Kebakaran Madrasah Tahfiz al-Falah, Kampung Sesapan Kelubi, Beranang

Kebakaran melibatkan bilik penginapan berlaku antara 10.30-11.00 pagi 17 sept 2013. Mujur pada ketika itu, pelajarnya seramai lima (5) orang sedang berada di surau yang bersebelahan daripada tempat kebakaran. Kesemua pelajar dan pengajar selamat dan mereka telah diarah pulang ke rumah masing-masing.
 
Dua buah kereta bomba dikejarkan ke lokasi kejadian yang masing-masing satu daripada Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dan Balai Bomba Bandar Baru Bangi. Kebakaran telah memusnahkan keseluruhan tempat penginapan dan juga peralatan. seperti  empat buah komputer, alat siaraya, peralatan harian pelajar dan lain-lain dipercayai berpunca daripada litar pintas.
 
 
 
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz melawat madrasah berkenaan pada jam 11.00 pagi 18 Sept untuk meninjau bantuan segera yang boleh disalurkan. 
 
 
 
Kebakaran berlaku di sebelah kanan surau ini. Syukur, surau ini selamat

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai