Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2015

Pernikahakan Saudara Baru

Imej
Mengislanmkan seseorang bukanlah suatu perkara atau pekerjaan yang sukar. Islam sendiri tidak menyulitkan kepada mana-mana orang yang hendak menganuti agama suci itu. Tetapi sebaliknya, Islam sangat menegah sesoerang yang telah beriman untuk kufur atau keluar daripada Islam. Lantaran itu, ramai yang telah di Islamkan  di mana-mana jua. Namun, permasalahan yang timbul ialah kesanggupan para pendakwah kita (pendakwah Islam) untuk memimpin mereka menghayati dan menlaksanakan kewajipan sebagai seoranhg Islam sehingga mereka mampu berdikari dan dapat mengamalkan cara hidup Islam dengan sempurna. Menyedari perkara itu, beberapa pertubuhan bukan kerajaan baru-baru ini telah mengadakan majlis pernikahan (semula) saudara baru Orang Asli di Kampung Orang Asli Sungai Lalang, Semenyih, Selangor. Usaha itu dicetuskan oleh saudara Hamdan Othman, seorang Wartawan Malaysia Gazzete dengan kerjasama Jabatan Kebajikan  Orang Asli (JKOA), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),  Jabatan Kehakiman Sy