Akibat Pusing U Di Simpang 3 dan Laju

Tanggal 10 April 2015  berlaku lagi kemalangan melibatkan tiga buah kenderaan, Toyota Wish, Perodua Myvi dan Perodua Viva di simpang tiga Taman Desa Mewah - Bandar Sunway Semenyih. Saksi memberitahu, sebuah kereta yang membuat pusingan "U" di simpang itu telah menjadi punca kemalangan.

Kejadian berlaku pada waktu pagi yang lazimnya jalan menjadi sibuk kerana waktu bekerja. Namun, jika terdapat pemandu yang mementingkan diri sendiri, tidak mengendahkan peraturan apatah lagi tidak memikirkan keselamatan orang lain, maka berlakulah kemalangan.


Mujur kemalangan ini tidak melibatkan kecederaan kepada pemandu dan penumpang ketiga-tiga buah kereta berkenaan. Bagaimanapun kerosakan kepada kereta terbabit agak teruk.

Dua orang anggota trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang  berada di tempat kejadian untuk membantu lalu lintas disebabkan jalan keluar penduduk Taman Desa Mewah terhalang hampir dua jam.


Dalam pada itu, penduduk mendakwa, faktor jalan yang tidak rata dan ketiadaan "line" putih yang sempurna mungkin mencetus kekeliruan pemandu dan menyebabkan kemalangan. Keadaan menjadi serius bila mana Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) meluluskan pembinaan simpang masuk ke kawasan perniagaan Kiara Business Centre.


Selain itu jalan masuk ke taman ini sering menjadi pilihan kenderaan berat membuat pusingan "U". Walaupun masalah ini telah banyak kali diajukan kepada agensi berkaitan, namun penduduk tidak nampak adanya usaha yang dilakukan untuk mengatasinya. Sebagai rekod, masalah  ini telah diangkat ke Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonmom Negeri Selangor di samping memorandum yang dihantar kepada Menteri besar Selangor dua tahun lalu.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai