Lelayang Terbakar

Orang ramai yang menyaksikan Pesta Wow 2011 di Tapak Pasar Tani Presint 2, Putrajaya  hari ini (13 Feb) terkejut apabila layang-layang yang terbang di udara terbakar dan mengeluarkan asap. Dengan sekelip mata, kelihatan sebuah objek yang berasap  jatuh ke bumi tetapi mujur tidak  menegnai kumpulan orang ramai  yang berada di tengah padang. Keadaan kembali reda selepas pihak penganjur dapat mengatasi masalah berkenaan dengan cepat.  Lihat gambar:

Jatuh dan terbakar.. dua orang Pelayang menuju ke objek berasap  yang terjatuh  
daripada lelayang MAS sebagai langkah mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini.  

Namun,  senario yang dinyatakan di atas hanyalah gimik Karnival Wow, Lelayang Putrajaya 2011. Lelayang kepunyaan Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) itu dipasangkan dengan sebutir bom asap oleh pelayang Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) (Gambar kanan). Kini, layang-layang atau lelayang  memasuki era baru. Tidak seperti masa lampu, lelayang hari ini bersaiz lebih besar dan mempunyai rekabentuk yang pelbagai. Misalnya lelayang sotong yang diterbangkan oleh Persatuan lelayang bintulu, bernilai puluhan ribu ringgit yang saiznya lebih besar daripada sebuah kereta. Bentuk-bentuk lain ialah ikan, robot, bola, parachut, burung dan sebagainya.
Karnival Wow Lelayang itu dianjurkan oleh Persatuan Pelayang Putrajaya dan disertai oleh hampir keseluruhan Persatuan Pelayang negeri-negeri di Malaysia termausk Sabah dan Sarawak.




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

11 Syarikat Kuari di Hulu Langat

Orang Asli Kampung Kechau Semenyih

Banjir Kilat - Masalah Tak Pernah Selesai