah penduduk Semenyih. Perlantikan rasmi ketiga-tiga mereka, (1) PBB 1001 Mohd Yusof Shafee Mohamad atau dikenali dnegan panggilan Yusof Bomba, (2) PBB 1002 Mohd Najib Norizan (3) PPB 1003 Mohd Shahrul Azri Abd Aziz (gambar) akan disempurnakan esok, 4 Mei 2014 oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, TS Muhiddin Yassin sempena Hari Bomba Sedunia Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Kerajaan mensasarkan untuk melantik seramai 15,000 anggota bomba bantuan di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun akan datang dengan Mukim Semenyih menjadi perintis. PBB akan dibayar elaun sebanyak RM6.00 sejam jika dipanggil bertugas. Jumlah ini menyamai, kadar-kadar elaun yang ditetapkan untuk anggota bantuan jabatan-jabatan yang lain spt Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Sukarelawan malaysia (RELA) dan Askar wataniah (AW).

Klik sini untuk maklumat berkaitan

 Tema Hari Bomba Sedunia
"Inovatif dan Integriti Pemacu Transformasi"

1 ulasan: