Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2015

Setia EcoHill Link - Jalan Penghubung Sungai Purun - bandar Rinching

Imej
Jalan Penghubung (jalan alternatif) antara Sungai Purun berhampiran susur keluar Lebuhraya LEKAS di Jalan Bangi Lama ke Bandar Rinching (selepas Tesco Semenyih) dikenali sebagai Setia EchoHill Link dijangka dibuka kepada orang awam  selewat-lewatnya Julai 2015. Kerja-kerja akhir sedang giat dilaksakanan oleh pemajunya, Ecosetia Sdn Bhd. Sumber yang diperoleh daripada pemaju, pembukaan dan perasmian jalan bertingkat  berharga RM70 juta itu  mungkin dilakukan pada awal bulan Julai ini memandangkan selepas itu umat Islam sudah menjalani ibadat puasa. Lazimnya,  pada waktu petang bulan Ramadhan, kesesakan trafik berganda daripada hari-hari biasa.  Persimpangan bertingkat Sungai Purun yang hampir siapa Jun ini Ahli Dewan Undangan Negeri Semenyih, Datuk Hj Johan Abd Aziz  dipetik sebagai berkata, beliau sangat mengambil berat agar taman-taman baru yang dibangunkan di Semenyih mesti membina jalan keluar masuk masing-masing bagi mengurangkan kesesakan yang semakin mer

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Kegiatan kuari di Hulu Langat telah ujud sejak sekian lama dan ada di antaranya,  operasi kuari hanya akan tamat selepas 30 tahun permit dikeluarkan. Terdapat 11 buah syarikat yang diberikan kebenaran mengusahkan kuari di daerah Hulu Langat, masing-masing beroperasi di Hulu Langat, Kajang dan Semenyih melibatkan keluasan tanah yang sangat besar...   Artikel ini akan saya sempurnakan sedikit masa lagi. Pembaca yang mempunyai atau ingin berkonsgi  maklumat mengenai perkara ini, boleh email kepada saya: semenyihbaru@gmail.com   Terima kasih

Wanita - Tips keselamatan Untukmu

Imej
Mohon sebarkan kepada semua kenalan wanita dalam jagaan anda atau yang anda kenal. Menyebarkan info sebegini adalah usaha yang paling "lemah" yang kita bo leh lakukan untuk tujuan sosial dan moral demi keselamatan wanita.    Nota: Info ini dikongsi daripada sumber lain yang tidak dinyatakan.   Wanita - gambar sekadar hiasan 1. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati dirinya berada dalam situasi; di mana dia berada bersama seorang lelaki yang mencurigakan sewaktu menaiki lif di sebuah apartment pada lewat malam? Tindakan: Masuk lif dan tekan butang setiap tingkat sehingga ke aras rumah anda. Tiada siapa akan berani menyerang anda didalam lif yang berhenti di setiap tingkat. 2. Apa yang perlu seorang wanita lakukan jika dia mendapati seorang yang tidak dikenali menceroboh masuk dan cuba menyerangnya sewaktu bersendirian di dalam rumah? Tindakan: Lari ke dapur. Anda tahu di mana serbuk cili atau kunyit di simpan. Atau di mana pisau dan pinggan bera

Akibat Pusing U Di Simpang 3 dan Laju

Imej
Tanggal 10 April 2015  berlaku lagi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, Toyota Wish, Perodua Myvi dan Perodua Viva di simpang tiga Taman Desa Mewah - Bandar Sunway Semenyih. Saksi memberitahu, sebuah kereta yang membuat pusingan "U" di simpang itu telah menjadi punca kemalangan. Kejadian berlaku pada waktu pagi yang lazimnya jalan menjadi sibuk kerana waktu bekerja. Namun, jika terdapat pemandu yang mementingkan diri sendiri, tidak mengendahkan peraturan apatah lagi tidak memikirkan keselamatan orang lain, maka berlakulah kemalangan. Mujur kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang ketiga-tiga buah kereta berkenaan. Bagaimanapun kerosakan kepada kereta terbabit agak teruk. Dua orang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  berada di tempat kejadian untuk membantu lalu lintas disebabkan jalan keluar penduduk Taman Desa Mewah terhalang hampir dua jam. Dalam pada itu, penduduk mendakwa, faktor jalan yang tidak ra