Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu

Program senamrobik anjuran Kelab Rekerasi dan Kecergasan Semenyih (KECERGAS) sempena Kempen Kesihatan dan menurunkan berat badan yang sepatutnya dilangsungkan di perkarangan pasaraya Tesco Semenyih telah dutukar lokasinya ke perkarangan Sekolah Kebangsaan Semenyih disebabkan faktor teknikal. Justeru mulai 6 Feb 2011, senamrobik akan dilangsungkan di situ mulai 9 hingga 10 pagi.

Tema program ini ialah,  "Makan Bila Perlu, Senaman Selalu, Banyak Penyakit Berlalu"



Makanan seimbang...
Penganjur hanya memberikan sebotol air mineral dan sebiji pisang selepas senaman
dan gambar bawah peserta diberikan RM5.00 sebagai token



Senamrobik di SK Semenyih, 6 Feb 2011
Kanta pembesar digunakan untuk mendapatkan bacaan yang tepat

Peserta menimbang berat di Tesco, 4 Feb 2011

Bagaimanapun lokasi stesen menimbang berat badan setiap Jumaat jam 5 - 10 malam di Tesco Semenyih kekal dan tidak berubah. Harap semua peserta dan orang ramai yang ingin turut serta maklum akan  lokasi-lokasi yang disebutkan di atas.

Penganjur memohon maaf di atas segala kesulitan yang timbul. Terima kasih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai