Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2013

Tangkap Anjing

Apakah cara  ini yang terbaik?

Pendaftaran Permohonan Rumah Mampu Milik

Imej
Ini adalah satu usaha yang dilakukan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, YB Datuk Hj Johan Abd Aziz dengan pihak swasta selaku pemaju. Rumah ini ialah rumah bertingkat terletak di Kajang dan Semenyih. Pendaftaran terbuka kepada penduduk di daerah Hulu Langat yang: 1. Telah berkeluarga 2. Belum memiliki rumah 3. Menetap di kawasan Hulu Langat 4. Berpendapatan tetap (anggaran 3,500 ke bawah) 5. Layak mendapat pinjaman bank Nota: Borang boleh dimuaturun dan kembalikkan kepada Pejabat UMNO Hulu Langat atau di Pejabat ADUN (BN) Semenyih

Kebakaran Madrasah Tahfiz al-Falah, Kampung Sesapan Kelubi, Beranang

Imej
  Kebakaran melibatkan bilik penginapan berlaku antara 10.30-11.00 pagi 17 sept 2013. Mujur pada ketika itu, pelajarnya seramai lima (5) orang sedang berada di surau yang bersebelahan daripada tempat kebakaran. Kesemua pelajar dan pengajar selamat dan mereka telah diarah pulang ke rumah masing-masing.   Dua buah kereta bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang masing-masing satu daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan tempat penginapan dan juga peralatan. seperti  empat buah komputer, alat siaraya, peralatan harian pelajar dan lain-lain dipercayai berpunca daripada litar pintas.       Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz melawat madrasah berkenaan pada jam 11.00 pagi 18 Sept untuk meninjau bantuan segera yang boleh disalurkan.         Kebakaran berlaku di sebelah kanan surau ini. Syukur, surau ini selamat

Panduan Mengguna Kad Prabayar Telefon atau Internet di Arab Saudi

Imej
Penggunaan Kad Sim Tempatan Untuk Smartphone Para jemaah haji atau umrah Malaysia yang berada di Arab Saudi sama ada di Mekah atau Madinah, boleh membeli kad sim prabayar tempatan untuk digunakan dalam telefon masing-masing. Antara syarikat telefon tempatan ialah Saudi Telecom Company (STC), Zain KSA (Zain) atau Mobily Saudi Arabia (Mobily) Menggunakan perkhidmatan roaming kad sim/operator  telefon Malaysia di Arab Saudi sama ada untuk data atau suara adalah agak mahal. Menggunakan kredit yang dimasuk terus untuk melayar internet/perisian smartphone juga  akan menyebabkan kehabisan kredit dengan cepat. Sila ikuti langkah-langkah di bawah.      Saya mencadangkan jemaah menggunakan kad sim prabayar Mobily  dengan harga serendah 10SR. Kad ini banyak dijual di Lapangan Terbang Jeddah atau wakil-wakil penjual di Mekah dan Madinah. Kad topup pula dalam nilai 10SR, 30SR, 50SR dan100SR. Pejabat/kios syarikat-syarikat telefon terletak berhampiran Masjidil Nabawi di Madina

Awas - Kawasan Wabak Denggi

Imej
Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat (Link: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor ) memaklumkan 33 lokasi di Daerah Hulu Langat telah disitihar sebagai kawasan wabak demam denggi pada 9 Sept 2013. Gambar hiasan: Memelihara kebersihatan persekitaran dapat mengatasi denggi Kawasan berkenaan ialah: 1. Appt Vista Bandar Sri Putra 2. Appt Taman Putra Kajang 3. Taman Damai Mewah 4. Jalan Pahlawan Bandar Mahkota Cheras 5. Jalan 3/58-62 Seksyen 3 Bandar Baru Bangi 6. Taman Tenaga 7. Seksyen 6 Bandar Tasik Kesuma 8. Jalan 3/8-3/10 Pandan Jaya 9. Jalan 7/5 Seksyen 7 Bandar Baru Bangi 10. Appt Seksyen 1 Bandar Teknologi 11. Jalan 15/1 Seksyen 15 Bandar Baru Bangi 12. Taman Bangi Permai 13. Pangsapuri Sri Rinching 14. Appt Taman Prima Cempaka 15. Jalan 3/13A-C Seksyen 3 Taman Kajang Utama 16. Seksyen 3 Bandar Teknologi 17. Appt Taman Bukit Kenangan 18. Rumah Kedai Seksyen 3 Taman Kajang Utama 19. Jalan Jasmin 23-32 Taman Jasmin 20. Appt Taman Bukit Mutiara 21. Jalan 2 Tama